Tuesday, December 25, 2012

December 2012

Assalamualaikum..

Dear followers, alhamdulillah sehingga saat ini saya masih lagi bernyawa dan muncul semula ke ruangan blog ni yang dah lama bersawanang. bukan ape, sometimes busy that's why I had no time nak menulis entry baru. sometimes pulak no idea nak tulis topic ape..hehe alhamdulillah arini setelah sekian lama menempuhi macam2 kerenah hidup, arini terasa pulak nak menulis sedikit.. *actually sibuk kena study!*

So, since early of this month telah berlangsungnya event yang x kurang besarnya iaitu Seminar IHS. U all confirm xtahu kan, It's a such event yang berkaitan dengan Industrial Hygiene and Safety especially for industries ape2 la kat negara kita ni focus more kat kilang la. so, sepanjang sem ni saya belajar subject ni and actually bukan spend time dalam kelas sangat pun, banyak keluar pergi site n buat monitoring sampai balik lab buat analisis n lastly masa yang ditunngu-tunggu iaitu seminar, hari di mana saya dan group members kena buat presentation depan panellist jemputan dari luar. *menggelabah*

 Alhamdulillah after whole day hadapi hari yang menggelabah tuh, and finally we've got a good results which we had won the prize for good presenter! huhu actually between small groups laa..hehe where we've divided into 4 classes which each of classes have 3 to 4 groups. so, among the small group tu la ktorang dapat the tittle tu! hehe Alhamdulillah..  tip: redha dan tawakal kepada Allah setelah penat berusaha dan akhirnya present lah semampu yang bole. inshaaAllah pasti ada rezeki di mana2 =)

(December 7, 2012)

And lepas habis je event ni, semua berasa lega n nak qada tido la katakan..sebab terlampau letih dengan macam2 kerenah lecturer actually.haha Then, we all dah excited nak pergi bercuti ke Cameron Highland pulak selama 3 Days 2 Nights. yeay! 

So, x larat nak cerita panjang2 just tunjuk gambar sahaja bole menceritakan semua..hehe


Alhamdulillah happy saje lah..hehe Congrats Group 6! =)

Then, lepas balik dari holiday ni terus get ready utk marathon tests pulak.huhu sebab minggu terakhir kelas before study week n Final exam (3-16 Jan 2013). Prays for me.. InshaaAllah 
k,la smpai disini saja..jumpa lagi!

Wassalam.. ^_^

Saturday, December 1, 2012

Suka Duka


Assalamualaikum

Selamat kembali ke ruangan blog diri sendiri.huhu sudah lama x menulis entry baru disini since August disebabkan banyak perkara yang perlu dilakukan sehingga xda masa nak melawat ke page nie. =D  Alhamdulillah usiaku masih panjang dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar, menjadi seorang anak kepada kedua ibu bapaku yang jauh dr pandangan mata (al-fatihah buat ayahanda) serta seorang adik yang juga perlu berbuat baik terhadap saudaranya, **termasuk menjaga 2 ekor kucing ini di rumah! Hehe dan menjadi mak saudara or maksu kepada bakal anak buah baru iaitu Kak Wani@tunang kepada Azmi.hehe she’s my new bff. Cos  next year she will be a part of our family and akan selalu berjumpanya di Shah Alam. Hehe I love you,semua! =)

Hampir 4 bulan, ku dan juga keluarga kakak dah jaga kucing ni, and umur si Kitty ni pun dah masuk 2  months. Happy sangat. Hehe Nothing much I want to say today, just melepaskan rindu utk menulis di sini. Macam2 perkara terjadi, ada yang suka, duka, kecewa, pasrah, stress dan macam2 lah. HE knows everything! InshaaAllah Allah always be with me forever..


Minggu depan on 7th December 2012 merupakan tarikh seminar yang ditunggu2, Sebab? Xtahan dgn stress yang melanda diri ini nak cepat2 habis, tapi ape boleh buat sem depan n depan2 pun akan melalui benda yang sama juga. Keluar gi field buat monitoring, balik buat analisis n lastly present in the seminar! Sabarlah…huhu

Pagi nie perutku meragam x senang duduk, since awal pagi smpai skrg... And sekarang ada pulak orang2 Indian n Indon datang buat keje renovation and wiring kt umah kakak nie, and I  need to monitor their works! Ooh sampai bila cos I still have lot of tasks need to be settled by today. Azmi dok diam je dlm bilik dia.. x tahan sgt situasi nie. Hmm Kakak with her husband n children dah pergi Sabah pagi tadi, n kucing2 kena tinggal ngan diriku. Hoho Schedule utk bulan ni memang penuh sbnarnye ngan activities.hmm redha jela, berusaha semampu yang boleh, kena kuatkan semangat In Shaa Allah.

Sekarang pulak, comel buat hal tangkap lizard besar tu, n dah mati pun.. geram sgt xlarat dah jerit2 marah dia tadi suruh lepaskan. Kan dah kena kurung dlm sangkar! Pastu terliur2 lidah tu, pelik sangat! Eyy geram sangat tadi. Hopefully, dia akan okay balik nanti.. hmm

K,la sampai disini sahaja kot utk kali nie. InshaaAllah akan update lagi kemudian hari.
Wassalam…

Thursday, August 2, 2012

Luahan Hati Kecil

Salam alaik..

Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Semoga kita dapat menambahkan ibadat di bulan yang mulia ini dan terus istiqamah dalam melakukannya pada kemudian hari. insyaAllah set goal utk cuba terus membaca alQuran dan alMathurat setiap hari at least sekali akan ku cuba untuk consistent juga. Actually, I have no idea untuk menulis entry kali nie cuma teringin nak bercerita mengenai sesuatu juga.hehe 

First, apabila bercakap mengenai Rmadhan semestinya kita semua akan terfikir mengenai Syawal.hehe jangan nak nafikan pulak, most of us ok! Kerana bila nak dekat raya ni, ramailah dari kita yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Yea, memang sunat berbaju baru dan cantik pada pagi syawal. Tapi ini sudah menjadi seperti kewajipaan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Cuba renung-renungkanlah...
*termasuk diri ini juga insyaAllah*

Berbaju baru dan cantik bukan bermaksud baju itu baru dibeli dan akan mula dipakai pada pagi syawal. Semestinya BUKAN! “baru” itu juga boleh ditafsirkan dengan sesuatu yang jarang-jarang kita guna dan masih dalam keadaan yang baik seperti baru dibeli. Justeru, kita masih boleh menggunakannya semula kerana orang jarang melihat baju itu dan kita menggambarkan kepada mereka bahawa baju ini adalah masih baru! Itu yang terbaik =D Sekiranya kita berada dalam golongan diatas* (kesempitan) janganlah kita terlalu mengharap akan sesuatu yang baru. Fahamilah keadaan hidup masing-masing. Malah ada lagi orang yang hidup jauh lebih susah dan fakir dari kita. Subahanallah. Tidak salah kita inginkan yang baru sekiranya kita berkemampuan. Hal ini terjadi kerana pandangan masyarakat yang sentiasa ingin berlawa di pagi syawal dan ini telah menjadi tradisi yang kita sedar atau tidak. Mungkin diri ini juga tergolong dalam kalangan tersebut yang inginkan sesuatu yang baru. Tapi bersabarlah kerana ini semua tak akan ke mana.. kerana ini Cuma pandangan masyarakat terhadap diri kita. Oleh itu, muhasabahlah diri kita sendiri. insyaAllah… =)
*thanks to my sis cos dah belikan sehelai jubah "baru" kepada diri ni. Jazakallah.

