Friday, February 19, 2010

Flyer 1

In the name of Allah I begin,

I'll try my best to conduct this program
as a gOod leader..hehe
InsyaAllah
This is my first program, OK ^_^


Tuesday, February 16, 2010

Gabai River Trip

1 Februari yang lalu, aku bersama-sama classmate telah mengadakan lawatan ke Sg. Gabai yg terletak di Hulu Langat, Selangor serta diiringi 2 orang lecturers iaitu Cik Farah & En. Izwan..huhu yang bestnyer, lecturers ni da camera DSLR.. haha so, semua orang asyik nak brgambar laA..
ktorang berkumpul di bus stand di hadapan kolej Angsana pada pukul 7.45 AM tapi kan...bas lambat sampai..pukul 8.40 AM baru bertolak...hurmm k,then ambek 2 org lecturers ni & beberapa orang mmbers kt bus stand depan fakulti pulak.hehe after that, bermulalah perjalanan ktorang ke sana..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah...hehe

Sewaktu dalam perjalanan tu, semua orang pakat2 tido..yela,bangun punyer awal...sampai di sana around 10.30 AM then, dapat tau pulak, bas x boleh msuk ke dalam sebab lorong untuk sampai ke tempat recreational park tu sempit sikit. so, semua kena berjalan kaki...hurmm :-( signboard tu tulis, 2km ke dalam...bila dah jalan2, bukannyer 2 km TAPI 5KM!! betapa jauhnye...

perjalanan yang x sampai2 lagi..huhu

Akhirnya, ktorang sampai juga ke penghujung jalan...nak tau x kat mna?? dah sampai kaki bukit pun...punyer la jauh berjalan...bila dah sampai, ada laA beberapa orang pakcik nie sedang menunggu di hadapan gate tempat ni. dia minta ktorang bayar RM1/person. aku ingat kot dia melawak je...rupa2nya betul..bila dia serious, dia bgtau yang bayaran ni untuk membersihkan kawasan ni.. oOoOooo begitu rupanya!! :P


bila ketua rombongan telah bayar untuk semua, 43 orang = RM43 guna duit kelas la kot.haha ktorang kena berjalan lagi untuk ke dalam..then, untuk pergi cari tempat yang sesuai untuk buat test keatas air, ktorang kena panjat bukit pulak untuk sampai ke atas. fuhhh penat gilerr!! tangga tu dah la curam...memang x tengok bawah la.gayat !! hehe



Then, bila dah sampai ke atas, naseb baik da tempat untuk duduk berehat. ktorang pun berkumpul la di pondok yang disediakan. so, bermulalah tugas2 ktorang sebagai IK. poyo jela..hehe ktorang kena buat experiment skit mggunakan air sungai nie..nak tengok tahap pencemaran air ni la..yang x tahan sangat tu, ada la orang ni siap bawa shampoo, pncuci muka etc. SABAR jela dgn sikap orang2 nie...pelik2 betul. diorang ni memang xtau ke air sungai ni bukanlah bersih sangat, yang dok p cuci muka n shampoo rambut sampai brbuih2 tu kenapa?! ish3....

Bila dah selesai tugas, ktorang pun dah x sabar2 nie nak maen air tu.. SEJUK !! 23 degree celcius je..OK la tu. so, bermandi-manda laA...ntah berapa jam ktorang maen2 kt situ.. Cik farah la orang pertama yang masuk dalam air tu dlu..then, baru diikuti students dia nie...haha

Aktiviti yang paling best?? ktorang maen gelongsor kt ats batu..dah nma pun kawasan air terjun, so ada la tempat menggelongsor.hehe

(setelah berjaya menggelongsorkan diri.. peace!!)
photographer: En. Izwan

Lastly, selepas dah selesai maen2 air, ktorang pun bersiap2 untuk pulang..sebelum tu kena la isi perut dlu kan. hehe bila dah sudah makan, semua diminta berkumpul di bawah...hurmm masalah nak turun tangga plak! hati2 tangga licin...& crowded dgn orang ramai yang nak balik juga. bila semua dah berkumpul, ktorang kena berjalan kaki keluar lagi..bas tunggu kat jalan besar. hurmm.. walaupun penat, tapi ktorang memang enjoy gilerr arr!! best..
Bubbye...

Sunday, February 14, 2010

UiTM d'hatiku ??

dah bosan sgt nie..nah tengok permandangan sekitar uitm puncak alam nie...hehe

tangga balik ke kolej ^_^



Rafflesia cafe



Fakulti Sains Kesihatan

Jalan-jalan.. x nak naek tangga tu !

