Sunday, July 22, 2012

“Begin with the end in mind”


Salam alaik..

Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah tiba.. semoga kita semua  dapat menggandakan lagi ibadah di bulan yg mulia ini, insyaAllah kita cuba untuk jadi yg terbaik, bukan semata-mata menghitung berapa banyak pahala atau ganjaran yg kita dapat TAPI berapa banyak kita melakukan ibadah dan menggandakannya lagi berbanding masa-masa terdahulu serta terus beristiqamah dalam melakukan ibadah ini kerana Allah SWT. insyaAllah J.  Inilah masanya kita perlu melatih diri untuk mendekatkan diri kepadaNya dan semoga ini sentiasa berterusan. Bukan semata-mata di bulan ini sahaja kita pulun untuk melipatgandakan ibadah dan kemudian setelah bulan Ramadhan ini telah berlalu, kita sudah meninggalkannya. Ini salah sebenarnya! Sebaiknya, kita cuba melakukan sedikit demi sedikit pun xpe asalkan consistent. Ini semua sebagai peringatan kepada diri sendiri juga insyaAllah.

Dan syukur Alhamdulillah juga sbb aku dah selamat sampai di kampung halamanku di Jitra, Kedah. Baiti Jannati =)  Perjalanan selama 5 jam dari Shah Alam termasuk berhenti berehat di R&R Sg. Perak dan mengisi minyak di Gurun finally aku dah berada di sini juga setelah sekian lama x balik.hehe lama? Xdelah lama sangat since kenduri kahwin abg adib end of May mcm tu la. Hehe actually, macam2 perkara telah berlaku sebelum aku balik ke sini, macam2 yang membuatkan perjalanan pulangku perlu ditangguhkan sehingga aku membuat keputusan last minute iaitu ‘esok laa balik kedah’ (sabtu) bersama abg aku n his wife. Follow kereta mereka n aku drive sorang2. Huhu aku minta abgdib jgn bawa laju2 nanti tinggal aku kt belakang plak. Itu pun dia bawa 120km/h, aku dah rasa laju sangat2 sbb kereta kecil memang terasa kelajuan yang luar biasa sikit berbanding kereta besar. Lagi satu, bila aku follow rapat belakang kereta dia, kurang rasa rintangan angin dari hadapan berbanding kalau aku gerak solo, terasa kuat pula tekanan angin dari hadapan kerana keadaan saiz kereta haha. 

Dari perkara pertama yg timbul ialah, housemate aku xdapat konvoi bersama-sama balik kedah. Rasa tension sangat masa tuh! Then, plan nak balik ngan sorang lagi kawan isnin lepas, dah pack semua siap! Malam tuh, chatting ngan Muhammad, dia nak ikut balik kedah tapi aku kena tunggu dia lagi seminggu. So, I’ve cancelled the plans with my friend tu. N aritu juga aku ada masalah kesihatan. Xpe, tunggu lagi seminggu. Then, perkara kedua datang, Muhammad x dapat balik lagi sbb masalah ngan tiket flight n ada la perkara2 laen lagi yang berkaitan. So, xpelah. Perkara ketiga, plan nak ajak angah or my cousin ni balik sekali. Awal2 cakap ok, pastu xnak balik lagi sbb nak jalan2 umah along dia.hmm memang terkilan juga masa tuh! Memang betul ckp akak, kita jangan terlalu mengharap or bergantung kepada orang lain.. Alhamdulillah aku terus buat keputusan nak balik follow abg aku alang2 dia dah nak balik ari sabtu. N arini ahad dia dah start keje balik.. hmm semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah dan penyelesaiannya tersendiri. Yakin dengan ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya Alhamdulillah!

Bila balik sini, macam2 berita lah yang aku dengar. Kisah nie bukan kerana aku x berpuas hati dengan orang itu tapi kerana sikap yang tidak bersyukur dengan ape yang dia ada. Mungkin semua ini ujian Allah untuk dia tapi kalau dah tau diri tu dah hutang keliling pinggang jangan lah gatai2 nak buat pinjaman n boros sana sini. Subhanallah memang x tahu bersyukur langsung. Bila susah perlukan pertolongan pulak, bila dah mewah macam ni, boros sana sini. Dah tukar sport rim  kereta yang baru, beli hp Samsung S III baru, hadiahkan sekali kat wife hp baru. Astaghfirullah azim.. bukan aku jeles, seriously x jealous langsung. Aku rasa sedih ada lah.. kenapa perlu berbelanja sebegitu rupa. Memang x patut sangat! Dah tau makan minum seharian pun cukup2 makan, xpayah la nak hidup sebegitu mewah. Ya Allah, bukan di hati ini untuk mengata keburukan orang lain tapi terasa kesedihan untuk orang itu. Tuhan mahu menguji dia sebenarnya. Aku x tahu ape motif dia buat loan itu, kalau untuk membantu keluarga sendiri Alhamdulillah ada juga sumbangan yang dihulurkan sebanyak 1000 tapi yang lain2 tuh berbelanja untuk apa ye?? Persoalan yang menjadi tanda tanya dan hasilnya juga telah nampak iaitu harta kebendaan yang telah dibeli semua itu. Fikirkanlah.. think before you act, please.. yang aku  x puas hati sangat, bila susah pandai nak minta tolong. Bila dah senang boros pulak! Ya Allah aku xtahu nak tolong mcm mana lagi orang2 yang macam nie. Semoga Allah dapat membuka pintu hati dia dan sedarlah. insyaAllah. Beringatlah dan fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.  ^_^

Sanah Helwah to my friend, Giehas.(2010)

Setakat ini saje penulisan di saat ini. insyaAllah semoga bertemu lagi. Wassalam. 