Then, I wanna talk about something which, it looks so important for me actually. Something serious! Haha gelak pulak kan. It just too hard for me. I just don’t know how to handle *sigh* the hardest part is when u can’t even speak out or should I just keep on pretending that thing is alright? Tapi sampai bila? Lastly, perkara nie buat ku sedih and pendam dalam hati je.. Tapi akan ku cuba memahami phrase ini “Jangan membenci seseorang itu. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Kerana orang boleh berubah dan perbuatan boleh berlalu” insyaAllah semoga orang itu faham. I can’t say it directly to the person, but I hope dia boleh terima message yang diri ini ingin sampaikan. 

Actually, diri ini amat sayang akan dirinya, tak pernah ku membencinya Cuma pada ketika ini diri ini ingin dia mengerti apa itu batas-batas dalam menjalinkan hubungan kerana seorang lelaki dan wanita itu adalah orang asing diantara mereka melainkan hubungan sebagai suami isteri. Yea, I know hasrat ini akan termakbul juga dalam masa yang terdekat dan kerana jodohmu dan si dia mungkin sudah tiba. Ku suka sama kamu berdua, Cuma ku inginkan dirimu yang dahulu seorang yang sangat memahami hukum hakam agama lebih arif dari diriku ini. Seorang yang pada suatu masa dulu pernah menegur kesilapanku tatkala aku terpesong jauh dari landasan. Diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu berdua semoga cinta sampai syurga insyaAllah. Cuma buat masa sekarang, sebelum tiba masa kamu akan disatukan suatu hari nanti, jagalah hubungan ini sebaiknya, moga diberkatiNya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. 

MAAF ! Diri ini bukanlah baik and arif sangat lagi pasal agama Cuma ketika kita pernah melakukan kesalahan, itu tak salah if kita saling tegur-menegur bukan?? Semoga dirimu faham akan message ini dan sedarlah sekiranya kita telah tersasar jauh dari ajaran agama yang kita pernah belajar di sekolah dahulu. Dan mohon maaf juga kepada mu kerana ku telah mengetahui perkara ini terlebih dahulu dan amat terasa kesal dan sedih akan perbuatanmu kerana  perbuatan yang ku pernah lakukan pada zaman jahiliah dulu telah berulang terjadi keatas dirimu pula! Tolong jangan jadi seperti ku dahulu, kerana itu adalah zaman jahiliah ku. Tidaklah salah sekiranya kamu mempunyai niat besar utk bersatu dengan si dia nanti, itu adalah yang sebaiknya Alhamdulillah Cuma buat masa nie silalah jaga hubungan itu. insyaAllah Allah akan mempermudahkan segalanya =) Diri ini hanya mampu berdoa yang terbaik buat diri kalian. Jangan bersangka buruk terhadap diri ini yang mungkin banyak khilafnya. Maafkan ku…. 

Setakat ini sahaja luahan hati ini. insyaAllah semoga bertemu lagi.
Wassalam ^_^

Sunday, July 22, 2012

“Begin with the end in mind”


Salam alaik..

Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah tiba.. semoga kita semua  dapat menggandakan lagi ibadah di bulan yg mulia ini, insyaAllah kita cuba untuk jadi yg terbaik, bukan semata-mata menghitung berapa banyak pahala atau ganjaran yg kita dapat TAPI berapa banyak kita melakukan ibadah dan menggandakannya lagi berbanding masa-masa terdahulu serta terus beristiqamah dalam melakukan ibadah ini kerana Allah SWT. insyaAllah J.  Inilah masanya kita perlu melatih diri untuk mendekatkan diri kepadaNya dan semoga ini sentiasa berterusan. Bukan semata-mata di bulan ini sahaja kita pulun untuk melipatgandakan ibadah dan kemudian setelah bulan Ramadhan ini telah berlalu, kita sudah meninggalkannya. Ini salah sebenarnya! Sebaiknya, kita cuba melakukan sedikit demi sedikit pun xpe asalkan consistent. Ini semua sebagai peringatan kepada diri sendiri juga insyaAllah.

Dan syukur Alhamdulillah juga sbb aku dah selamat sampai di kampung halamanku di Jitra, Kedah. Baiti Jannati =)  Perjalanan selama 5 jam dari Shah Alam termasuk berhenti berehat di R&R Sg. Perak dan mengisi minyak di Gurun finally aku dah berada di sini juga setelah sekian lama x balik.hehe lama? Xdelah lama sangat since kenduri kahwin abg adib end of May mcm tu la. Hehe actually, macam2 perkara telah berlaku sebelum aku balik ke sini, macam2 yang membuatkan perjalanan pulangku perlu ditangguhkan sehingga aku membuat keputusan last minute iaitu ‘esok laa balik kedah’ (sabtu) bersama abg aku n his wife. Follow kereta mereka n aku drive sorang2. Huhu aku minta abgdib jgn bawa laju2 nanti tinggal aku kt belakang plak. Itu pun dia bawa 120km/h, aku dah rasa laju sangat2 sbb kereta kecil memang terasa kelajuan yang luar biasa sikit berbanding kereta besar. Lagi satu, bila aku follow rapat belakang kereta dia, kurang rasa rintangan angin dari hadapan berbanding kalau aku gerak solo, terasa kuat pula tekanan angin dari hadapan kerana keadaan saiz kereta haha. 

Dari perkara pertama yg timbul ialah, housemate aku xdapat konvoi bersama-sama balik kedah. Rasa tension sangat masa tuh! Then, plan nak balik ngan sorang lagi kawan isnin lepas, dah pack semua siap! Malam tuh, chatting ngan Muhammad, dia nak ikut balik kedah tapi aku kena tunggu dia lagi seminggu. So, I’ve cancelled the plans with my friend tu. N aritu juga aku ada masalah kesihatan. Xpe, tunggu lagi seminggu. Then, perkara kedua datang, Muhammad x dapat balik lagi sbb masalah ngan tiket flight n ada la perkara2 laen lagi yang berkaitan. So, xpelah. Perkara ketiga, plan nak ajak angah or my cousin ni balik sekali. Awal2 cakap ok, pastu xnak balik lagi sbb nak jalan2 umah along dia.hmm memang terkilan juga masa tuh! Memang betul ckp akak, kita jangan terlalu mengharap or bergantung kepada orang lain.. Alhamdulillah aku terus buat keputusan nak balik follow abg aku alang2 dia dah nak balik ari sabtu. N arini ahad dia dah start keje balik.. hmm semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah dan penyelesaiannya tersendiri. Yakin dengan ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya Alhamdulillah!

