Tuesday, January 27, 2009

Majlis Anugerah Gilang Gemilang '09


“Seruntai Kata Untuk Di Rasa”


Hargai Juara Milik Kita

Debu, walau ditiup ke langit tinggi

Tiada bertambah mutu nilainya

Tetap debu hakikat asalnya


Intan, walau dipendam di lautan dalam

Mustahil kan hilang nilai nan tinggi

Bagi mereka bermata jauhari


Pemimpin, agar menjadi contoh tauladan

Mencapai nikmat kejayaan tulen

Cara berjuang perlulah diteliti

Bintang asli biarlah menyeri

Laba harta janganlah dituhani


JUARA, bila kita memilikinya

Usah leka untuk terus berusaha

Jangan pula riak dan bangga

Peliharalah ia dengan sempurna


Hari ini JUARA digilirkan kepada kita

Bersama mensyukuri anugerah Yang Maha Esa

Semoga JUARA milik kita hari ini

Mendekatkan kita kepada PEMBERINYA.




Titipan Istimewa Dari Bonda

Untuk Kami….

Royal Crown Director

Pn. Hajjah Ramlah binti Abu Bakar


Monday, August 18, 2008

Taman Negara, Pahang !






Alhamdulillah...cuti pada kali ni kami telah bercuti di Taman Negara dimana kami sekeluarga melakukan aktiviti rekreasi especially jungle tracking.Best laa...walaupun cuma 4 hari 3 malam.hehe








Bermandi-manda...haha ^_^



Lastly,before berangkat pulang aku sempat menulis sedikit komen dalam sebuah buku khas untuk pelancong yang menginap di chalet tersebut atas perkhidmatan yang diberikan.haha


Saturday, August 18, 2007

Walimatul Urus


Tanggal 18 OGOS 2007 merupakan hari bersejarah buat abang ke-2 & kakak iparku yang sudah sebulan menjadi suami isteri sebelum mengadakan walimatul urus ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tambahan pula hujan yang turun pada hari itu adalah sebagai membawa rahmat kepada dua mempelai ini.

Majlis ini telah berlangsung di dewan utama (sebelah Dewan Wawasan) di Jitra, kedah. Majlis ini merupakan majlis pengantin perempuan dimana bertemakan warna ‘hijau’. Wahhh!! Warna yang baek untuk pandangan kita.. cantik sangat!! ^_^ Perjalanan aku dan keluarga untuk ke sana bermula apabila kami menunggu ketibaan kereta pengantin beberapa meter berhampiran dewan tersebut sebelum kami ‘follow’ kat belakang..haha agak penat la juga! Menunggu kadang2 buat kita rasa tensi0n kan?? Hmm juz b patient… sabar tu separuh daripada iman kan. Then, ketibaan kami pihak pengnatin lelaki disambut baik oleh keluarga si pengantin perempuan. Makanan pun sedap gak!hehe yang interesting nyer dalam majlis ni sebab ada ‘flower girls’…haha di0rang berjalan di hadapan pengantin sambil tabur kelopak2 bunga mawar…wahhh bestnyer!! Around pukul 3 lebih kami sekeluarga mengundur diri untuk pulang ke rumah( x solat zohor lg laa) ;p so, cepat2 la kt0rang ambil gambar ramai2 sebagai kenangan..

Keesokan hari, iaitu hari Ahad 19 Ogos 2007….ada majlis kahwin lagi bagi pihak kami, pengantin lelaki. Tapi at this time, kt0rang juz buat kenduri kat rumah je…semuanyer ok je hari tu! Aku bercadang untuk jadi girl yang bagi buah tangan untuk tetamu yang datang. Tapi laen yang jadi…haha ;p sepatutnya aku dah kena siap2 before orang datang(tengahari) tapi time tu la aku baru kalut nak brsiap…hehe sampai kakak ke-2 marah.tak pape sebab kakak sulung tolong backup…hehe dia tolong aku brsiap and makeup.hmm sampai ada sorang pakcik nie ingat aku laaa pengantin…hehe ^_^ then, aku terus bagi buah tangan kat tetamu sambil pegang bakul…hehe cantik kan bakul tu?? Tapi x lama pun aku buat keje tu…hehe apela aku nie janji nk buat keje tu tapi sekarang buat keje laen plak!!ish3…aku secara tiba2 disuruh menjadi pengapit pengantin sebab warna pakaianku sama dengan anak sedaraku sorang nie..(paksarela) hish excited gilerr!! Hmm so, kt0rang pi la tunggu pengantin kat suatu tempat ni dimana kereta di ‘park’ kat situ…aku cuak gilerr time nak pegang payung tu…takut terkena kepala je..hehe sepanjang perjalanan yang diiringi keluarga pengantin perempuan semuanya ok je…tapi??? Hahaha tiba2 accident brlaku….aku tersepak tumit kasut pengantin!!!Ohhhh TIDAK!!! Nasib baik ada penyelamat keadaan yang menolong iaitu Iman (anak sedaraku juga).cepat2 dia ambil kasut tu kat belakang dan pakaikan semula.hehe MALUUU!!! (dah dirakam dalam videocam) yela sebab 1st time aku buat keje ni katakan…haha then, majlis brlangsung dengan baiknya serta di rahmati bersama hujan yang turun pada petang itu. Lps2 tu aku terus makan (sbb dari pagi x mkn) hehe…yang jahatnyer aku nie sebab terus berehat dalam rumah…keje nk bagi buah tangan kat tetamu tu dah dibiarkan saja…kakak ke-2 yang buat keje tu!ish3…. ;p sepatutnya aku x dapat cuti time tu sebab SPM tahun tu,so cikgu x benarkan aku pulang…tapi aku merayu la juga (smpai nk nangis)hehe then,abangku datang ambil,terus cikgu tu kena bagi kebenaran jugak…dh family dtg, xkan nk blk cmtu je tp x dpt ambil aku kan???



Hampir 1 tahun kemudian…

JUN 2008 – lahirnya seorang baby yang comel & handsome boy ni….nama dia Akhil Darwish..gambar ini diambil ketika dia seminggu dilahirkan dan pada umurnya 6 bulan.