Saturday, January 16, 2010

me & my emotion !

Mood : tetiba hilang mood
Punca : since pagi tadi, dapat tau yang tengahari nie nak pergi ambil my niece kat asrama
Then, nk keluar pergi beli barang keperluan...
semua kerja rumah aku dah 'settle' kan
basuh baju, lipat baju yg m'gunung tu, buat list barang2 nak beli
lepas zohor, dah bersiap-siap nak kluar
Pastu keluar pergi amik my niece
bila sampai je rumah, x keluar lagi
tunggu and tunggu
aku dah sakit kepala!
masuk bilik & tidur jela
after 30mins...at 6pm
baru nak keluar beli barang
NO mood...malas nak brsiap dah!
kang tangguh lagi lepas maghrib plak
x suka la...kalau cakap x serupa dengan tindakan
walaupun semua keluar nak pergi makan
aku dah x kesah!
just take a rest at home, alone...
Now, semua dah keluar tadi hampir pukul 7pm
dah SELALU aku rasa sebegini
cuma buat x endahkan jela
still control myself, smile...
depan orang lain..
hanya aku yang pendam perasaan ini!
aku x salahkan sesiapa
cuma.. keep ur words.
if not, tell me the truth..when?specific the time..
"if xjadi keluar sekarang, just bgtau nak keluar pkul berapa plak"
Im tired for waiting and just waiting without doing nothing!
Im so sorry for saying this...
cos this is what im feeling rite now.


Thursday, January 14, 2010

Gerhana matahari separa 15 Januari ini...esok!!

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai 'gerhana matahari anulus' pada 15 Januari ini antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi adalah lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan ''Dawn of the Space Age'' dan ''SOS Planet'' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta ''Eclipse Mints'' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari
www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.


Saturday, January 2, 2010

S.M.D @ J.B

30 Dec, Rabu - Arini aku kena pergi ke Johor skali lagi. agak letih la juga sebab last week dah pergi, this week pun pergi lagi...hmm :P

Tengahari : hantar mak kat rumah abang di Klang..sebab mak akan balik ke Kedah ari Jumaat, 1 Jan 10. SAYANG & RINDU mak!!!

Around pukul 3pm, aku bertolak ke Johor brsama2 my sis, Kak Nah.. & Kak Intan, Kak Zati dan juga Iman.Alhamdulillah sepanjang perjalanan baek2 aje..


Sampai di Bandar Baru Uda, J.B pada pukul 7pm..lepas maghrib je, ktorang keluar makan kat Plaza Angsana..lepas makan, aku brjalan2 dengan Iman shopping beli kasut! haha K.Intan & K.Zati dok lepak2 je smbil mnunggu K.Nah n her hsband prgi shopping kt dalam Mall tu.Agak lama juga pukul 11pm baru nak balik..aku dah mngantok dah! huhu Then, terus ke Taman Impian Emas, Skudai untuk hantar K.Intan & K.Zati tumpang di rumah Pn. Noraskin. Beliau ni baek sangat sbb menyediakan homestay di rumahnya sendiri utk pserta2 SMD nie.Buat macam rumah sendiri...


Seminar Mengenali Diri
(31 Dec 09 - 1 Jan 10)

Komen : SMD ni memang Best & paling best antara banyak2 program yang pernah aku pergi selama ni..laen dari yg laen la!! hehe
1. Menyelitkan slot2 keagamaan dari awal pagi-malam
-Mathurat
-Sesi Tajwid
-taklimat dari peguam syariah & sivil (hak2 wanita/prkahwinan)
-Bacaan Yassin
-memahami tafsiran Al-Quran
-Muhasabah diri @ mlm tahun baru 2010 ( lampu dtutup, mlaungkan Allahu Akhbar sekuat hati) betul2 menyentuh di jiwa!
2. Kesihatan
-bersama Doktor Pakar, Dr. Hani pengguna produk kesihatan eg. Byoung.
3. Aktiviti utk memberanikan diri... deal with other peoples! (direct jual produk kesihatan @ Pasar Peladang, Skudai dan sekitarnya)
-walaupun x dapat jual, ini adalah satu pengalaman & titik permulaan bagiku memulakan business nie.
4. Dapat maen golf ! hehe (1st time dapat blaja & maen) setiap pukulan itu = setiap sifat negative dalam diri yang akan dibuang jauh2..(jarak pukulanKu just hampir 50m je) InsyaAllah aku akan cuba merubah diri pada tahun baru ini.
5. Belajar utk 'sporting'kan diri depan orang ramai...haha buat gaya brdasarkan lagu yang diberikan.aku cuba sebaik2nya utk enjoy with lagu tu. then, juri bagi komen utk aku...everything was OK! huhu
6. Aku lah peserta paling muda.haha kebanyakan peserta dah berumah tangga. just a few of us dalam 5 org je still single!

TQ kak syikin for everything u have done!!
Lastly, lepas abang ipar balik dari kerja..ktorang pun bertolak pulang ke Shah Alam
around pukul 8pm.
sampai di rumah hampir pukul 12am, 2Jan.

2 Jan, Sabtu - Nak pergi shopping kat Sogo,K.L plak pagi tu, keluar dari rumah pukul 10am!
Ya Allah, betapa ramainya manusia yang berpusu-pusu utk m'beli-belah...yela Y.E.S (Year End Sale) sebelum 3 Jan nie. pening kepala aku dibuatnya. lepas dah beli macam2 smpai penuh bonet kereta...nak pergi plak Carrefour at Subang Parade.aku dah mngantok la!penat... kali ni memang shopping gilerr2..nak tau nape?? siap beli TV Sony Bravia 32" & hand phone lagi..OTW nak balik tu, aku n Iman dduk la brsempit2 dgn TV tu waktu dalam kreta.huhu nasib baik terus balik sbb abang ipar cadang nak pergi Giant plak pastu.hmm sampai je rumah pukul 6.30pm, aku terus trtido ( pening kpala).


3 Jan - balik ke UiTM Puncak Alam !!!