Bila balik sini, macam2 berita lah yang aku dengar. Kisah nie bukan kerana aku x berpuas hati dengan orang itu tapi kerana sikap yang tidak bersyukur dengan ape yang dia ada. Mungkin semua ini ujian Allah untuk dia tapi kalau dah tau diri tu dah hutang keliling pinggang jangan lah gatai2 nak buat pinjaman n boros sana sini. Subhanallah memang x tahu bersyukur langsung. Bila susah perlukan pertolongan pulak, bila dah mewah macam ni, boros sana sini. Dah tukar sport rim  kereta yang baru, beli hp Samsung S III baru, hadiahkan sekali kat wife hp baru. Astaghfirullah azim.. bukan aku jeles, seriously x jealous langsung. Aku rasa sedih ada lah.. kenapa perlu berbelanja sebegitu rupa. Memang x patut sangat! Dah tau makan minum seharian pun cukup2 makan, xpayah la nak hidup sebegitu mewah. Ya Allah, bukan di hati ini untuk mengata keburukan orang lain tapi terasa kesedihan untuk orang itu. Tuhan mahu menguji dia sebenarnya. Aku x tahu ape motif dia buat loan itu, kalau untuk membantu keluarga sendiri Alhamdulillah ada juga sumbangan yang dihulurkan sebanyak 1000 tapi yang lain2 tuh berbelanja untuk apa ye?? Persoalan yang menjadi tanda tanya dan hasilnya juga telah nampak iaitu harta kebendaan yang telah dibeli semua itu. Fikirkanlah.. think before you act, please.. yang aku  x puas hati sangat, bila susah pandai nak minta tolong. Bila dah senang boros pulak! Ya Allah aku xtahu nak tolong mcm mana lagi orang2 yang macam nie. Semoga Allah dapat membuka pintu hati dia dan sedarlah. insyaAllah. Beringatlah dan fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.  ^_^

Sanah Helwah to my friend, Giehas.(2010)

Setakat ini saje penulisan di saat ini. insyaAllah semoga bertemu lagi. Wassalam. 

Monday, July 16, 2012

Hikmah disebalik Sesuatu

Salam alaik..

Dah lama x update sejak last 2 weeks kot..hehe alhamdulillah exam dah habis. habis je exam, khamis tu akak ajak gi jalan2 - shopping! =) aku bawa akak gi mall baru kt setia alam tuh. ktorang berjalan2 pusing mall tuh. dah lapar, akak belanja mkn kt Nando's plak. huhu thanks kak nah, last week dah pekena Kenny Roger's .ktorang mkn share je pun.. sbb byk klu sorang confirm x habis lagipun mahal. huhu balik dr shopping, tgk wayang cite Spiderman. best2 :D

 Then, ari jumaat time utk service kete sbb nak balik kedah laa.. sabtu gi sekolah iman sebab ada karnival. kejap je la tengahari dah balik.. tp sblum tu ktorang singgah makan kt tepi pantai Remis kuala selangor. mee bandung kt situ sedap plus ada seafoods lg..habis la mata aku ni dah x peduli kesihatan sndiri plak..ish3 
then, terus singgah kat shah alam nak belikan baju utk hazim n Iman. "aku kena belikan baju utk Iman??" haha kelakar plak jadi budak sekolah balik, aku try pakai baju n kain sekolah, beli satu set. then, aku yg sign utk kad kredit tu. fuhh punyer susah nk tiru signature akak... spnjang prjalanan dr kuala selangor tu dok praktis sign je...haha

then, malam tuh abg ipar balik dr outstation, and nak tgk wayang.. aduhh xkan nak tgk kali kedua lagi?? layan jelah... sbb dia xtau ktorang dah tgk dulu aritu, so aku gi beli tiket 3D. hmm kali ke 2 tengok spiderman tuh. :D balik umah dah tengah malam, before nak masuk tido dapat pula bad news dr my housemate tuh, cakap nak blk dulu dgn boyfriend die tuh.. sakit hati gak la! janji laen tp buat yg laen. masalah2 aku fikir2 sampai x boleh tido dari pukul 1am - 2am pusing-pusing ats katil dgn keadaan yg amat stress. tidooo la mas, kosongkan minda! Ya Allah memang susah nak tido sangat, ntah terlelap pkul brp xtahu. then before 6 dah bangun siap2 sbb ada kursus solat kt UM. seharian plak tuh. memang tahan jelah mata sepanjang hari...hmm

Cite kt akak psal masalah nie, akak ckp lps ni jgn terlalu mgharap dgn orang.. manusia sumtimes xpndai tepati janji. diorang akan lebih pentingkan diri sendiri dahulu.hmm xpelah.. so, plan nk blk kedah ari isnin pagi nie, dgn member sorang lg tp kete masing2 lah.huhu semalam, lps balik dr UM smpai umah dah maghrib. lepas mghrib kluar gi makan.. balik tuh terus gi isi minyk kete, check angin tayar, beli stok makanan utk spanjang perjalanan balik. barang2 smua dah siap pack! 

Malam tu, chat dgn Muhd ni ckp nak balik hjg minggu ni.. seriously terkejut! hehe then nak ikut balik skali..huhu ada teman/driver laa pasnie... :D tapi bosan laaa nk tunggu lagi seminggu kt sini, nak balik kedah!!! huhu xpelah, esok selasa amek azmi kt KLIA blk dr europe tuh..sabtu amek muhd.. ahad balik kedah! insyaAllah sekejap je semua ni... masa berlalu kejap je kan. tapi ape yg berlaku semua nie ada hikmahnya..

Yela, dari masalah ni muncul sehinggalah ada jalan keluar utk kebuntuan ini. Ain dah balik awal, plan nak join blk dgn Wan.. tetibe pagi tadi x jadi sbb nak tunggu Muhd.. and if aku balik jugak arini confirm sampai stgah jalan terhenti sbb masalah kesihatan plak. semua nie hikmah nape aku x balik kampung lagi. alhamdulillah ada jugak teman utk blk ke kedah nanti, n syukur aku dpt sakit pun kt umah bukan kt tgh highway tu. hopefully esok dah kurang skit sakit nie. insyaAllah =) 

K,la setakat ini sahaja. insyaAllah semoga bertemu lagi ^_^

Saturday, June 30, 2012

Final Exam June'12

Salam alaik..

Alhamdulillah arini sudah lepas 3 papers. lagi 2 je lagi hehe. terasa ringan pulak sem nie sbb subjek xbanyak sgt 7 je compared to semester sebelum2 nie trmasuk dip dulu kadang2 ada sampai 10 subjek la yg paling byk pernah amek.. sekarang utk exam cuma 5 je. =)

Actually, hari sebelum exam, malam tuh aku pesan KFC kat kawan. nak try rasa menu baru tuh FC Snack Plate Combo tu je pun. kalau boleh, xnak set dgn air, sbb aku PHOBIA nk minum air ice lemon tea!! seriously, first time try dulu waktu 2004, beli 1 tin je.. minum sikit2 dlm kelas, balik2 terus demam.. esoknya x pi kelas! minum sparuh je pun...huhu :P  then, kawan ckp kena beli 1 set jugak, xpelah.. so dah beli kena minum la skit. pekat gilerr! aduhh camne nie letak ais batu la sikit, 3/4 dr cup tuh dah bagi kawan minum.. and aku nak jugak la minum, boleh la telan lagi.hehe  masa study kt bilik, air ais yg turun kt luar cup kertas tuh, kenapa warna coklat?? bocor ke..hmmm kalau bocor mmg kuat sangat la acid lemon nie kan. ish3 habis la perut aku kena hakis dgn acid ni jugak.. then, tukar masuk dalam cawan, sikit je pun air tapi x habis minum jugak. cos i dont like it!

