Wednesday, April 28, 2010

suddenly


(breakfast at Sunway's hotel)

(His birthday~ at secret recipe's cafe)


kenapa secara tiba-tiba hati ini terasa sedih?
sedangkan berita yang aku terima ini adalah perkara yang baik.
melanjutkan pelajaran dlm course medic.
ntah kenapa...tapi aku turut gembira untuknya
mungkin sebab jarak yang akan memisahkan kami itu terlalu jauh
terasa seperti kisah dahulu berulang kembali
dahulu pemergian orang yang ku sayang
untuk melanjutkan pelajarannya
sekarang aku menanti kepulangan abgku
namun, tidak lama lagi
pepisahan ini akan berulang lagi...
kali ini, orang yang rapat denganku ~ like my twin!
hati ini terasa berat untuk berpisah
siapa pun dia untukku
namun aku perlu terima semua ini
walaupun akan jarang berjumpa
aku akan sentiasa doakan kejayaannya di sana..
InsyaAllah kita akan bertemu semula.


(pilihan warna saya ~ for us, Eid's)

(secara kebetulan ~ jadi pengapit)

^_^


Final Exam Timetable Sem 4' 2010



Wk 1, 4/18/20108:00am- 9:00am9:00am- 11:00am11:00am- 2:00pm2:00pm- 5:00pm5:00pm- 6:00pm
WEDNESDAY 4/21/2010
2:15pm-4:15pm, Wk 1, 4/21/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV265
(Land Use & Housing)

FRIDAY 4/23/2010
2:45pm-4:45pm, Wk 1, 4/23/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV270
(Environmental Pollution & Monitoring)

Wk 2, 4/25/20108:00am- 2:00pm2:00pm- 5:00pm5:00pm- 6:00pm
SUNDAY 4/25/2010 2:15pm-5:15pm, Wk 2, 4/25/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV260 (Environmental Health Promotion & Education)
TUESDAY 4/27/2010 2:15pm-4:15pm, Wk 2, 4/27/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV280 (Environmental Toxicology)
FRIDAY 4/30/2010
2:45pm-4:45pm, Wk 2, 4/30/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV266 (Food Hygiene)

Wk 3, 5/2/20108:00am- 9:00am9:00am- 11:00am11:00am- 12:00pm12:00pm- 2:00pm2:00pm- 5:00pm5:00pm- 6:00pm
MONDAY 5/3/2010 Wk 3, 5/3/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV263
(Pools & Recreational Water)

WEDNESDAY 5/5/2010
2:15pm-4:15pm, Wk 3, 5/5/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV259
(Legal Procedures for Environmental Health)

Wk 4, 5/9/20108:00am- 9:00am9:00am- 11:00am11:00am- 6:00pm
SUNDAY 5/9/2010 Wk 4, 5/9/2010
Modules: HS113
Groups:
ENV264
(Pest & Vector Control)


Good Luck everyone!! chaiyok2 for our last exam here! before we'll be going for practical next sem.. ^_^


Sunday, April 18, 2010

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat



http://pembinakedah.files.wordpress.com/2009/05/dahsolat-sk.jpg


Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
Solat itu tiang agama!
Solat itu tiang agama!


Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal(Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDhNjNjS70e_5I8bLdFXtkQ4VtSZZxu4gRInwJYncfNJycMmARPc_JOOgKMiGfKFMulA3s9UTzbYJFTHtyPFPl0hQWwSiHdlhXAe7PLuqVVZwu2XsNpCzMuFrYsAotBcGvevGCngGPtsw/s320/fadhilat+amal.JPG
Kitab Fadhail Amal


Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-gUH3fH-4Nhm_rfco3YvBpgRq-B-HSSHw5H4eS6hWi6E9HOTfyxZCPI_suLVWIckONeotumuxXViqFAeQUTSRpp_RGxtBZH6_H3VROWx5hFGJ-10SXK4Z1GDZeadpXRwbCR-A9yBPD8c/s400/bookmarknorbitt_158.jpg
3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB1Yciag-K86_-_SrqayCrSEOOxJ7oko1VioWpkWN5_YDeyF9OXHI65lvjAZJwUNK89JZfRDKfvFVGId6lx32keCHCM9c6PL4iZ9dCjvFVQD_GqXL7FmZGb-yyO_QFkJoT5OpKW-jsvRA/s400/Bh00197.jpg
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaoL3YOXBzOhF3zv09rAf64mak0sXtCcCb-X5IHRBOYpI4T4wlnlSFrI1ns0diQOwy3K_tCUY1P8xcBTvUfdk1jt4EVtSKcCiN0bJ-Tkq2wPCdLKS6fmFY-eO_rJNQafAjySKHOe1tkus/s400/32789541840078l.jpg
5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.
http://shinekoramon.files.wordpress.com/2009/09/tidur.jpeg
6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati


Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTYxwWRs5D2RIl_zKjChaObBdjmrvaE1Fr-jmdf0z8XW7_zt7xVd2-q40Lky3UsneA6KLEvLwdYwj8FJe2v-S4XEyg07a9ugexWZ6oviVCF1OLKEF4Cg7GbITUx2PMWJMBnB24TOGMrFR-/s320/mind.jpg
7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?
kubur.jpg image by pamiesz
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan


Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
http://photos.bravenet.com/420/318/568/7/E9E9B847C3.jpg


Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.
http://muhammadkamal.files.wordpress.com/2009/08/solat-1.jpg

info nie saya dapat melalui email...juz nak share dengan semua! =)

Saturday, April 17, 2010

EHSAN’s ANNUAL GRAND MEETING AND STUDENT EXCELLENT ACHIEVEMENT AWARD 2010

Assalamualaikum... dah jarang2 aku updates blog ini...bukan malas tapi no idea nak tulis ape daa....hehe hrmm, arini terasa mcm nak post something plak.hehe lgpun tadi aku baru lepas 1 paper,exam utk subjek pemikiran pemimpin negara..alhamdulillah dapat la jawab juga.


So, kali nie bukan nak citer pasal exam tadi, tapi nak citer pasal event yang dah diadakan last week on Wed, 14 April 2010 di INTEKMA sek.7 Shah Alam. hehe
Actually, aku sekali lagi menjadi emcee secara paksarela..last minute plak tu! sebab dah xda orang nak jadi...then, aku cari lagi 3 orang junior utk brsama2 jadi emcee..selasa malam baru nak siapkan text...NO REHEARSAL ! can u all imagine?? haha plus, aku batuk2 waktu tu tapi xda pgganti pun..


seawal 4.30 ptg, aku dan ajk2 yang laen perlu brtolak ke sana dahulu untuk persediaan dengan menaiki bas...students yg laen2 naik bas pada pukul 6.30 ptg. majlis akan bermula pada pukul 8 mlm. sebelum itu, aku meminta bantuan dari kakak angkatku untuk make up je. hehe tepat jam 8, aku menanti ketibaan V.I.P tapi belum sampai lagi..huhu berdebar2 gilerr nak cakap! haha majlis bermula pada pukul 8.30 malam dengan ketibaan ketua jabatan dan semua pensyarah2.

aku dan partner, Izhar...manakala Jasmin&firdaus berusaha untuk menjadi emcee yang tbaek..tapi biasalaa...budak2 baru belajar! ada la cacat cela sikit2...asyik2 kena tegur je dengan senior.hehe xpela, belajar dari kesilapan,kan3 :P

(Jasmin & Firdaus.. pasangan emcee ke-2)

(Izhar, Fifah & Firdaus)

antara aktviti sepanjang majlis malam tu adalah pelancaran logo baru EHSAN oleh Assc. Prof. Rodziah. then, tibalah acara kemuncak pada malam itu, dimana pelbagai anugerah telah diberikan kepada para pelajar yang berjaya untuk mendapatkannya. termasuklah aku, walaupun skali je dapat naek pentas tu, alhamdulillah...ada juga dapat Anugerah Dekan utk sem ke 2 je.hehe

(En. Nazri~ ex-president & Prof. Mad. Rodziah launched our new EHSAN's logo )

(lecturers)

(En. Izwan ~ Presiden baru EHSAN)

(En. Izwan menyanyi?? lajunya dia tukar pkaian)

(persembahan)

semakin lama aku bercakap, semakin hilang suara aku...suara dah jagi garuk!! haha memang semua orang perasan, awal2 majlis ok je suara, lepas tu dah K.O. cakap jela sampai tamat majlis pada pukul 11.30 malam.

(Prince & Princess of the Night)

so, time nie la ada waktu utk brgambar dengan members semua...huhu :P

(pengapitKu Fifah & Imah)

(syira & I...bagaikan langit dan bumi wlupun aku dah pkai heel,hehe)

(members)

(kami, diploma/4 bersama lecturers)

(syira&panjang... mereka sememangnya tinGgi)

(Abg edy senior final year...slamat mnempuh alam pkerjaan)

waktu balik, aku diperlukan utk drive kete members...ktorang pusing2 shah alam dahulu utk cari bank,nak keluarkan duit..tapi x boleh keluarkan gak.xpelaa...yg x best tu, sbb malam2 aku x nmpak sangat kawasan sekeliling..so, asyik salah jalan je wlupun dah biasa dok kat shah alam...lagipun dah tengah malam. ktorang sampai kat uitm pukul 1.30 pagi. huhu
Keesokan harinya, aku xda suara untuk 2 ari...ckp scara brbisik2 aje. setakat ini aje, kisahKu....hehe
Lepas nie masa untuk berjuang, exam juz around da corner! huhu.... then, gi praktikal for 9 months. lastly, dapat gi dinner yg terakhir April 2011... =)

Wednesday, April 7, 2010

Assalamualaikum...


Malam nie aku happy skit...hehe
actly, minggu nie ada event di sini...then, aku trdengar lagu fav aku dinyanyikan oleh "......" xtau sapa?? hurmm, xkan Mu'adz datang kot?
so, aku n kawan2 pun turun gi kat sana..yeayy! memang Mu'adz datang!
aku tengok la skejap prsembahan dari dia..best2. (excited)
hehe tiba2 trnampak pulak ada jualan CD brhampiran pentas tu...suddenly, trnampak CD Mu'adz...tunggu ape lagi?beli la....haha
peghak la aku nie!! haha :P