Friday, January 29, 2010

The great motivation will give the best inspiration



The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES* can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.



^_^



Sunday, January 24, 2010

3 Jam Perjalanan...


Secara tiba2 je aku bercadang untuk balik ke rumah kakakKu..sebab urgent sangat nak kena balik ambil barang. So, aku bertolak dari hostel pukul 3ptg tadi..
Aku terus bergerak ke Batu Belah, Klang untuk pick up anak saudaraKu, Muhammad. Then, ktorang terus menuju ke Giant Shah Alam kt stadium untuk pick up Mubin plak..tiba2 hujan lebat sangat! penglihatan kurang waktu drive tu.. hati2 jela..Mubin baru habis keje. hurmmm =)
Pukul 4.15 ptg sampai di rumah... Suddenly, barang yang aku nak ambil tu dalam bonet kereta kakakKu tapi dia ada kat Kota Damansara on that time. So, minta Muhammad drive untuk pergi ke sana, ambil barang dari kakak.hehe
Then, pukul 5.15 ptg sampai di Econsave. aku minta Muhammad belikan sticker 'P'..haha (dah selalu drive tapi x reti2 nak pasang sticker tu) ish3....
Lastly, balik rumah untuk drop Muhammad..So, 5.35 ptg aku pecuttt la balik uitm puncak alam..hehe sampai pukul 6ptg kat hostel....fuhh!! bestnye buat macam kereta sendiri plak..padahal kereta kelisa sewa.. LOL ^_^



Outdoor Activity

Semalam 23 JAN, aku & kawan2 telah bercadang nak pergi ke Bukit Cerakah... we thought that place just for relax (snow!!) haha rupa2 tempat untuk beriadah... dalam hutan!! we have two choices either taking a bus or bicycle.. 1st thing that we have seen, is the bicycle's shop. so, ktorang pun sewa la basikal...ape yang dalam fikiran ktorang semua, adalah - dah lama x naek basikal!! LOL happy.........time tu pukul 11.30am.

Then, ktorang pun pusing2 kat tempat tu...1st place ktorang singgah adalah Taman Haiwan..hehe then, ktorang ikut jalan belakang, ntah ke mana la ktorang pergi tanpa peta kawasan..asyik2 kena mendaki bukit + tolak basikal = asyik berhenti, PENAT!! sampai trbaring kat tengah jalan...dah beberapa kali aku hampir putus asa...asyik2 pnajat bukit,bila la nak sampai!! kawan aku cakap, x perlu patah balik...nanti menyesal. So, aku kuatkan semangat untuk meneruskan pendakian yang entah bila akan sampai..huhu

Apabila sampai di satu persimpangan, ktorang blurr nak ikut jalan mana..ish3 kesian betul la, SESAT!! So, ktorang terus je lagi sehingga la terjumpa lagi satu simpang ke Bukit Sapu Tangan...jalan tu agak sunyi sebab x ada bas yang melaluinya...so, kawan aku call la pejabat pengurusan untuk tanya jalan..masalahnya, orang tu pun x berapa tahu!! camna tu?? tengok la peta jap...ktorang dah bagitau pun kat dia akan kedudukan ktorang ketika itu di Jalan Bersih.So, dia cakap terus ke suatu perhentian laen, kat situ ada peta kot. so, ktorang ikut simpang ke Bkt Sapu Tangan (1.8km)
Ya Allah, kena panjat bukit lagi!!!!! pastu banyak bukit yag curam juga. aku rasa seram gak waktu lalu kat situ, so buka la nasyid Asma ul Husna kuat2 dari handphone. Then, siap nampak monyet melintas lagi...risau la kang kena rompak tengah jalan oleh monyet tu! hehe waktu tu,muka aku dah pucat, keletihan sangat2 panjat bukit...sakit tangan dah kena tunton basikal bersama. Bila sampai ke atas lepas mendaki bukit yang PALING CURAM, ktorang berhenti berehat...sampai semua terbaring, dah macam nak tertidur dah kat situ....hehe