at midnite, perut aku dah meragam plak. pastu ok balik.. syukur la dapat tido dgn lena tanpa gangguan. keesokan paginya, sakit perut lagi... sampai la tengahari. n dah melawat tandas sampai 5 kali!! I've got diarrhea.... due to food poisoning - ice lemon tea! perut yg dah diisi lps mkn lunch, pun kosong balik. lapar! doa2 sangat jangan la meragam lagi perut ni waktu exam petang.huhu alhamdulillah sepanjang exam semuanya baik2 aje, cuma aku rasa pening kepala je, sbb dehydrated. habis je exam, terus demam! balik asyik tido je memanjang walaupun perut lapar! tapi x lalu makan dah.. malam tuh isi la perut sikit, then tido awal.. hmm 

Keesokanya, bangun awal and study sepanjang hari sbb ari jumaat ada exam pagi. memang menggoreng jugak la masa jawab sbb kebanyakan soalan KBKK kena critical thinking. hehehe xpelah tawakal je.. :D  petang tu lepas zohor, kena gi amek Iman pulak kt asrama, n sign report card dia.huhu kali ke 2 wakil jadi mak dia.haha mak sedara je pun. sampai2 umah rehat sekejap before sambung study, sbb arini sabtu ada exam lagi..huhu nasib baek dah study habis before this, just review balik n hafal ape2 yg possibly akan keluar. kena pandai2 expect soalan ape yg famous laa..hehe tapi subjek ni senang skit sbb dah pernah blaja masa dip and ada experience kat field. subjek Vector Control. huhu memang kena hafal la semuanya fact! pasal mosquitoes, pests etc. hehe
alhamdulillah dah lepas 3 papers. hehe since semalam aku selsema plak. think positive ok! semua nie ujian dariNya kerana sakit ini akan menghapuskan dosa-dosa kecil. so redha lah. insyaAllah =)
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Sampai disini sahaja. semoga berjuma lagi insyaAllah
wassalam ^_^

Tuesday, June 26, 2012

Senyum Stress

Salam..

Senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek :)

Para saintis telah mendapati senyum dan ketawa merupakan 1 senaman berbentuk jogging dalaman dimana dapat meransang seluruh tubuh dan dapat memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan juga hormon. So keep smiling! =)

FAKTA:
Senyum boleh menghilangka stress yang kelihatan di wajah. Ketika anda stress, ambil masa untuk tersenyum. senyuman akan menghilangkan stress dan membuatkan fikiran lebih jernih dan tenang.

Senyuman juga membuatkan anda awet muda. sebab senyuman menggerakkan banyak otot especially otot di bahagian muka. Dengan banyak tersenyum akan akan kelihatan awet muda. insyaallah hehe =D

Senyum mencipta kebahagiaan di sekeliling kita. Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang berkecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih. Boleh x nak senyum macam gini? comeeeellll kan...hehe :P

Last week ada meeting, dimana our lecturer has suggested that we should go for diet. yang obese kena kurus sikit, then yang kurus kena tambah berat. hmm ringan ke ek if 42-43KG?? hehe cos we did not have fit body as we should be for our profession. o0ooh NO! nanti makin tembam lah bila nak selalu senyum. hahaha

 K,la sehingga bertemu lagi.
wassalam ^_^

Tuesday, June 19, 2012

Makan Angin

Salam alaik..

Arini merupakan hari yg buat aku kepenatan sgt.hehe dari pagi smpailah malam. since pagi pnjam kete mubin gi kelas 10.30am-12pm. then rushing blk sbb nak teman akak shopping kt KL SOGO. dah sampai umah, akak ckp naek kete tuh je.huhu kena laa jadi driver gi KL. dah la manual, nasib baek kete kancil je, xla sakit kaki sgt.. klu bwa kete aku, habiss laa confirm lenguh kaki! sampai kt SOGO around 2pm, singgah solat dulu then gi customer service center sbb nak pulangkan kasut yg abg ipar beli sabtu lepas, baru je beli dah koyak skit.hmm dia baru nak try brand polo tuh, dah jadi camnie lepas ni xbeli dah la..hmm

Then kul 3 pergi isi perut dulu, seriously laparr!!! x breakfast huhu juz minum air je... pastu baru start misi akak mencari baju n handbag barunya.huhu limit until 4.30pm sahaja.haha sbb kena keluar dr KL ni before 5. so, alhamdulillah lastly, jumpa jugak yg berkenan di hati..terus beli sbb dah kesuntukan masa. rushing balik, singgah subway utk dinner, sampai umah hampir kul 6 jugak la. sampai2 je terus naek kete dgn abg plak sbb nak gi amek kete aku kat workshop. alhamdulillah akhirnya dah cantekk semula! =D tapi tuh la, duit sendiri jugak rm400. mamat yg langgar aritu brkeras hati wlupun dah pujuk rayu bagai. actually, aku xleh nk buat sbarang claim sbb insuran kete tu bukan atas nama aku n masih nama arwah. so, org workshop tuh x leh buat pape la. abg aku dah call kali ke 2 utk brbincang hal ni tapi masih dgn keputusan yg sama. keras hati betul org itu. xda sikit pun sence of humanity! dah tau salah, brtanggungjawab la at least sikit..hmm wktu masa kejadian dulu, brlagak je cakap setakat 200++ je ni, setakat cakap saje no effect la. kalau hulur duit sikit xpela jugak. pastu nak suruh consider dia sbb kena sama rm300 dr polis sbb dah confirm dia salah. =(

Dah amek kete around 6.30, terus gi uitm shah alam.rehat sebentar kt surau smntara tunggu maghrib. mngantok sgt masa tuh, penat! then, gerak gi Setia City Mall kt Setia Alam dgn azmi. naek satu kete dah la kan. drive kete aku tuh sbb kaki dah lenguh sgt! kete dia tinggal kt uitm jelah, esok gi dgn umi jelah awal2 pagi. hehe plan, nak tengok wayang 2 movies terus. yelah sbb tiket free..kena redeem guna kupon. dah penat2 sampai, nmpak notice ni "FULLY REDEEMED - 19June" huhu geram kan tiket arini dah habis. esok last day promotion before GSC baru ni akan launch lusa. so, ktorang gi makan kt subway, berbekalkan subway yg akak dah beli petang tadi.haha beli air n cookies je kat situ. :P then, dah ada energy baru ktorang pusing kt mall tuh, then balik la before 10.huhu x da rezeki nak marathon movies mlm ni dgn azmi. insyaallah esok tengahari aku gi redeem dulu tiket tuh utk tgk malam. keesokannya, before subuh, azmi dah kena pergi KLIA. hmm sedihlaa plak, rindu kat dia nanti hampir sebulan jugak la dia nak gi Germany! huhu ada trip ke sana, ada conference ape ntah, present paper kot. hmm..
 
 (dah mcm nenek plak..haha aritu dah jadi 'Lilian de Mama')

Dah la final exam hampir dekat, lagi banyak kaki aku ni berjalan-jalan. Final exam next week cik mas ooiii!!! hehehe :P
& now kaki dah lenguh mcm nak tecabut dah. bak kata abg aku dulu2,"kalau camtu, cabut la dulu. esok pasang blk. hilang la lenguh tu." hehe

k,la stakat ni saje semoga brjumpa lagi insyaAlah
wassalam ^_^

Monday, June 18, 2012

Pengenalan

Salam..

Esok cite ni akan launch dlm kelas wktu presentation semua groups.hehe
mood: excited!


to be continued ^_^
wassalam.

Tuesday, June 12, 2012

Crying again..

Ya Allah aku amat merindui dia.. inginkan kehadirannya dihadapanku.. aku masih sukar mempercayai akan kehilangannya.. rindu sangat2!
-my late father

Engkau ampunilah dosa-dosa hambaMu, permudahkanlah urusannya di sana.
Al-fatihah.

