Sunday, February 7, 2010

Apa kaitan minda & kejayaan?? ^_^

TIDAK dapat dinafikan bahawa akal adalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seorang insan. Malah lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberi nyawa sekalipun tanpa dibekalkan akal, anda tak ubah seperti seekor haiwan.

Tujuan Tuhan menganugerahkan akal kepada manusia ialah untuk mengurus alam ini. Sebab itu akal mesti dijaga. Akal didatangkan oleh Tuhan dalam dua bentuk. Secara fizikal (yang dinamakan otak) dan secara rohani (yang dinamakan minda). Banyak unsur-unsur yang mempengaruhi pencapaian dan kecemerlangan akal antaranya; keturunan, kesihatan, pemakanan, suasana sekeliling dan orang yang paling hampir atau paling disayangi.

Minda yang hebat mampu melahirkan manusia yang super hebat. Manusia yang super hebat mampu membawa perubahan atas muka bumi bukan sahaja untuk dirinya, keluarga dan masyarakat malah untuk manusia sejagat.

Tetapi ramai manusia yang mensia-siakan hidup kerana tidak membangunkan akal dan minda. Inilah manusia yang biasa-biasa sahaja - merasa cukup dengan apa yang menimpa dirinya dan tidak punya kekuatan untuk berubah. Sedangkan Tony Buzan berkata dalam bukunya Make The Most of Your Mind, "Otak ibarat raksasa yang sedang tidur."

Buku Rahsia Minda Hebat tulisan dua orang perunding motivasi yang tak asing lagi di negara kita iaitu Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria merubah segalanya. Mereka menggabungkan ilmu syariat dan psikologi dengan pengalaman dan pemerhatian untuk dicurahkan kepada pembaca. Apa kata mereka?

"Seperti anda, kami juga bukanlah asalnya orang yang semula jadi dianugerahkan bakat yang hebat oleh Tuhan. Tapi kami sendiri yang mengubahnya, berusaha dan bekerja keras. Ini bukan pula bermakna kami telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi. Sebenarnya anda mempunyai kemampuan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah kami lalui. Anda yakin?"

Mereka mengakui bahawa ramai anak-anak didik mereka - yang boleh dipanggil adik atau anak telah laju ke hadapan mencipta kecemerlangan. Ada yang sudah menjadi ulama besar. Ada yang sudah menjadi jutawan. Ada yang telah meraih gelaran profesor dan tan sri. Bekalan mereka cuma satu - menggembeling anugerah akal dan minda yang diberi Tuhan kepada mereka. Betapa tidak, kekuatan akal diberitahu oleh Norman Cousins dalam bukunya Head First: The Biology of Hope, "Sistem cakerawala dengan jutaan galaksinya pun tidak mampu menandingi kecanggihan otak manusia yang menakjubkan. Otak manusia adalah cermin ketidakterhinggaan - tidak ada batas, ruang lingkup, atau kapasiti bagi otak untuk tumbuh secara kreatif."

Bagaimana mengeksploitasi anugerah Tuhan?

lPertama: Mendengar dan memerhati. Seperti kata Brian Tracy, penulis buku Maximum Achievement, "Asalnya, sumber tunggal yang terbesar berada di antara dua telinga anda (maksudnya otak). Kini, kekayaan berada dalam kekuatan otak bukan otot." Betul, ramai orang bekerja keras (membina otot) tetapi tidak cemerlang. Tetapi kalau anda work hard and work smart - itulah yang sebaik-baik pendekatan.

lKedua: Yakin. Seperti kata Napoleon Hill dalam bukunya, Think and Grow Rich, "Apa saja yang dapat difahami dan diyakini oleh fikiran, dapat dicapai oleh fikiran."

lKetiga: Bekerja keras untuk merealisasikannya. Seorang ahli motivasi berkata: "Menggunakan otak seperti meneroka hutan belantara. Akhirnya anda akan bertemu jalan keluar. Kalau tidak anda harus membinanya sendiri."

Buku ini yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan warna penuh ini merupakan salah sebuah buku terbaru yang menyorot satu perspektif yang sangat penting tentang otak dan minda. Buku ini sangat menarik kerana isi kandungannya menyentuh hampir keseluruhan aspek minda termasuklah perihal otak secara saintifik, 'menyihatkan minda' menurut perspektif Islam, mencerdaskan minda melalui aktiviti fizikal, pemerhatian, pemakanan, psikologi dan motivasi dan kaedah mencerdaskan akal bayi.

Semua aspek ini dikupas dengan begitu mendalam dan disampaikan dalam konsep buku-majalah yang sangat menarik dan tidak membosankan. Gambarajah yang jelas di samping permainan warna yang baik menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Malah, sesetengah fakta yang kompleks telah dipermudahkan dalam bentuk doa untuk diamalkan, carta, jadual, foto, nota ringkas, petikan dan kisah-kisah menarik yang berkaitan.

Friday, February 5, 2010

"Masyaallah"


Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer P.ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap.

bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH
YANG MAHA AGUNG.
Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali). Tolong sebarkan kepada
kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya.


Wednesday, February 3, 2010

Mana bantal saya?



Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.

Menurut ibunya, Suhaiza Sharudin, bukan sahaja anak sulungnya, malah anak keduanya, Aliyah Athirah juga mempunyai tabiat yang sama. Bezanya, si kakak mengendong Kiki manakala adik pula dengan bantal kecil yang sudah pun bertukar warna (bantal busuk).

Namun ibu berusia 34 tahun ini mungkin bernasib baik sedikit kerana Aliyah Athirah ‘merelakan’ bantal busuk itu ditukar sarung tetapi tidak isi dalamnya. Jika tidak katanya, malu juga memandangkan bantal ini mempunyai ‘corak’ tersendiri dan tidak lagi berwarna putih bersih.

Kedua-dua teman karib kanak-kanak dikendong ke mana sahaja mereka pergi.

“Balik kampung atau melancong sudah pasti dibawa. Keluar dari rumah untuk ke kedai sekejap pun hendak bawa malah ke taska juga, cuma mereka tinggalkan dalam kereta kerana malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.

Situasi seperti ini pastinya bukan sahaja dialami oleh Suhaiza malah ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama. Anak sukar untuk berpisah dengan teman akrab mereka - “si bantal busuk.”

Punca

Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.

“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.