Then, mujur aku call pula pejabat tu minta direction..kali ni orang laen yang cakap kot..dia minta patah balik sebab ktorang dah tersasar jauh ke dalam hutan...Ya Rabbi!! Alhamdulillah patah balik...aku dah x larat sangat2...Bukannye 1.8km, rasanya macam 11.8km je lalu jalan tu....panjat bukit sampai 1 jam, bila turun juzt 10 mins je!!
Sampai di persimpangan di hadapan Empangan Air Kuning, ktorang xtau nak ikut jalan mana...ternampak 2 orang pakcik nie tengah brbincang..so, aku n kawan pun pergi untuk bertanya direction sekali lagi..aku siap bagi salam lagi, rupa2nya diorang tu non-muslim..hehe malunya! watever...
Alhamdulillah, ktorang selamat akhirnya...sampai juga di rumah iklim..sekarang ni kan winter. suhu kat dalam rumah tu adalah -2 degree celcius! rasa macam berada dalam peti sejuk je..haha aku cuba nak pegang ais tu, lepas tu makin sejuk aku rasa! LOL bila dah lama sangat dok bergambar kat dalam tu, aku dah macam nak dapat selsema je. so, ktorang pun keluar la...nak balik!!
Tiba2, kat satu simpang tu jumpa gerai...x sabarnye nk beli air..bekalan ktorang dah habis tadi! semua beli air isotonik, kembalikan tenaga..then, sebelah kedai tu, ada 'fish spa' murah je dari buat kat luar... RM5 for 20mins. So, semua nak cuba..hehe awal2 tu, asyik tarik kaki keluar je dari kolam tu, GELI..!! hehe lama2 pastu, dah OK.
Dah pukul 3pm, aku ajak semua balik...kang x pasal2 kereta x bergerak..haha (driver tertidur..penat)
after that, ktorang terus bergerak ke Giant kt stadium sek.13 shah alam..1st thing nak buat kat sana, MAKAN!! Laparrr... x makan dari pagi kot! dahsyat2...panjat bukit pun larat lagi, maybe sebab semangat dalam diri yang betul2 excited sampai mampu bertahan walaupun x makan dari pagi..
sebelum tu, ktorang juz take a rest dulu kat surau..nak solat. then, baru makan.hehe pastu, ktorang masuk Giant plak.. Shopping!! hehe
then, aku belikan roti untuk Mubin..dia tengah kerja kat kedai Dunkin's Donut. and aku pun minta dia bawa balik sweater yang aku pinjam tadi tapi x guna pun! huhu waktu nak masuk kedai tu, tiba2 terserempak dengan abang n kakak ipar brsama2 anak2 sedaraku 3 orang tu! huhu lepas dah bagi barang2 kat Mubin, aku n kawan2 pun nak balik la...dah pukul 6pm.
berakhirlah perjalanan yang begitu memenatkan, semalam.

= kakiku sakit sangat2 macam nak tercabut je..waktu nak tidur letak kaki atas bantal.hehe abgdib cakap, kalau rasa nak tercabut, cabut la dulu kaki tu letak kat sebelah waktu nak tido... LOL ada ke ptot?! ish3...
OK, that's all...Bubbye!

Friday, January 22, 2010

21 JAN 2010

(isi perut dulu sebelum majlis)

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagiku kerana aku dengan paksarelanya (LOL..) merima jawatan untuk menjadi pengerusi majlis. Majlis ini merupakan meeting untuk persatuan Environmental Health's Student & AssociatioN (EHSAN). Walaubagaimana pun aku perlu bersedia untuk menghadapi semua ini..
Preparation yang aku lakukan agak kelam-kabut juga...siapkan text ucapan dan sentiasa dikemaskini dari hari ke hari sebelum tibanya hari tersebut. Aku makin gementar kerana ini adalah pengalaman pertama aku untuk jadi emcee.. tapi ini bukan pertama kali buatku untuk berdepan di hadapan kalayak ramai..
Sebelum majlis bermula, semua pelajar perlu mendaftarkan diri di luar dewan untuk mengesahkan kehadiran mereka. Semakin lama aku menunggu untuk memulakan majlis tapi ketua program, Prof. Madya Rodziah masih belum tiba. Semua tetap menunggu...
Sejurus sahaja Prof duduk, aku terus berucap...kahkahkah.... aku memulakan ucapan dengan pantun selamat datang...aku tiba2 terkejut!! sebab semua orang pun terkejut mendengar pantun tu..hehe akhirnya aku dapat menarik perhatian semua.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu...

Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Perasaan aku ketika itu dah x keharuan dibuatnya..tangan aku mengigil tapi aku cuba untuk mengawal diriku ini. lama kelamaan aku dah boleh relaks... haha Majlis berjalan dengan lancar sehingga tamat majlis walaupun ada beberapa kejadia yang x dapat diduga akan berlaku... kawanku, Ketua Program untuk majlis ini yang x dapat contol herself bila nk berucap..dia memang seorang yang periang..hehe ape yang berlaku??dia tergelak sampai semua orang pun turut ketawa bersama..aku yang berada di sebelah dia pula yang takut...aku cuba untuk control dia!

(saudari Suraya, Timbalan Presiden EHSAN)

Then, one more thing, ketika seorang senior ini ditertawakan oleh pelajar laen disebabkan nama bapanya yang unik selepas aku menjemputnya untuk berucap. Yang sedihnya, aku sendiri x dapat sebut nama itu dengan betul.. I have appologised to him..
Lastly, aku pun menutup majlis itu dengan sebaik yang mungkin...

kalau ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

Suddenly, Prof Rodz. baru teringat untuk mengumumkan berita terbaru. Penasihat EHSAN akan bertukar. Hal ini disebabkan En. Nazri akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan Master pula. So, penasihat EHSAN akan diganti oleh En. Izwan..hehe K,la setakat ini saja cerita pengalaman diriku ini.


That's all...



Saturday, January 16, 2010

me & my emotion !

Mood : tetiba hilang mood
Punca : since pagi tadi, dapat tau yang tengahari nie nak pergi ambil my niece kat asrama
Then, nk keluar pergi beli barang keperluan...
semua kerja rumah aku dah 'settle' kan
basuh baju, lipat baju yg m'gunung tu, buat list barang2 nak beli
lepas zohor, dah bersiap-siap nak kluar
Pastu keluar pergi amik my niece
bila sampai je rumah, x keluar lagi
tunggu and tunggu
aku dah sakit kepala!
masuk bilik & tidur jela
after 30mins...at 6pm
baru nak keluar beli barang
NO mood...malas nak brsiap dah!
kang tangguh lagi lepas maghrib plak
x suka la...kalau cakap x serupa dengan tindakan
walaupun semua keluar nak pergi makan
aku dah x kesah!
just take a rest at home, alone...
Now, semua dah keluar tadi hampir pukul 7pm
dah SELALU aku rasa sebegini
cuma buat x endahkan jela
still control myself, smile...
depan orang lain..
hanya aku yang pendam perasaan ini!
aku x salahkan sesiapa
cuma.. keep ur words.
if not, tell me the truth..when?specific the time..
"if xjadi keluar sekarang, just bgtau nak keluar pkul berapa plak"
Im tired for waiting and just waiting without doing nothing!
Im so sorry for saying this...
cos this is what im feeling rite now.


Thursday, January 14, 2010

Gerhana matahari separa 15 Januari ini...esok!!

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai 'gerhana matahari anulus' pada 15 Januari ini antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi adalah lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan ''Dawn of the Space Age'' dan ''SOS Planet'' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta ''Eclipse Mints'' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari
www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.


Saturday, January 2, 2010

S.M.D @ J.B

30 Dec, Rabu - Arini aku kena pergi ke Johor skali lagi. agak letih la juga sebab last week dah pergi, this week pun pergi lagi...hmm :P

Tengahari : hantar mak kat rumah abang di Klang..sebab mak akan balik ke Kedah ari Jumaat, 1 Jan 10. SAYANG & RINDU mak!!!