Monday, June 11, 2012

Syukur alhamdulillah :D

Salam alaik..

alhamdulilah arini dah lepas test utk mandarin. hehe seawal pagi dtg ke kampus sbb ada farewell party utk lecturer yg mgajar subject english sbb dah habis kelas dgn dia n lagi 2 kali kelas arini & next week beliau dah halalkan. so free la lepas nie xda kelas awal pagi isnin. hehe tadi event ni start lambat sbb lecturer ni sampai kul 10. then 10.30 plak ada test mandarin..huhu seriously menggelabah! makan laju2 n terus gerak ke kelas sbb im the first person yg akan jwb soklan mandarin tuh. formatnya senang je, hafal 3 jenis essay iaitu hari perayaan, membeli barang dan sakit.. then cabut undi dapat tajuk ape.. baca depan laoshi(cikgu). n jwb 5 soklan in "FULL SENTENCE" tau..hehe takut n nervous sgt!

dah la kelas kt level 4, lari la naik tangga sbb lif confirm penuh dgn orang.huhu smpai kelas tersemput-semput dah kepenatan! baca brulang-ulang kali lagi essay tuh. doa byk2 n lastly... bismillahi tawakkal tu'alallah. =) laoshi dah masuk n 4 org ke hadapan dulu utk cabut undi. ALHAMDULILLAH dapat tajuk senang! hehe jieri (hari perayaan). paling x mau tajuk beli barang sbb byk kena sebut harga barang, slow la skit klu nk sebut2 tuh haha eg: RM39.50 san shi qiu kuai wu mao qian!! huhu 

tajuk sakit jumpa doktor tuh pun senang jugak. tp syukur sgt sewaktu nk buka kertas undi tuh tengok2 tajuk jieri.best2! tapi tuh la menggelabah x hilang2 sampai tergagap jugak lah. supposedly ayat tuh mcm ni.. " Meiling he Muthu shi wo de pengyou. Meiling shi Huaren, Muthu shi Yinduren" tapi aku cakap "Muthu he Meiling shi wo de pengyou. Muthu shi ... yinduren. Meiling shi... huaren! nasib baik x tukar muthu is chinese meiling is indian.haha nasib baik sangat x tertukar. hehe 

then bila dah habis cakap bla bla bla. time to answer 5 questions from laoshi. huhu laoshi baca balik kat kertas essay aku tuh, hampir kesemua dapat jwb dlm ayat yg penuh cuma ada 1 soklan susah skit sbb aku keliru sebutan dari mulut laoshi yg berbangsa Cina itu.. first trial, aku faham dia tnya (qu) pergi mana? salah dia geleng kepala. second, (shuo) cakap apa? salah jugak.. x bole jadi ni!!huhu aku tanya laoshi, "c.h.i??" laoshi angguk. so soklan dia kaizhaijie, nimen chi shenme? chi = makan.haha seriously keliru sbb sebutan semua tuh hampir sama je bunyinye.. qu & chi bunyi hampir sama..haha nasib baik laoshi tolong gak dia angguk.hehe alhamdulillah dapat jawab semua soklan! =)

Xiexie laoshi :) syukur sangat rasakan masa tuh nikmat kesenangan yg Allah berikan xkira dimana saja dlm apa jua bentuk. insyaAllah lepas ni kena perbanyakan amal jariah disamping selalu mengingatiNya. moga Dia murahkan rezeki kita dan permudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat. insyaAllah :D

so, esok kena gets ready utk presentation subject Hubungan Etnik plak dimana group aku akan membentangkan mengenai cabaran hubungan etnik di Malaysia. semoga Allah mempermudahkan urusanku berucap di hadapan kelas. hehe setakat ni shj. semoga bertemu kembali ^_^
wassalam.

Sunday, June 3, 2012

New Drama

in Mandarin version
still in progress heehee :P


Tuesday, May 29, 2012

Reminder

Pls remeber "Don't judge people by their appearance!"
because no one knows about their life especially me.
Only Allah knows best.

To those yang x kenal rapat dgn aku, pls dont say anything like this again.
aku bukanlah anak orang berada mcm yg korang fikirkan..

First, korang tgk aku punye attire sometimes mcm org yg brkemampuan. actually it doesn't mean anything! For me, aku seorang perempuan, seorang muslimah yg berusaha men'solehahkan diri sendiri. aku x pernah brmaksud utk menunjuk-nunjuk or what ever laa yang orang suka fikirkan. It's simple actually, menutup aurat itu wajib! yeah, Im trying to be a better person sedikit demi sedikit.for example, jubah. Ok in fact memang jubah mahal dari beli t-shirt or sumthing like that laa.. n kebanyakan jubah2 tuh kakak aku yang kasi sbb dia dah x muat. bukan aku beli sendiri pun.. cos I have not enough money! x salah sometimes kita berbelanja utk benda yang baik, n salah kalau kita hanya membeli pakaian yang singkat n berlengan pendek sebab ianya 'murah'! 

Sorry to those yang terasa dgn statement nie. utk girls kat luar sana, pls jaga aurat anda. aku bercakap bukan bermakna aku nie baik and alim sangat.. bukan begitu! cuma sbg nasihat dari dalam hati wlupun aku masih belum cukup kuat utk menegur directly to my friends especially. Sorry :(  and I want to remind again, aku bukan orang berada. makan pun cukup2 makan je. All expenses ditanggung oleh my mom.. the only mom that I had ever! seriously, I feel so upset about this matter.

Second, about the car. Actually, sebelum arwah kembali ke rahmatullah, memang dia ada cakap nak serahkan kereta tuh kat aku sbb adik beradik laen semua dah ada kereta sendiri. tapi itu semua x boleh diterima. sbb perkataan 'wasiat' itu sendiri bermaksud pesanan dlm bahasa arab. pesanan tidak bermakna ape2 lagi setelah arwah tiada. if arwah dah tukar nama pemilik kereta tu atas nama aku memang semua orang x boleh cakap ape dah. But now, kalau itu undang-undang, or logiknya, apa2 statement yg diberikan oleh seseorang ketika dia dalam keadaan sakit atau diambang maut, fikiran nya itu x boleh diterima kerana dipengaruhi oleh banyak perkara. 

Sbg contoh, org sakit itu akan berikan harta2 dia kepada penjaga dia yg brsama dgn dia ketika itu tanpa boleh memikirkan tentang orang2 lain lagi yang jauh. perkara inilah yang sering menjadi isu, apabila seseorang yang ingin mengambil kesempatan ke atas org sakit itu. bukan bermaksud sekarang nie aku dah amek kesempatan.haha cuma keputusan yg dibuat ketika sakit, tidak akan diterima. So, aku perlu berlapang dada ketika mesyuarat family yg lepas. kereta itu merupakan harta pusaka and harta itu semua akan dibahagikan sama rata mengikut hukum faraid. aku kena ikhlas menerima ini semua. 

Orang selalu beranggapan, aku nie anak org kaya yang berkemampuan mempunyai kereta masa belajar. sorry to say, I hate this thought! makan pun cukup2 je plus dgn tanggungan kereta lagi membebankan aku ketika ini. please jangan salah anggap atas kebendaan yang aku miliki buat masa ini. kekayaan di dunia hanyalah sementara n ia bukan milik kita. rezeki datang dari Allah. bersyukurlah dengan ape yg kita ada. Allah sentiasa bersama-sama kita selagi kita masih mengingatiNya. insyaAllah =)

Dr. Adib's Wedding

 Salam alaik..