Majlis Perasmian UiTM Puncak Alam fasa 1

sila tonton video di link nie - Buletin Utama / 12 Februari 10 in Part 2,k

Datin Seri dah sampai...tapi

Dato' Seri Najib belum sampai lagi...



semua ternanti-nanti trmasuk polis tuh..x sampai2 lagi keR??

pekerja tambahan - jaga makanan! lol :P


sempat besalaman dgn Datin Seri Rosmah Mansor... ^_^

Thursday, February 11, 2010

makin busy...lalala


Assalamualaikum...

Actually, I'm very rushing now. everything should be completed as soon as possible. I must be willing to do all this without admit it. ok, now there are some assignments that need to be submitted tomorrow. assignments for healthy city, report writing about the air quality (have changed it from arteriosclerosis) and 1 more lab reports. huhu air quality report has left little more to complete. So, tonight I will finish healthy city's assignment and also lab report.


then, recently I was appointed to become head of the program "go green week". so, I become more busy .. I need to be settled many things before mid term breaks on February 13 and posters for this program must be affixed around the campus before holiday.arrrgh!!!
these posters had been ordered today .. hopefully the poster can be completed by tomorrow afternoon ... because tomorrow the prime minister will come here to officiate this campus. hohoho
then, I will break for a week but I cannot rest anymore...because I have to manage many things during the holidays. I need to survey the price of goods and many more things. huhu
hurmmm .... O Allah, strengthen thy spirit in me to face all this.

Sunday, February 7, 2010

Busy !!!

I'm very rushing rite now..doing a lot of assignments:
1. environmental health & safety monitoring program at recreational water
2. Report about arteriosclerosis
3. Healthy city
4. Lab's report of water samples
Arrrggh !!!
I cant help myself not to go crazy doing these things
I felt upset bout myself.. NO mood anymore.


Everything is needed to submit NEXT WEEK!! before mid term breaks
coming soon..

Plus, I have 3 test too
1. Environmental Health Promotion & Education
2. Toxicology
3. Land Use & Housing

How could I help myself?? what should I do rite now??
btw, I need to face it soon

Astaghfirullah
I recognized my mistake... last minute punyer keje!!
Now, I know it's my fault.

Ya Allah, kau berilah hambamu ini kekuatan & kesabaran dalam menghadapi segala ujian dariMu ini.
Insyaallah I'll try doing my best..


Valentines' Day


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.


Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

p/s: Last week aku ada terdengar suatu berita dari sahabatku mengenai seorang "kawanku" ini..perkara ini telah diberitahu oleh tuan empunya diri ini kepada sahabatku..Malangnya, perkara ini adalah berita yang kurang baik..aku sedih sangat apabila dapat tahu! aku hanya mampu berdoa untuknya..Moga suatu hari nanti dia akan berubah...
Ya Allah, aku memohon kepaduMu kau pandu & bimbinglah "kawanku" ini ke jalan yang benar sekiranya dia telah tumbang dalam kancah kemaksiatan ini (melakukan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan).Ameen...

Apa kaitan minda & kejayaan?? ^_^

TIDAK dapat dinafikan bahawa akal adalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seorang insan. Malah lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberi nyawa sekalipun tanpa dibekalkan akal, anda tak ubah seperti seekor haiwan.

Tujuan Tuhan menganugerahkan akal kepada manusia ialah untuk mengurus alam ini. Sebab itu akal mesti dijaga. Akal didatangkan oleh Tuhan dalam dua bentuk. Secara fizikal (yang dinamakan otak) dan secara rohani (yang dinamakan minda). Banyak unsur-unsur yang mempengaruhi pencapaian dan kecemerlangan akal antaranya; keturunan, kesihatan, pemakanan, suasana sekeliling dan orang yang paling hampir atau paling disayangi.

Minda yang hebat mampu melahirkan manusia yang super hebat. Manusia yang super hebat mampu membawa perubahan atas muka bumi bukan sahaja untuk dirinya, keluarga dan masyarakat malah untuk manusia sejagat.

Tetapi ramai manusia yang mensia-siakan hidup kerana tidak membangunkan akal dan minda. Inilah manusia yang biasa-biasa sahaja - merasa cukup dengan apa yang menimpa dirinya dan tidak punya kekuatan untuk berubah. Sedangkan Tony Buzan berkata dalam bukunya Make The Most of Your Mind, "Otak ibarat raksasa yang sedang tidur."

Buku Rahsia Minda Hebat tulisan dua orang perunding motivasi yang tak asing lagi di negara kita iaitu Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria merubah segalanya. Mereka menggabungkan ilmu syariat dan psikologi dengan pengalaman dan pemerhatian untuk dicurahkan kepada pembaca. Apa kata mereka?

