Wednesday, February 29, 2012

The Worst Day

Salam..

Arini aku n Kak Zati pergi release tension. tapi rasanya mcm makin stress je..yelah, balik2 je dah sakit2 bdn n lemah sangat smpai tertido dlm train.haha :P

Pagi tadi ktorang gerak ke KL lagi naek KTM dr shah alam ke KL Sentral n tukar naek monorail ke stesen Imbi. nak tau ktorang gi buat ape?? hehe ktorang gi Berjaya Times Square Theme Park. nak enjoy2 maen games kat situ.. seriously, aku dah jadi x betul dah smpai pucat sakit..haha

Sampai kat sana, ktorang try naek yg simple2 je.. x igt nama ape benda tuh. pusing2 gak la.. Then, ktorang naek yg lagi extreme. itu memang akan jadi 'First & Last' dlm hidup ni, menyesal xkan naek dah..huhu Memang pening habis laa.. sampai tudung pun nak trcabut sbb pusing2 and kepala dah kt bwah.. Turun dari situ, rest jap sbb aku dah xlarat.. x sedap perut rasa. huhu

Worst game!!

Sambung lagi, naek 'Dizzy Dizzy'.. huhu mau x jadi dizzy lepas tuh.. waktu dok atas tuh pun, aku diam je tgk kaki je..xleh tgk tmpt laen.. rasa loya!! isi dlm perut dah berkocak-kocak.. then, dduk rest dulu. minta kak zati urut belakang sbb rasa mual plak mcm perut masuk angin. Then, aku gi toilet dulu.. suddenly, terkeluar dah isi2 dlm perut..aduhh seriously rasa menyesal naek yg extreme game tadi. sampai muntah2 dah.huhu barang2 semua dah simpan dlm loker trmasuk air minum.hmm sabar2. =)

Dizzy Dizzy

Next, bila dah rasa OK sikit, sambung lagi naek roller coaster plak.huhu seram kot. tapi kejap jela xda la gilerr2 mcm game yg second tadi. sakit belakang skit laa...hmm before balik, naek semula yg first game tadi biasa2 je xla laju sgt berpusing.. x teruk sgt yg tuh.. cuma benda tu naek tinggi2 jela...hehe

Lastly, ktorang cari jalan keluar nak gi makan.perut dah kosong sangat! lgpun dah 2 hari aku x makan nasi. asyik makan subway je..hehe so, dah kenyang... Alhamdulillah =) Kak Zati plak naek maen game baling2 bola basketball tuh. so maen kejap before balik.hehe

Dari stesen Imbi ke KL Sentral semula. singgah solat dulu. then, tunggu naek KTM plak.. masa masuk kt dlm train tu, xdapat duduk.. so berdiri jela peluk tiang. mata dah x larat sgt smpai terlelap skit, tido2 ayam jela. sampai ada org laen bangun, then aku duduk and terus tido..haha aku mula tertido selepas stesen Subang Jaya- Shah Alam. memang dua2 org dah tertido dlm train. nasib baik Kak Zati terjaga masa train tu break nk brhenti and tnya org sbelah dia ni kat mana?haha Dah kat Shah Alam! nasib baik sempat turun kat situ.. kalau terlepas stesen tu, xtau la nak jadi ape.. lambat balik lah jawabnya!hehe mmg 1st time tertido dlm train..haha penat sgt la. :P

Arini beli Subway lagi utk semua org kat umah tuh. Nasib la... hehe esok kakak dah nak balik. yess best sgt. =) then, iAllah Sabtu nie ada exam MUET lagi.. so, kena study la.. Chaiyok2! Sehingga bertemu lagi. Wassalam ^_^


Korean Cooking Class

Salam alaik..

Semalam aku together with my sis K.Zati pergi ke KL sbb ktorang nak join cooking class utk buat Kimchi. Kimchi is the most significant dish in Korean cuisine. There are hundreds of varieties of kimchi made with mainly vegetable ingredients. So kali nie, ktorang blaja utk buat kimchi dari cabbage.hehe.