Alhamdulillah, barakallah... mabrook buat Abg Adib dan pasangan, my new sis-in-law Dr Shuhada =) welcome to our family! hehe kak shud seorang yg peramah, mempunyai ciri-ciri isteri yg diidamkan.haha ape punye ayat la!  Alhamdulillah majlis semua brjalan dgn lancar..

Since jumaat pagi aku dah balik ke Kedah utk persiapan majlis perkahwinan nie. kekuatan diri dan semangat memang amat diperlukan pada saat ini. seriously, penat sgt esp mata.. kul 10mlm je dah jadi berat.haha mcm2 kena buat..huhu 

Majlis akad nikah dijalankan pada ari sabtu pagi. kami convoi 7 buah kereta. abg adib naek dgn kak nah kt depan skali. so, aku kena drive kete abgdib. masuk ke highway, semua bawa slowly je 80-90km/h aduhh seriously rasa mengantok plak!huhu so, lps tol Hutan Kampung je, aku terus pecut sikit jela 100-110km/h. n Azmi follow blkg dgn kereta dia. aku dah tau, klu bwa slowly confirm azmi mngantok. dah tau perangai dia. plus aku pun mula bosan.hehe

So, semua berkumpul slps masuk tol Pendang. at dat time, aku berada di tengah2 antara rombongan tuh. tetiba ada plak lori ni mnyelit masuk, pastu slow plak.. lps smua kereta dah potong, abgdib call suruh speed n dok paling depan sbb dlm kete aku masa tuh ada GPS. menggelabah kot! camne nie nak kena potong 4-5 kete dihadapan?? hohoho takut juga snanyer.. sbb jalan raya biasa bukan highway!haha alhamdulillah jalan dsebelah kanan lengang sketika n aku mengambil tindakan utk potong..haha tekan button 'over drive' n Go! smpai satu masa tuh mcm nak mnyelit blkg kete azmi sbb nmpak ada kete dihadapan.. tapi mcm sempat je lagi.tekan minyak lah alhamdulillah sempat berada paling hadapan.huhuhu cuak! rasanya kete dari hadapan dah perasan kete aku n diorang slow kot..bahaya sungguh!

Then, dah smpai simpang nak masuk kampung tuh, semua brhenti n berkumpul skejap sbelum belok ke kampung Sg. Baru Pendang. So, bila dah sampai sembang2 kejap dgn anak buah, Atirah and Amirah. diorang bgtau yg abg ipar tanya la sape yg potong dahsyat sgt smpai 5 buah kereta terus..hahaha nk trgelak dgr. abg ipar xtau kete tuh aku yg drive. skali abg aku yg follow blkg pun sama ckp awat kalut sgt nak potong bukan tau jalan pun..hahaha GPS diperlukan tadi! :P
 

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baiknye.hehe So, semalam aku dah balik ke Shah Alam sbb banyak assignments lagi x siap snanyer.hehe Abgdib n kak Shud pergi honeymoon kat Langkawi ptg smlm.hehe Tahniah abgdib. seriously ktorang semua mcm x percaya abgdib dah kahwin n menjadi seorang suami. Alhamdulillah. yelah, sbb tingkah laku x mcm org besar, plus badan pun kecik n kurusss..haha baju pengantin nampak besar! tu la, makan x tentu masa x jaga langsung.. mcm mana x kurus asyik keje je..hehe :P

k,la sampai disini shj. Wassalam ^_^

Thursday, May 24, 2012

Buat tontonan..

Salam..

kali nie aku nak share videos dr groups laen mengenai environmental issue aritu.. banyak lagi video2 laen cuma ni antara yang aku interested laa.hehe enjoy it,k! =)





Sekian and goodnite everyone!
gets ready nak balik kampung seawal jam 3 pagi.hehe 
insyaAllah sampai around 8 O'clock
Wassalam.. ^_^
 

Wednesday, May 23, 2012

Merinduimu...

Aku sangat merindui arwah ayahku saat ini. Di saat aku ingin menghadapi final exam yang lepas, aku menerima berita tentang ayahku yang telah dimasukkan ke hospital. dan di saat ini jugalah, ketika aku stress study utk test esok, aku terkenang akan masa-masa silamku ketika beliau bersabar melayani kerenah keanak-anakan aku ketika dahulu..

A rindu kt ayah sangat wlupun A mungkin banyak pernah x memenuhi permintaan ayah dahulu kerana ketidaksabaran diri ini utk melayanimu. menyesal tidak berguna lagi di saat ini! menjaga orang sakit memang banyak dugaan, tapi kesabaran diri A masih x cukup kuat. maafkan anakmu ini wlupun A sempat balik menjaga ayah hanya sementara waktu. A rindukan ayah sangat. :(

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil

Al-fatihah buat arwah.

Tuesday, May 22, 2012

" Wo gege de hunli "

Salam..

Ni hao? Xiage xingqitian shi wo gege de hunli. Na, wo yao qu canjia ta de hunli.. hehe =)

mesti xpaham kan?hehe saje je tulis mandarin skit2.it means, "ahad depan ialah abg sy punya majlis prkahwinan. Jadi, sy hendak prgi mghadiri dia punya majlis prkahwinan". hehe
actually, x sabar nak balik kampung jumaat pagi nanti insyaAllah. my bro dah nak kahwin sabtu pagi nie. n kenduri di pihak prempuan dulu. kenduri kt umah akan brlangsung pada ari ahad nie.huhu tugas aku pada hari tuh ialah mnjadi pengapit brsama Mubin masa prarakan pengantin. dulu dgn Muhd tp dia xda plak kan..sorry la ye, Muhd xdpt balik M'sia lagi  :D

keadaan meja yg sgt2 serabut dgn mcm2 benda ada bila musim exam dah dekat :P

Arini baru lepas test utk subjek vector control. nasib baek la byk soklan objectives n soklan subjective pun alhamdulillah boleh jawab. soklan dah bole expect akan keluar. :P   so, lusa plak ada test lagi utk subjek envi. microbiology! huhu ni seram skit, x bole nak expect kluar ape..huhu kena baca semua. dah la pening skit kena relate dgn environment. last week blaja psal soil n its microorganisms seriously serabut kepala sbb lecturer tu laju sgt ckp.haha confirm budak junior pun lagi serabut. kelas ktorang gabung dgn juniors. insyaallah malam ni nak smbung study microbe nie..huhu wish me luck for the test! hopefully bole la jwab jugak =)  


Semalam aku pakai la baju kurung nie, semua org tegur baju baru ker??haha serious x larat nak jawab. actually bukan la! dah lama, last year lagi dah ada. cuma xprnah pakai kt sini je...huhu ada plak member ni ckp 'mas pakai baju kain cutton patotla nmpak kurus skit' hahaha nak trgelak dengar dia ckp camtu. dlm hati, selama ni gemuk sgt ke??haha :P   Its ok mmg I dah tembam pun..kui3

InsyaAllah khamis ni after class nk terus balik shah alam. ari jumaat skip kelas,hehe dah bgtau Ir. Nimi pun last week pasal x dpt dtg kelas. :D insyaallah awal pagi lepas subuh plan nak gerak balik kedah. petang plak, nak teman Mubin cari baju melayu yg sama warna dgn baju aku nie utk pakai pd ari kenduri.hehe 

K,la sampai dsini sahaja. insyaallah jumpa lagi ^_^


Wednesday, May 16, 2012

Bù shufu

Salam alaik..