"Seperti anda, kami juga bukanlah asalnya orang yang semula jadi dianugerahkan bakat yang hebat oleh Tuhan. Tapi kami sendiri yang mengubahnya, berusaha dan bekerja keras. Ini bukan pula bermakna kami telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi. Sebenarnya anda mempunyai kemampuan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah kami lalui. Anda yakin?"

Mereka mengakui bahawa ramai anak-anak didik mereka - yang boleh dipanggil adik atau anak telah laju ke hadapan mencipta kecemerlangan. Ada yang sudah menjadi ulama besar. Ada yang sudah menjadi jutawan. Ada yang telah meraih gelaran profesor dan tan sri. Bekalan mereka cuma satu - menggembeling anugerah akal dan minda yang diberi Tuhan kepada mereka. Betapa tidak, kekuatan akal diberitahu oleh Norman Cousins dalam bukunya Head First: The Biology of Hope, "Sistem cakerawala dengan jutaan galaksinya pun tidak mampu menandingi kecanggihan otak manusia yang menakjubkan. Otak manusia adalah cermin ketidakterhinggaan - tidak ada batas, ruang lingkup, atau kapasiti bagi otak untuk tumbuh secara kreatif."

Bagaimana mengeksploitasi anugerah Tuhan?

lPertama: Mendengar dan memerhati. Seperti kata Brian Tracy, penulis buku Maximum Achievement, "Asalnya, sumber tunggal yang terbesar berada di antara dua telinga anda (maksudnya otak). Kini, kekayaan berada dalam kekuatan otak bukan otot." Betul, ramai orang bekerja keras (membina otot) tetapi tidak cemerlang. Tetapi kalau anda work hard and work smart - itulah yang sebaik-baik pendekatan.

lKedua: Yakin. Seperti kata Napoleon Hill dalam bukunya, Think and Grow Rich, "Apa saja yang dapat difahami dan diyakini oleh fikiran, dapat dicapai oleh fikiran."

lKetiga: Bekerja keras untuk merealisasikannya. Seorang ahli motivasi berkata: "Menggunakan otak seperti meneroka hutan belantara. Akhirnya anda akan bertemu jalan keluar. Kalau tidak anda harus membinanya sendiri."

Buku ini yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan warna penuh ini merupakan salah sebuah buku terbaru yang menyorot satu perspektif yang sangat penting tentang otak dan minda. Buku ini sangat menarik kerana isi kandungannya menyentuh hampir keseluruhan aspek minda termasuklah perihal otak secara saintifik, 'menyihatkan minda' menurut perspektif Islam, mencerdaskan minda melalui aktiviti fizikal, pemerhatian, pemakanan, psikologi dan motivasi dan kaedah mencerdaskan akal bayi.

Semua aspek ini dikupas dengan begitu mendalam dan disampaikan dalam konsep buku-majalah yang sangat menarik dan tidak membosankan. Gambarajah yang jelas di samping permainan warna yang baik menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Malah, sesetengah fakta yang kompleks telah dipermudahkan dalam bentuk doa untuk diamalkan, carta, jadual, foto, nota ringkas, petikan dan kisah-kisah menarik yang berkaitan.

Friday, February 5, 2010

"Masyaallah"


Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer P.ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap.

bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH
YANG MAHA AGUNG.
Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali). Tolong sebarkan kepada
kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya.


Wednesday, February 3, 2010

Mana bantal saya?



Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.

Menurut ibunya, Suhaiza Sharudin, bukan sahaja anak sulungnya, malah anak keduanya, Aliyah Athirah juga mempunyai tabiat yang sama. Bezanya, si kakak mengendong Kiki manakala adik pula dengan bantal kecil yang sudah pun bertukar warna (bantal busuk).

Namun ibu berusia 34 tahun ini mungkin bernasib baik sedikit kerana Aliyah Athirah ‘merelakan’ bantal busuk itu ditukar sarung tetapi tidak isi dalamnya. Jika tidak katanya, malu juga memandangkan bantal ini mempunyai ‘corak’ tersendiri dan tidak lagi berwarna putih bersih.

Kedua-dua teman karib kanak-kanak dikendong ke mana sahaja mereka pergi.

“Balik kampung atau melancong sudah pasti dibawa. Keluar dari rumah untuk ke kedai sekejap pun hendak bawa malah ke taska juga, cuma mereka tinggalkan dalam kereta kerana malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.

Situasi seperti ini pastinya bukan sahaja dialami oleh Suhaiza malah ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama. Anak sukar untuk berpisah dengan teman akrab mereka - “si bantal busuk.”

Punca

Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.

“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.