Kimchi

Chamchi Guksu

Smlm ada mcm2 hal sehinggakan kami sampai lambat ke kelas tu. 2.30 baru masuk kelas. so, mcm2 dah missed mcm2 benda lah. haha x menjadi gak la if nak try lepas nie. Yelah dari Shah Alam - KL take time jugak. Asalnya nak naek train je smpai KL sentral tukar la naek KL Monorail. suddenly, KTM buat hal plak asyik delay je.. setengah jam ktorang buang masa menunggu kat situ. So, terus drive ke KL sentral jelah. situ fee utk parking mahal skit RM4/hour. hmm



Setibanya di KL sentral hampir kul 2PM, ktorang berlari2 la ke stesen KL Monorail plak.. seriously dah macam amazing race dah.haha masuk2 je trus dduk... sampai la kt stesen Bkt Nanas, berjalan2 kaki lagi.. tapi berlari2 anak jelah sbb dah lambat! nasib baek aku dah google map dulu sblum pergi.. Tmpat tu dalam menara Hap Seng, Jln P.Ramlee.. senang je cari Alhamdulillah xla jauh sgt dlm 650m je kot dr monorail tuh.hehe

Lastly, ktorang semua kena buat sendiri kimchi kalau nak makan.huhu bukan buat dari awal A to Z, juz campur adukkan cabbage tu and sauce. pastu masuk dlm container. dah siap! =) Then, ktorang dihidangkan dengan Chamchi Guksu @Tuna Fish Noodles tapi digantikan dgn ayam smlm.hehe makanan tu kurang rasa sikit sbb makanan sihat laa n bila mixed with kimchi sedap sgt... Dulu aku pernah mkn kimchi dari carrots lagi sedap sbb yg tuh rasa crunchy sikit.hehe nway, mmg best!

K,la Sehingga bertemu lagi. ^_^

Sunday, February 26, 2012

Hilang Sabar

Salam

Semalam hari yg kurang baik bg aku. sbb bdk2 nie dah buat aku hilang sabar. sampaikan aku susah nak tido sbb trlampau tension, blood pressure pun dah naik sgt2 rasanya.haha since awal pg semalam, aku bangun awal2 cuci kereta dulu.. pagi tuh brcadang utk prgi ke rumah abg di Klang brsama kakak angkat aku Kak Zati. Bila tengahari, aku bawa k.zati try makan lunch kt kedai chinese muslim dekat Klang tuh. Then, terus blk S.Alam sbb nak gi library baru kt sek.13 Shah Alam tu @ Perpustakaan Raja Tun Uda. besar & best.. hehe mcm2 ada! waktu kt sana hujan lebat.. so ktorang balik lps hujan dah brhenti. hehe

OTW balik tuh, ktorang singgah Tesco dulu beli barang2 nak msak utk malam plak. Menu: Roti Paratha with Chicken Curry =) kenyang!! huhu smbil layan citer korea.huhu At da same time mata dah berat sgt, mngantok! yelah, tahan rasa mngantok ni dari tengahari lagi masa kt library.huhu lps makan terus aku balik, sbb dah penat seharian berjalan-jalan. then, aku drive blk ikut highway je sbb jalan terang-benderang dgn lampu wlupun byk kereta, aku tahan gak mata nie.. kalau ikut jalan biasa, byk selekoh la simpang la.. risau sikit sbb keadaan aku masa tu mmg x larat sangat2 dah! bila sampai umah around 9PM, aku tanya Hazim xkeluar mana2 ke arini? then mana Mubin pergi x balik lg? dia ckp mcm acuh x acuh je, ape yg aku dgr dia ckp pergi maen badminton kt Subang.. aku xtau either dia ada kluar ptg td gi maen bdminton blkg umah kt Subang or si Mubin ni yg kluar maen. OK la,fine. Bila pergi dapur, bersepah je dgn kuali pinggan x basuh! masak tau, cuci xtau! geram2 baru tinggal umah skejap dah bersepah kt dapur tu. ape lagi, aku terus tegur Hazim la, pergi basuh semua2 tuh kt dapur. dah tau makan, kemas la balik.hohoho

Lps solat memang nak terus tido je.. tapi sempat online kejap. then, aku dengar dari dlm blk yg Mubin dah balik sbb bunyi bising2 suara diorang.. tiba2 umah jadi sunyi lps 10.30PM pelik sangat la xkan semua dah naik atas tido?mustahil la.. so, aku keluar la dr bilik at 11 nak tengok n check smua pintu. rasa mcm pelik sangat, dah la sliding door x tutup! mmg panas la aku.. dah malam2 pintu xtutup betul2 kang ada plak kucing masuk umah la.. geram la! tengok kereta kt luar xda.. aigoo mana diorang pergi, tadi baru balik dah hilang plak. terus aku call Mubin.. kali ke 5 call baru tau nak jawab phone tu, sabar2. marah la aku korang kt mana??dah la kluar x bgtau? si Hazim menjawab, Mubin tgh maen badminton tadi kan dah bgtau.huhu pandai2 sungguh ek menjawab! bila masa plak ada minta izin ke nak kluar malam2. dah la baru balik umah 10 lebih malam bawa Hazim kluar plak. Korang balik awal, jgn nak ngada2 balik lambat. Then, aku msg ckp jgn nak ngada2, umi xda korang ada berani nak keluar malam! Hazim replied, pernah je kluar maen futsal dulu..huhu sabar2. ala, kalau diorang keluar sblum nie pun mesti keluar awal n balik awal around 10.