Sudah lama x update since kes accident aritu. busy memanjang je kan..hehe alhamdulillah petang ni ada masa sbentar utk buka blog nie. Actually, smlm seharian bersengkang mata sbb nak siapkan video utk satu subjek ni. supposedly last week lagi dah siap. cuma masa tu minta tolong kwan kpd kwan utk edit video tuh. tapi xda improvement pape pun! so, smlm aku n kwn2 seharian siapkan video edit la secanggih yg bole...hehe ktorang bukan budak IT so x berapa expert la sgt pasal video nie..hehe

Since tghari smlm after class, excited nak tgk video yg org tuh tlg edit.. bila dah tgk, aduhh hancur! hehe byk scene dbuang, n xda perubahan langsung utk music. so, I'm as editor, terus mulakan operasi dari awal sampai siap.. haha dari 1.30pm - 2am siapkan video tuh.. smpai laptop buat hal plak, sbb lama sgt on.. tuh pun RAM dah 4GB tp still buat hal.. lps ni kena tukar jadi 8GB laa klu nak buat video best2 punyer kan..hehe :P gurau jelah.


Dah la smlm tido lambat, dah masuk bilik xnak tido plak! x mengantok sbb minum kopi..huhu sabar jelah, smua org dah tido nyenyak tp aku?? x boleh lelapkan mata.. rasa kul 3.30am camtu kot terlelap. hehe pastu bangun awal pagi, pergi klinik opto sbb ada buat appointment nak check mata pkul 9am. kelas kul 10.30 kena present video tuh. alhamdulillah sempat siap semuanya..hehe =)

Then, dapat plak bad news.. mata x sihat. seriously rasa sedih plak. org yg check mata tuh tnya ada allergic ke? ada pakai contact lens ke? ada resdung ke? ada asma ke? huhu banyakye.... jwpn aku: TAK!! 
Aku x pernah ada semua tuh.. tapi dia bgtau maybe aku ada allergic. subhanallah mcm xnak percaya je kan. allergic commonly kt badan or kulit. tapi aku ada reaction kt mata. sbb ada allergic conjunctivitis. tp x severe sgt tahap sederhana. pastu mata kering so kena titiskan eye tears tiap2 ari, belum beli lagi..hehe seriously, risau sgt!! :(

So, tadi org tuh dah explain more mcm mana nak rawat mata nie. tiap2 ari kena tuam mata dgn air suam guna towel bersih utk mengurangkan saiz or mghilangkan bebola kecil kt dlm mata tuh disebabkan allergic. selama ni mmg aku suka mkn seafood esp udang. hmm lps nie kena kurangkan laa...huhu :( 
then, masuk kelas lambat sikit tadi.. presentation video semua groups utk subjek envi. ethics. kelakar sgt, semua org asyik gelak je.. quality video biasa2 jela x mcm group laen.. budak laki yg edit, diorang mmg kreatif pun.. tp alhamdulillah jalan cite video aku tuh ok la n semua faham msg yg nak disampaikan.hehe


dah habis kelas, terus balik umah makan n tido... penat n mata sakit sikit..hmm 
insyaAllah doa2kan ye semoga cepat pulih. follow up semula after 3months nanti..hehe
smpai disini sahaja wassalam ^_^


Saturday, May 5, 2012

Accident

Salam alaik..

actually smlm dah brlaku satu eksiden ni, n mangsanya aku! seriously geram je dgn org tuh.. xprasan ke aku kt depan, mata tgk tmpat laen.. hmm kes langgar blkg la. pastu nak settle kt balai gak sbb dia nak claim guna insuran dia. dah la kete baru, confirm2 la dia kena bayar insuran lagi mahal lps nie sbb dah buat kesilapan.hahaha (gelak jahat) bole ke?? :P

semalam lps kelas around 1.15pm, aku drive kete tu bawa 2 org members.. so sampai kt simpang 3 dpn fakulti farmasi, tetiba dia dtg dr tepi n langgar blkg. dah la tghari ramai org, dia kalut nak gi solat jumaat la kot.. bawa tuh hati2 laa, jgn nk berlagak expert sgt sbb dia tuh lelaki! dah kena langgar, aku jadi bengang la.. tapi x marah pun.hehe x pandai laa nak marah2 org.. :P gaya mcm nk marah la konon, "x perasan ke?????"

dah tu aku pun mnggelabah, what should I do now?? juz minta no phone dia... pastu terus nak pergi balai.. tapi lupa satu benda!! no plat dia ape?? yg aku perasan BLN **** hahaha bagus laa, cmne nak wat report. so, dah keluar dr uitm U-turn blk masuk nak jumpa dia.. masa tuh dah azan, so aku tunggu kt cafe jelah. tup2 ada lagi prob, dah la bumper blkg dah jatuh kena tayar, locking system pun prob jugak. nasib baik bole kunci manually. aduhh sedih kot :(


Dalam hati, kalau mamat ni x dtg jumpa lps solat, mmg aku nak suruh polis bantuan uitm ni buat sekatan depan gate uitm la! huhu nasib baek dia dtg.. bawa nak laju2 park dpn aku, ecececeeh jgn nak tunjuk pandai la. serious geram! pastu ckp mcm byk experience sgt kalau jadi kes mcm nie. tau la aku ni blur sbb first time jadi mcmnie. huhu dah tuh, aku terus gi buat report kt balai polis. dah habis semua, kena balik umah dulu.. sbb mamat tadi belum buat report lagi. sbb dia ada test ptg td.. maybe kul 8 baru nk wat report.

So, aku minta Azmi datang temankan aku malam tadi. aku tunggu paggilan dr Sarjan polis tuh dulu before nak jumpa utk amek gambar kete. around kul 8.30 pun mamat td x datang. hmm 9.30 jugak la baru sarjan tuh called suruh jumpa kt balai polis Saujana Utama. jauhnye... hmm pergi jugak la meredah cari tmpt tuh, dah settled smua, aku pun balik shah alam terus. nasib baek azmi dtg tlg betulkan sikit bumper kereta tuh, klu x susahlaa sbb asyik sangkut dgn tayar je.. :)

So, arini nak gi repair kereta dulu.. ari isnin ptg nak kena gi IPD Kuala Selangor amek report. iAllah dapat pergi sbb masa tuh xda kelas. tapi tuh la,,.. menyusahkan orang je.. dah la nk gi IPD tuh pun jauh jugak..hmm sabar3x =)

Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. buat masa ni mmg nasib baek la sbb.... aritu mmg nak repair kereta nk betulkan tmpt kemek yg lama kt bonet tuh, plus plak kemek smlm lagi.. alhamdulillah x payah keluar duit 2 kali, n rezeki kan sbb orang tuh yg bayar. hehe

Monday, April 30, 2012

Yue Hui

Salam..