Around pukul 3pm, aku bertolak ke Johor brsama2 my sis, Kak Nah.. & Kak Intan, Kak Zati dan juga Iman.Alhamdulillah sepanjang perjalanan baek2 aje..


Sampai di Bandar Baru Uda, J.B pada pukul 7pm..lepas maghrib je, ktorang keluar makan kat Plaza Angsana..lepas makan, aku brjalan2 dengan Iman shopping beli kasut! haha K.Intan & K.Zati dok lepak2 je smbil mnunggu K.Nah n her hsband prgi shopping kt dalam Mall tu.Agak lama juga pukul 11pm baru nak balik..aku dah mngantok dah! huhu Then, terus ke Taman Impian Emas, Skudai untuk hantar K.Intan & K.Zati tumpang di rumah Pn. Noraskin. Beliau ni baek sangat sbb menyediakan homestay di rumahnya sendiri utk pserta2 SMD nie.Buat macam rumah sendiri...


Seminar Mengenali Diri
(31 Dec 09 - 1 Jan 10)

Komen : SMD ni memang Best & paling best antara banyak2 program yang pernah aku pergi selama ni..laen dari yg laen la!! hehe
1. Menyelitkan slot2 keagamaan dari awal pagi-malam
-Mathurat
-Sesi Tajwid
-taklimat dari peguam syariah & sivil (hak2 wanita/prkahwinan)
-Bacaan Yassin
-memahami tafsiran Al-Quran
-Muhasabah diri @ mlm tahun baru 2010 ( lampu dtutup, mlaungkan Allahu Akhbar sekuat hati) betul2 menyentuh di jiwa!
2. Kesihatan
-bersama Doktor Pakar, Dr. Hani pengguna produk kesihatan eg. Byoung.
3. Aktiviti utk memberanikan diri... deal with other peoples! (direct jual produk kesihatan @ Pasar Peladang, Skudai dan sekitarnya)
-walaupun x dapat jual, ini adalah satu pengalaman & titik permulaan bagiku memulakan business nie.
4. Dapat maen golf ! hehe (1st time dapat blaja & maen) setiap pukulan itu = setiap sifat negative dalam diri yang akan dibuang jauh2..(jarak pukulanKu just hampir 50m je) InsyaAllah aku akan cuba merubah diri pada tahun baru ini.
5. Belajar utk 'sporting'kan diri depan orang ramai...haha buat gaya brdasarkan lagu yang diberikan.aku cuba sebaik2nya utk enjoy with lagu tu. then, juri bagi komen utk aku...everything was OK! huhu
6. Aku lah peserta paling muda.haha kebanyakan peserta dah berumah tangga. just a few of us dalam 5 org je still single!

TQ kak syikin for everything u have done!!
Lastly, lepas abang ipar balik dari kerja..ktorang pun bertolak pulang ke Shah Alam
around pukul 8pm.
sampai di rumah hampir pukul 12am, 2Jan.

2 Jan, Sabtu - Nak pergi shopping kat Sogo,K.L plak pagi tu, keluar dari rumah pukul 10am!
Ya Allah, betapa ramainya manusia yang berpusu-pusu utk m'beli-belah...yela Y.E.S (Year End Sale) sebelum 3 Jan nie. pening kepala aku dibuatnya. lepas dah beli macam2 smpai penuh bonet kereta...nak pergi plak Carrefour at Subang Parade.aku dah mngantok la!penat... kali ni memang shopping gilerr2..nak tau nape?? siap beli TV Sony Bravia 32" & hand phone lagi..OTW nak balik tu, aku n Iman dduk la brsempit2 dgn TV tu waktu dalam kreta.huhu nasib baik terus balik sbb abang ipar cadang nak pergi Giant plak pastu.hmm sampai je rumah pukul 6.30pm, aku terus trtido ( pening kpala).


3 Jan - balik ke UiTM Puncak Alam !!!