Monday, December 26, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Ujian dariNya
Salam alaik...
Setiap manusia yg dciptakan Allah sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yg sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yg dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsiaNya trsendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. dan kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan, ujian juga dapat mematangkan kita. seperti slogan yg aku selalu pegang:
Usaha + Tawakal = Kejayaan
Kadang2 kita tertanya-tanya, mempersoalkan kenapa kita diberi ujian yg berat sebegini skali sehingga kita lupa pada siapa yg perlu kita mgadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah 'azim.. lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yg Allah beri trhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yg mengalaminya, mungkin ada lebih ramai lagi yg lain menghadapi musibah yg sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bahkan, Allah terlah memberitahu dengan jelas dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allaj benci kita tapi percayalah yg Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambanya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Semenjak Oct yg lalu aku telah mendapat ujian dariNya dimana kesihatan diri terganggu. Deman, Selsema, low blood pressure n this month, I've got sore throat sehinggakan suaraku pecah2. mungkin semua ini ada hikmahnya. iAllah semoga cepat sembuh dan dapat berhujah dalam kuliah dengan sebolehnya pada minggu hadapan. banyak lagi presentation yg tergendala.hehe iAllah think positive! =)
wassalam.. ^_^
Monday, November 28, 2011
Makan Angin =)
Salam alaik...
semenjak further study ni, jadual aku pack sgt.. yelah kelas dr 8.30am-5pm. hmm assignments pun menimbun, lps midterm break aritu kena la get ready dgn test 2 and final exam plak.huhu :(
Actually, dis weekend aku lari balik shah alam.. tetiba naek tension dduk rumah seharian sahaja kt puncak alam tuh. hehe dah balik sini, asyik berjalan-jalan je smpai keje pun x jalan! haha
Ari sabtu aritu, pagi2 dah dengar kuliah pagi kat masjid, then kt umah kena tolong gotong-royong umah.. ptg plak gi umah maktok kat KL. balik pun dah malam. hehe so, keesokan ari pun mcm biasalah bgun awal utk ke masjid. blk2 tido... oppss! haha then, pagi tuh gi groceries kat GIANT. lps zohor prgi kenduri kahwin kt sek.18 hmm memang asyik brjalan je, assignments x siap lagi!

balik dari kenduri tuh, singgah plak TESCO. on the way blk tuh lg, singgah plak mall yg baru buka kat TTDI Jaya nie, "SPACE U8". xda pape pun, sbb baru buka kan.hehe malam tuh plak keluar makan2 dgn family akak smpena birthday abg ipar.



Ni namanya "jalan-jalan" & "makan-makan". haha :P
K,la smpai disini shj. malam ni nak balik puncak alam! hehe
wassalam ^_^
Saturday, November 26, 2011
Gelabah pelik!
Saturday, November 12, 2011
my Birthday!
Petang, aku dah nak bertolak balik ke puncak alam dgn kawan2, balik 1 kete je. semoga selamat spanjang prjalanan.iAllah =) next week dah start kuliah dah.. so kena brjuang selama 2 bulan nie smpai final exam!! huhu seram plak rasanya.. tahun dpn, tgh bulan januari baru cuti balik, then x sabar nak tunggu majlis pertunangan abang atasku plak, abg Adib with ........! haha coming soon....hehe xlama pastu plak my turn. MashaAllah cepatnya masa brlalu...errr NO COMMENT! :P
Thursday, October 27, 2011
Happy Graduation !!
Friday, October 14, 2011
Kehilangan & Kebahagiaan
Salam alaik..
Arini dah 14 Oktober, Alhamdulillah semuanya baik2 saja disini, study? Hmm agak tough jugak la.hehe yelah, degree level mmg susah skit dr diploma dulu kan.. skrg masih dlm process utk adapt dgn situation nie.. setiap minggu ada je task then kena present, hbis je 1 kelas ada je assignment… huhu mcm2 lg laa..hehe
Lagipun, schedule dah makin pack..hehe weekend ni plak ada modul “Kemahiran Insaniah” 2 ari.. then, esok petang kena gi S.Alam nak amek jubah convo..hehe Yeaa convo!! X sabar rasanya… Alhamdulillah mak dan abg aku dapat hadiri majlis aku nanti.
Alhamdulillah Allah dah gantikan sesuatu tu dgn yang lebih baik setelah kita kehilangan sesuatu. Actually, pada asalnya, abg Adib xdpt dtg bawa mak sbb dia x dapat cuti.. then, aku sedih la sikit.. juz ada family kakak aje disini.. baru2 ni, aku dapat tau plak kakak aku tuh kena pergi kursus so xdpt join mjlis convo tu nanti! Tapi aku syukur sangat, mak n abg Anwar dapat datang dari Kedah..yess! =)
Plus, makndak aku pun datang jugak..hehe ramainye org dapat join majlis aku tuh..hehe InsyaAllah pada ari sabtu depan 22 Oktober, aku akan pergi ke majlis tuh brsama-sama mak, abg, makndak, sepupu, ank buah n x lupa juga aku bawa bersama 2 or 3 org kawan aku yang xdpt celebrate convo diorang brsama family masing2. (masalah lokasi…jauh sangat nak datang)
Rasa gembira sangat!! ^_^ rindu kat mak.. hehe
Baru2 ni, aku bersama-sama Muhammad n Azmi pergi berjalan2 kat Puchong. Hehe yelah, sebab dah janji nak belanja Muhd for his birthday next year.haha celebrate siap2 sbb tahun dpn dia xda kt sini. So, fair lah Muhd dah belanja kek birthday aku utk bulan depan nie, aku pun dah belanja dia Seoul Garden utk next year punya birthday..hehe Alhamdulillah dapat merasa gak sumthing new. Hehe
Monday, September 19, 2011
Praise to Allah ^_^
Wednesday, September 14, 2011
Unexpected

Monday, September 12, 2011
Mencintai Dalam Diam.. (copy)
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
Tuesday, August 30, 2011
1 Syawal @ 30 Ogos = Hari Raya
Wednesday, August 17, 2011
Today
Friday, August 12, 2011
Fav Menu =)

Saturday, August 6, 2011
Kisahku...
Thursday, August 4, 2011
Lembaran lama terselak semula…
LIFE
is like ROADS
We travel
Some are smooth
Some are rough and
Some I’d rather forget
but there’s 1 road
I won’t regret
The road where we meet
And we became friends…

Mampukah bersembunyi daripada bayang sendiri yang mengejar?
Kata orang… wanita itu ujian utama lelaki. Dan hati itu ujian utama wanita. Bunyinya agak klise bukan? Namun… itulah hakikat yang terjadi antara sedar atau tidak.

Betul tak ayat nie, Allah temukan kita dengan orang yang salah dulu barulah Allah temukan kita dengan orang yang betul…
Apa yang menarik bagi saya adalah – kata2 Sayidina Ali tentang Saiditina Fatimah memang cantik kata-kata itu:
“She was a flower from the heaven, who came and went. But whose scent shall forever remain in my mind.”
Bayu yang bertamu bersama titis salju,
Dingin membeku hangat kalbu,
Lantas, bilakah hati bertunas harapan
Aku dan kamu…

“Allah is reserving someone special for you. Jangan risau. Have faith dear!”
Tuhan… Tunjukkan aku jalan untuk kutapakkan langkahku…
Novel yang telah mengimbau sedikit silamku - QUARTET
(http://www.jemariseni.com/02/js-novel/224-april-2011-2-quartet.html)
Thursday, July 28, 2011
Sunday, July 24, 2011
Telatah Si Kecil =)
Wednesday, July 20, 2011
Pulang ^_^
Monday, July 11, 2011
Rejected
BERSIH 2.0 (9/7/11)
Kenapa Ambiga?
Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.
Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?
Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.
Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?
Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.
Perhimpunan aman menjadi huru-hara
Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.
Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.
Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau gerai tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.
Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.
BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?