Arini merupakan first day masuk kelas smula stelah cuti selama seminggu. seriously, LIAT sgt nak gi kelas pagi2...hehe byk kelas2 laen dah cancelled sbb diorang nak smbung cuti smpai esok.. esok 1st May kan hari bekerja. eh, bukan hari untuk bekerja tau! hari cuti umum untuk semua orang yg bekerja laa or known as labour day kan hehe :P


Arini datang kelas semata-mata sbb ada tests je pun.. pagi kul 8.30 ada test english. then 10.30 test oral mandarin.huhu alhamdulillah boleeh laa jwb =)  so, petang plan nak gi tgk wayang ramai2 dgn members. lastly, plan smua brubah.. yela, aku plan nak gi dekat2 je kat shah alam. rimas pergi tmpat yg crowded dgn manusia n jauh2.huhu kaka n fifa nak gi tgk kt Sunway. xnak la pergi, confirm balik lambat! then, zara ikut nemy pergi tgk kt The Curve, Damansara. xxx nak gak! haha so, aku ngan Ain jelah. ktorang pergi kt Space U8 Shah Alam. pergi lambat balik awal tu yg paling best! hehe org laen smua kluar awal, aku keluar dari umah kul 4 smpai la kul 9pm tadi. tapi org2 laen x balik lagiiii :P


"Yue Hui" means janji temu or a date ^_^ arini keluar berdua je ngan ain.hehe ktorang tgk citer Battleship je pun. actually dah lama citer ni kluar tp x berkesempatan nak gi tgk.hehe best2!! hehe makin lama dok dlm tuh, menggigil kesejukan kot. satu badan mggigil..haha sejuk sgt! tu la x bawa sweater. kan dah nyesal.. 


esok cuti, tapi kena la study!! sbb lusa on Wed ada test lagi...huhu iAllah wish me luck! =)
best wishes for you, "good luck for ur FYP".  iAllah I know u can do it! chaiyok2  ^_^

sampai disini shj slamat mlm. wassalam...

Wednesday, April 25, 2012

Sendirian

Salam alaik..

Arini since petang td aku keluar umah smpai la maghrib td baru blk..ish3 hehe actually, ptg td keluar sbb ada urusan.. gi hantar kad kenduri kt umah kawan, gi beli setem byk2 kt post office, gi kedai tayar jap, gi bank...haha byk kan brjalan. :P

Then, dlm hati mmg plan nk gi cari big apple..hehe kempunan plak dah lama x mkn! So, ajak la ain teman gi mkn sama2. dia plak otw blk kampung..xpelah! pergi jela sorang2.. smpai jugak kt TESCO mergong, alor setar ni. prnah sampai skali je pi dgn sdara dulu2 wktu awal buka. nasib baek senang je nak cari tempat tuh. =)

so, jalan2 dulu dlm tesco tuh beli skit2 sbb masa tuh baru pkul 4ptg. abg adib habis keje dlm kul 6. jalan la sorang2.. seriously bosan! dah tuh, singgah la big apple. nak order air, skali mesin buat air tu rosak.hmm nasib baik ada beli air sebotol td..hehe dah beli, duduk situ makan la satu dulu sbb yg choc ats donut tu cair! habis 'berlemoih' tgn @ comot laa..huhu


Dah tu, simpan barang2 dlm kereta dulu la.. masuk balik tesco, jalan2 lagi sbb byk masa lg..hehe nk beli kasut x jumpa yg berkenan di hati.. TERmasuk plak kedai handbag.haha pastu TERbeli plak..hahaha  so, cukup la shopping buat masa nie. kang bankrup plak bulan depan xcukup duit mkn.hehe esok dah nak balik puncak alam lps Asar insyaAllah. plan bila balik sana, kena tukar tayar kereta baru, mak suruh! sbb mak risau if jadi pape lagi pasnie..hehe


Then, bila kul 5 baru masuk dlm kreta, baru prasan msg dr abgdib suruh amek dia 10mins lepas..haha sorry la x prasan sibuk shopping tadi! hehe so, gerak la ke hospital, kul 5.30 sampai kt situ, tapi dia x habis keje lagi.. aduhh sama mcm kes kelmarin, ckp amek kul 7pm tp balik kul 9pm. tension kot tunggu lama2..nasib baek tadi kul 6.30 dah bole balik. =)

k,la sehingga bertemu lagi... kelas start next monday, balik awal sbb nak siapkan keje2!hehe
wassalam.. ^_^

Saturday, April 21, 2012

Midterm Break


Salam alaik

Alhamdulillah selamat sampai ke rumahku syurgaku =)   Yes, my home sweet home laa…hehe  After class smlm, aku brtolak balik ke kedah dari Puncak Alam @3pm. kelas habis pkul 1pm then tgk result experiment kelmarin kt lab dulu before balik umah sewa..huhu geli n berbau sample experiment tu.. sungguh kotor kain pengelap yg digunakan di dapur.. xkira la dapur mana2 pun. so, pesanan "selalulah cuci kain pengelap n make sure dalam keadaan yg bersih ya". mcm2 bacteria ada.haha

-together.. slps amek sample di cafe-

Hehe actually aku balik ke kedah tumpang kreta kawan.  kreta sndiri tinggalkan kat Azmi di Shah Alam. Macam2 pengalaman dilalui speanjang perjalanan balik ke sini. Alhamdulillah selamat.
Sewaktu dalam perjalanan semasa berada di highway ke arah Tapah, ada satu kemalangan nie berlaku dihadapan, n kawan2 aku ni lah yg nampak kejadian ni berlaku. Aku x nampak sbb dok kat seat belakang. Mmg dari jauh diorang dah perasan n slow down kreta... Kami masih teruskan perjalanan. Innalillahiwainnailaihirojiun…  yang aku nampak, sbuah kereta saga hitam terbabas ke kanan jalan dimana bahagian depan kreta remuk teruk, n sbuah kembara terbalik ke kiri jalan dan seorang lelaki ni berjaya keluar dr kembara tu.. Plus kawan aku ni nampak seorang perempuan Chinese x sedarkan diri dalam kereta saga terbabit n kepala dia berdarah.. Ya Allah, jauhkanlah kami dari sebarang kecelakaan nie..  risau sgt L

Kami teruskan perjalanan sprti biasa. Then, jam plak dari dalam torowong di Perak, ntah la brp KM jauhnye smpai turun bukit.. jauh gak la. N brhenti rehat di R&R Sg. Perak dulu lah.. kejap2 ada gak hujan.. then, si Majdie ni still drive kreta mcm biasa smpai lah tahap dia mngantok sbb x cukup tido malam sblumnya. Aduhh.. hmm so tukar la dgn ain skejap around 7pm. Bila keadaan di sekeliling dah gelap, ain x dpt drive lagi sbb mata dia prob skit dgn silau. Aku take turn drive dari Penang-Jitra. Actually aku pun ngantok gak lama2 lps tu, yelah x tido since awal pagi.. tahan jelah. Bawa slow jelah 90-100km/h Alhamdulillah selamat sampai di kedai makan abg @9.30pm


Lps semua dah kenyang, baru la Majdie drive balik, hantar aku kat umah n then diorang brpatah balik ke umah masing2 di alor setar.hehe Thanks you all.. =)  Alhamdulillah dah dpt jumpa my beloved one! My mom ^_^

K,la sampai disini shj sehingga bertemu lagi.. (holiday for a week)
Wassalam.

Tuesday, April 17, 2012

Hutan Berasap!!


What's happened??




o0oo thermal fogging!
We're super girls...hehe 

   
@ Kolam Basah UiTM


Monday, April 16, 2012

Buat Dirimu Yang Bergelar Suamiku

Dari naluri hati seorang wanita :


Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…
Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…
Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…
Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…
Dari kata hati seorang wanita :
Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…
"Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu."