Friday, November 5, 2010

kerana aku WANITA




kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 



Saturday, October 30, 2010

Dear friends...


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya..

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah Ta`ala




Friday, August 20, 2010

New Life @ Banting

Assalamualaikum..

Rasanya sudah lama ak x mnjenguk ke blog ini..hurmm ntah kenapa x ada keinginan utk mengarang entry baru.hehe actly, mcm2 cerita baru since ak berada di tmpat baru ini..haha semuanya baru laaa...

(gotong-royong brsama MPP Tmn. Seri Putra)

4 Julai yg lepas, ak dah brpindah ke Banting, Kuala Langat, Selangor. sebab dah dpt prktikal kat PKD sini utk 10bulan.lama kan?? hehe mcm2 aktiviti @ pngalaman baru dpt ditimba di sini. alhamdulillah semua staff baek2 belaka! hehe and kpd I.K @ cikgu2 baru ak, terima kasih krana sudi mngajar ak & kwn2. byk ilmu dan pgalaman kami dpt..best sgt2 :)

arini dah 20 Ogos, dah lama kan ak berada di Banting. ape2 pics trbaru bole tgk kt FB jela,hehe (malas nk upload lg) sorry...

Anyway, alhamdulillah ak seronok berada di sini...huhu kpd kwn2 yg berada di laen2 lokasi, go0d luck guys.nanti grad sama2 tau... insyaAllah sesi pmbelajaran ak&kwn2 di sni akn brjalan dgn lancar :)

Berita terbaru : abgdib blk kedah mlm ni sbb ahad ni dah start brtugas kt Hospital Sultanah Bahiyah aLor Star..then, dpt tau plak azmi nak tlg bawa blk kereta baru Dr. Adib ke kedah jumaat minggu depan! huhu tunggu ape lg, confirm la ak nak ikut blk kedah (sbg peneman je smpai ke utara)...hehe

sekian, wassalam....