Monday, July 16, 2012

Hikmah disebalik Sesuatu

Salam alaik..

Dah lama x update sejak last 2 weeks kot..hehe alhamdulillah exam dah habis. habis je exam, khamis tu akak ajak gi jalan2 - shopping! =) aku bawa akak gi mall baru kt setia alam tuh. ktorang berjalan2 pusing mall tuh. dah lapar, akak belanja mkn kt Nando's plak. huhu thanks kak nah, last week dah pekena Kenny Roger's .ktorang mkn share je pun.. sbb byk klu sorang confirm x habis lagipun mahal. huhu balik dr shopping, tgk wayang cite Spiderman. best2 :D

 Then, ari jumaat time utk service kete sbb nak balik kedah laa.. sabtu gi sekolah iman sebab ada karnival. kejap je la tengahari dah balik.. tp sblum tu ktorang singgah makan kt tepi pantai Remis kuala selangor. mee bandung kt situ sedap plus ada seafoods lg..habis la mata aku ni dah x peduli kesihatan sndiri plak..ish3 
then, terus singgah kat shah alam nak belikan baju utk hazim n Iman. "aku kena belikan baju utk Iman??" haha kelakar plak jadi budak sekolah balik, aku try pakai baju n kain sekolah, beli satu set. then, aku yg sign utk kad kredit tu. fuhh punyer susah nk tiru signature akak... spnjang prjalanan dr kuala selangor tu dok praktis sign je...haha

then, malam tuh abg ipar balik dr outstation, and nak tgk wayang.. aduhh xkan nak tgk kali kedua lagi?? layan jelah... sbb dia xtau ktorang dah tgk dulu aritu, so aku gi beli tiket 3D. hmm kali ke 2 tengok spiderman tuh. :D balik umah dah tengah malam, before nak masuk tido dapat pula bad news dr my housemate tuh, cakap nak blk dulu dgn boyfriend die tuh.. sakit hati gak la! janji laen tp buat yg laen. masalah2 aku fikir2 sampai x boleh tido dari pukul 1am - 2am pusing-pusing ats katil dgn keadaan yg amat stress. tidooo la mas, kosongkan minda! Ya Allah memang susah nak tido sangat, ntah terlelap pkul brp xtahu. then before 6 dah bangun siap2 sbb ada kursus solat kt UM. seharian plak tuh. memang tahan jelah mata sepanjang hari...hmm

Cite kt akak psal masalah nie, akak ckp lps ni jgn terlalu mgharap dgn orang.. manusia sumtimes xpndai tepati janji. diorang akan lebih pentingkan diri sendiri dahulu.hmm xpelah.. so, plan nk blk kedah ari isnin pagi nie, dgn member sorang lg tp kete masing2 lah.huhu semalam, lps balik dr UM smpai umah dah maghrib. lepas mghrib kluar gi makan.. balik tuh terus gi isi minyk kete, check angin tayar, beli stok makanan utk spanjang perjalanan balik. barang2 smua dah siap pack! 

Malam tu, chat dgn Muhd ni ckp nak balik hjg minggu ni.. seriously terkejut! hehe then nak ikut balik skali..huhu ada teman/driver laa pasnie... :D tapi bosan laaa nk tunggu lagi seminggu kt sini, nak balik kedah!!! huhu xpelah, esok selasa amek azmi kt KLIA blk dr europe tuh..sabtu amek muhd.. ahad balik kedah! insyaAllah sekejap je semua ni... masa berlalu kejap je kan. tapi ape yg berlaku semua nie ada hikmahnya..

Yela, dari masalah ni muncul sehinggalah ada jalan keluar utk kebuntuan ini. Ain dah balik awal, plan nak join blk dgn Wan.. tetibe pagi tadi x jadi sbb nak tunggu Muhd.. and if aku balik jugak arini confirm sampai stgah jalan terhenti sbb masalah kesihatan plak. semua nie hikmah nape aku x balik kampung lagi. alhamdulillah ada jugak teman utk blk ke kedah nanti, n syukur aku dpt sakit pun kt umah bukan kt tgh highway tu. hopefully esok dah kurang skit sakit nie. insyaAllah =) 

K,la setakat ini sahaja. insyaAllah semoga bertemu lagi ^_^