BUT last night diorang keluar 10.30 mlm, so pukul berapa nak balik??! aku bgtau, kalau x balik 11.30 maksu kunci pintu. Yess memang aku kunci! terus masuk tido. sempat la tido setengah jam camtu sblum diorang sampai 11.50PM. Mubin call, aku buat xtau je..biar2 berasa sikit dok luar umah tu... geram sangat. then, main ketuk2 sliding door tu mcm nak pecah plak aku rasa! si Hazim ni siap dtg ketuk tingkap bilik aku.. betul2 buat aku hilang sabar! aku keluar, bagi jela kunci malas nak marah2 sbb masa tuh pun dah stress sangat2. bila masuk bilik, aku jadi susah sgt nak tido sbb berada dlm cndition yg sgt2 stress. sudden, trdengar plak riuh2 kt ruang tamu tu mcm suara org lain. nasib baik aku x kluar dari bilik. klu x, aku yg malu. kawan si Mubin masuk umah tumpang guna toilet. then, aku dgr ada org kluar umah, maybe kawan dia dah balik, so aku minta Hazim hantar kunci umah kt aku. hmm Mubin plak x balik lagi, keluar beli makanan. sabar2 smpai pukul berapa la nak dapat tido nie. pukul 1AM baru dia smpai umah, pastu diorang makan2 la kot dgr bunyi plastik la.. hmm malas dah nk keluar bilik. paksa diri tido... susah sgt! tensioooon betul nak nangis tapi tu pun susah gak.. mcm air mata dah kering je..haha sikit je. nak tido susah sgt terasa panas la mcm2 la... lastly, tido buang semua bantal2. bangun pagi tadi dah sakit leher, tangan la.. huhu

Awal pagi tadi, Mubin ketuk pintu bilik nak kejut ajak gi masjid. Serious aku betul2 sakit hati dgn diorang. aku buat xtau je, x menyahut langsung sampai dia brhenti ketuk n diorang brdua pergi. Arini ahad, plan nak bawa Mubin gi kenduri kahwin lecturer kt Tanjung Karang. yelah sbb jauh sangat. Bila dah jadi mcm ni, aku tinggal je Mubin tu kt umah. malas nak cakap dgn diorang. aku pergi je bawa sorang member. aku n Jannah tunggu lagi 2 org members dkt2 jalan Kuala Selangor, diorang memang x punctual setengah jam lambat. dah la aku nak balik awal lps mkn kenduri tu.

Selamat Pengantin Baru, miss Ana =)

Perjalanan ke sana sejam jugak la, tu pun aku racing.haha nak cepat. nasib baik ada GPS, so xyah membazir masa if tersesat. So, smpai kt kenduri tuh pukul 12. dah jumpa miss ana @ skrg dah bergelar madam ana. dah makan2 so aku nak terus balik. yg diorang ni suruh relax dulu.. yela tu, aku kena balik awal sbb pukul 2 nak kluar amek my sis kt KLIA. huhu kul 1 aku terus pecut balik Shah Alam, smpai kt umah 2.15PM, abg yg dr Klang pun dah sampai sbb nak minta dia drive innova ke KLIA tuh. So, ktorang kluar umah 2.30 camtu. n pick up iman, kakak n husband hampir kul 4pm gak sbb flight landed hmpir 3pm. buat penat je, aku rushing balik tadi x sempat nak lepak2 sembang dgn kawan2 lama kt knduri. Alhamdulillah semuanya selamat. aku pun selamat spnjg perjalanan, kakak pun selamat sampai.huhu tapi xtau camne nak mngadu perangai budak2 tu kt kakak. Yela, esok tghari akak dah xda, nk gi kursus kt Langkawi 4 ari. hmm

K,la sehingga bertemu kembali ^_^

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah

Salam alaik..

Semalam 22/2/2012 merupakan tarikh dimana result exam semester 1 utk degree dah keluar.hehe Alhamdulillah semuanya lulus wlupun rasa sdikit kecewa sbb x dpt AD utk sem lps.tapi syukur sangat dpt CGPA 3.46, rasa bangga sikit je..hehe sbb seriously aku x expect result aku lebih dari my friend. yela, dia la yg jadi tok guru aku kalau aku x faham dlm subjek2 tertentu. aku ni blur sikit kadang2 tu, lambat catch up sikit. Syukur sgt sbb aku rasa berbaloi study setimpal dgn result la.. tapi InsyAllah sem depan akan aku pulun lebih lagi utk dapat ape yg aku impikan.hehe

NO.

