Tuesday, November 9, 2010

09 November 2010

Salam alaik..

Alhamdulillah arini usiaku telah mncecah 20thn. aku x terasa gembira walupun ramai kenalanku yg mndoakan utk aku. mungkin ada seketika aku rasa gmbira kerana masih ada orang yang masih mengingati aku dan terharu juga dengan pemberian sebiji kek dari kawan2 disini. terima kasih kalian.


anyway, arini aku amek E.L, sbb terasa penat since balik dari brcuti di Kuantan selama 3 hari, then terus drive balik Banting, esoknya pulak drive pergi uitm puncak alam shinggalah malam semalam aku kembali semula ke Banting. bila duduk rumah sewa nie, faham2 je la mcm NO LIFE tau! sunyi aje...smua buat hal masing2.no tv or entertainment.haha dari pagi aku online aje, terima banyak ucapan dari kawan2 sempena ulangtahun hari lahirku. bt deep in my heart, aku rasa sedih..xtau nape. mungkin aku masih teringat kt sorang sahabat aku itu..mungkin! hurmm malas nk fikir lama2.

then, tadi aku berbual dengan mak mlalui telefon.. aku nak balik raya dgn mak!!!!! tapi abg ckp, mungkin air bah akan naek semula, sbb kt Thai, air masih blum surut... kt Changlun pun air dah naek blk... yg aku tau pekan jitra air dah surut,xtau la if bah blk. semua itu ktntuan Ilahi.. Subhanallah. paling aku sebak sangat bila mak ckp, "mak x nak paksa A blk, if nk blk beli la tiket, if rasa mcm nk bah smula, x pyah blk" sedih kot!!! aku tau mak aku pasti sedih bila ckp camtu kat aku kan. aku dah x dapat tahan sebak kt hati ni lagi...aku rindu mak! Aku buntu sekarang nie Ya Allah.... klu ada org nk ckp aku anak manja ke, aku x kesah pun..dah mmg aku anak bongsu kot..kdang2 aku ok, aku tau juga nk survive hdup sndiri. tapi arini aku x gmbira...mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. aku pasrah...






Friday, November 5, 2010

kerana aku WANITA




kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 



Saturday, October 30, 2010

Dear friends...


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya..

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah Ta`ala