COURSE CODE

NAME OF COURSE

CREDIT HOURS

* GRADE

1.

BEL492

PRESENTATION SKILLS

2.0

B+

2.

BMD401

MANDARIN LANGUAGE I

2.0

A

3.

ENV401

MANAGEMENT AND SAFETY OF TOXIC SUBSTANCES

3.0

B+

4.

ENV415

EPIDEMIOLOGY

3.0

B

5.

ENV416

BIOCHEMISTRY FOR ENVIRONMENTAL HEALTH

3.0

B+

6.

ENV450

FOOD SAFETY

3.0

A-

7.

ENV505

HUMAN RELATION AND COMMUNICATION

2.0

A

8.

ENV550

DISEASE CONTROL

3.0

B+

Aku harap sgt Biochem bole dpt A, confirm pointer aku naik lg skit utk dpt Dean's list tuh tapi its ok sbb stakat tu je usaha aku based on kefahaman aku sndiri la.. hehe susah gak nak faham konsep biology + chemistry = biochemistry! :D

e.g: Dalam body cell kita (bio) akan sentiasa berlaku reaction process yg akan produce any chemicals yg dperlukan utk generate energy utk badan kita. camtu la.. hehe pening kan? :P

Then, this pic below is another example utk subjek yg aku dah blaja iaitu TCA Cycle or Krebs cycle. hehe dimana glucose akan converted into pyruvate n released energy.



Usaha+Tawakal=Kejayaan

p/s: Thanks Ain Samat sbb sudi jadi kawan aku since kita further study nie n ajar aku if aku kurang faham. iAllah kita sama-sama membantu each other utk sem yg seterusnya.

Then, aku masak sambal udang+sayur campur utk lunch. tunggu Hazim balik dr sekolah, baru aku makan sekali. Suddenly, dia tanya "Maksu masak ke udang ni?" haha serious terkejut dpt soklan tu. Yela, mesti la aku yg masak.. dlm hati geram je mcm nk ckp, Xla....bukan maksu masak. umi masak minggu lepas lagi sblm gi umrah! haha rasa sambal tu sama mcm umi dia masak. nak cakap ape lg. dah guna bahan yg sama. Ok la tu kan, sedap2. =)

Arini x sempat masak la, buat keje housekeeping dulu. then, nak gi groceries kt Giant. amek Hazim kt sekolah. lunch = Subway jela! haha iAllah dinner nanti nak try masak sotong masak kicap lah.hehe

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Tuesday, February 21, 2012

Sharing is Caring, right?

Just wanna shared it with the readers..hehe special for orang utara jela ye. Harap maaf utk sesiapa yg kurang faham. ni bahasa utara yg terlebih lebih pekat.haha :P

Agak muhung gila gak la cegheta ni. terlebih 'hyperbola' kot.hehe nway juz enjoy it! =)

MUET 800/2

Salam alaik..

Arini aku dah lepas phase 1 utk exam MUET (Malaysian University English Test) iaitu speaking test. hehe rasa nyesal pun ada gak. pagi tadi kul 10.25am dah kluar umah utk ke tempat test tuh kt sekolah Hazim tu. then dah daftar, kena tunggu turn ikut group. dah la dlm list tuh nama kat bawah2, confirm la dapat group last! huhu x sukanya, kena tunggu about 2 hours utk sampai turn my group. smua ada 5 groups je. n candidates semua 17org sjh utk sesi tgahri tu. sesi pagi dah slesai.

actually, ada 2 tasks need to be completed. For task A, I only have 2 mins to present my point individually. at dat time, aku dah tulis 2 points yg akan aku elaborate.. "As a start, I would like to begin this discussion by saying that -bla bla bla... Ok, my next point is...." examiner said, "Candidate A, ur time's up!" Oooh OK. haha seriously, rasa stress x sempat explain 2nd point yg aku rasa best nak explain pasal how to promote concept 1Malaysia kat university. o0ooh tension sungguh sbb 1st point tadi aku merepek meraban ape ntah utk point buat kat primary&secondary schools tu.. bagi example pun pelik2 macam x masuk akal je. budak ni faham soalan ke x?! aduhh malu laa... supposedly aku citer la point yg aku betul2 yakin! seriously menyesal. huhu


Then, continue with task B, dimana ktorang bertiga need to discuss the best place to promote dis concept either at educational institution, in neighbourhood or work place. Ok la for me, i think that the best place is in our neighbourhood and bla bla bla... huhu suddenly, 2 others agree to promote dis concept at institutions. Ok Im sure the suggestion also good. So, I agree with them.
Last sentence from me, " Does anyone have anything to say? Otherwise, lets bring the discussion to the end. To conclude, we think that the best place to promote 1Malaysia concept is at educational institution because as students we can co operate with others like Chinese, Indian and Malay to work together as a team. That's all thank you. " suka hati je nak ttup majlis cepat2 ntah cukup mins ke tidak..haha nasib la!

Bila dah habis tuh, aku macam nak tergelak pun ada. dah la x pakai jam, xtau dah cukup time or kurang. hopefully cukup la.. examiner tu pun ckp OK je.haha dah la 1st 5 minutes tu menggelabah tahap ape xtau, dapat plak jadi 1st person yg brcakap. mmg tersekat2 la nada suara tuh. kelakar klu igt balik situation masa tuh. siap terkeluar word "sorry" sbb ayat tergantung n pikir ayat baru nak cakap sbb gelabah la!! aduhh :P

Then, exam habis around 1.45pm gak la. exam tuh x smpai half an hour pun tapi nak tggu turn tu smpai 2 jam. mmg penat menunggu. semua dah ngantok2 dah yela sbb time tgahari. Pastu masa exam tuh, hujan plak.. examiner minta aku kuatkan suara. HP pun dipulangkan semula stelah kena collect dr kul 11 pg tadi.huhu Berlari2 masa hujan tuh menuju ke kereta, park kt hadapan sekolah. masa tuh sesak sgt ssb sesi sekolah dah tamat so semua org nak balik la.

Aku balik dgn Hazim sekali. time tu baru terasa lapar!haha dah mcm nak masuk angin dah perut. Then, aku singgah ATM dulu, nak bayar utk renew license kereta yg akan tamat 22/2/2012 esok! hehe so, terus gi post office dulu settle semua tuh. Hujan punyer la lebat, sekali ada satu kreta ni lalu kt sebelah terjurus segala bagai air, langsung x nampak depan kereta. masa tu kt selekoh, risau gak sbb x nampak jalan. serious aku xtau nak belok skit ke nak straight je stereng kete.huhu gelabah gak sikit. cakap la dgn Hazim, rupa2 selama aku start drive tadi dia tido je....haha ckp sorang2 la namanya tu.

Aku igt renew lesen harga still sama iaitu rm30/year. dah naik la... rm47/year including byaran laen2 ntah xtau ape.hehe yg tulis kat resit RM60 tu maybe utk lesen 2 thn la, then rm15 tu ape?? ntah.. then +rm2 maybe for their service kot.huhu kering duit lagi. buat jela utk 2thn siap2 (21/2/2012 - 9/11/2014) wahh diorang dah ubah ikut tarikh lahir laa..hehe september nanti kena beli insurans baru plak, xtau la berapa ratus plak la..huhu next, nak kena pergi lunch la. masa tuh dah pukul 2.30pm lapar laa.. singgah Tesco kt Shah Alam, sbb ada parking bwh bumbung tu. masa tuh hujan still lebat lagi. makan la kt food courts. lastly, balik smpai umah dah hmpir 3.30pm. Penat sgt. dah solat then rehat2 jap xnak tido sbb dah nk dekat Asar. smlm tido time ptg cmtu mimpi pelik2 dah siap dgn zombi semua bagai dah. haha sakit kepala terus bila bangun. mimpi pelik2 sbb sblm tido tu aku teringat kt arwah, sedih.

Then, bila dah selesai solat Asar around 6 aku gi dapur, nak makan ape ye..hmm goreng mee segera jela. campur la chicken meatballs n carrots. haha bole la.. makan bertiga. Yela, aku ni bukan jenis reti marah org lama2, kejap je sejuk la blk lps dah bgn dr tido smlm. haha lps maghrib tadi kena hantar Hazim gi tuisyen plak. OK lah sampai disini shj.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam ^_^

Carilah Untukmu Seorang IMAM

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "

" Maybe kot. Try search kat google.."

" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."

" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

- Artikel iluvislam.com


InsyaAllah. Im trying to be a better muslimah. cos "perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik". my family dah pesan wktu malam majlis tahlil aritu, cari seseorang yg 'berilmu agama' bukan setakat beragama sahaja. hehe mcm susah je. :P