Saturday, November 13, 2010

La Tahzan

Salam Alaik..


Ya Allah… kau kuatkanlah imanku

Ya Allah… kau tabahkanlah hatiku

Untuk menempuhi segala ujian dari-Mu

La tahzan…

Tapi aku masih lemah.. aku masih bersedih..

Tuhanku, kau bantulah aku

Aku cuba untuk menjadi seorang insan yang tabah, Ya Allah…

Aku masih bersedih sbb trlalu memikirkan masalah diri sendiri yang masih belum selesai. Aku bermasalah dengan diri sendiri! Tadi aku ditegur oleh abangku di kedah, kenapa x bole balik raya nie?? Aku mula memberikan alasan sbb …………. (then aku menangis).

Actually, aku ada masalah.. tapi aku malas nak minta tolong dari sape2.. Cos I have my own reason!! Da first reason, sbb aku seorang yang sensitive, mudah terasa hati dengan beberapa orang.. (I don’t have to mention da names) walaupun mereka dekat denganku di sini, dan iAllah bole tolong aku tapi aku dah x nak minta tolong sangat. Kalau minta tolong sikit pun, ada orang laen yg x puas hati… baik aku berundur diri. Bukannyer selalu nak minta tolong pun, if desperate sgt baru aku nak minta..tu pun dah tarik muka! Ok2, I don’t care!! Depan2, manis je muka..kat belakang hurmm Tuhan aje yang tahu. Alah, aku minta tolong pun dengan adik beradik sndiri, bukan dengan ‘anda’ yang nak kecoh2 sangat tu.. Ok, fine! Aku dah malas nak pergi rumah ‘anda’ itu since kita jumpa last month! Sampai aku nak salam pun, ‘anda’ dah tarik tangan cepat2… 0ooook Fineeee!!

Then, masalah kedua… x perlu lah tahu. That’s my own problem, and I’ll solve it later.. Hahaha :P

So, iAllah aku akan balik juga ke kampung selasa depan… prays for my safety & health,k

Wassalam….


Tuesday, November 9, 2010

09 November 2010

Salam alaik..

Alhamdulillah arini usiaku telah mncecah 20thn. aku x terasa gembira walupun ramai kenalanku yg mndoakan utk aku. mungkin ada seketika aku rasa gmbira kerana masih ada orang yang masih mengingati aku dan terharu juga dengan pemberian sebiji kek dari kawan2 disini. terima kasih kalian.


anyway, arini aku amek E.L, sbb terasa penat since balik dari brcuti di Kuantan selama 3 hari, then terus drive balik Banting, esoknya pulak drive pergi uitm puncak alam shinggalah malam semalam aku kembali semula ke Banting. bila duduk rumah sewa nie, faham2 je la mcm NO LIFE tau! sunyi aje...smua buat hal masing2.no tv or entertainment.haha dari pagi aku online aje, terima banyak ucapan dari kawan2 sempena ulangtahun hari lahirku. bt deep in my heart, aku rasa sedih..xtau nape. mungkin aku masih teringat kt sorang sahabat aku itu..mungkin! hurmm malas nk fikir lama2.

then, tadi aku berbual dengan mak mlalui telefon.. aku nak balik raya dgn mak!!!!! tapi abg ckp, mungkin air bah akan naek semula, sbb kt Thai, air masih blum surut... kt Changlun pun air dah naek blk... yg aku tau pekan jitra air dah surut,xtau la if bah blk. semua itu ktntuan Ilahi.. Subhanallah. paling aku sebak sangat bila mak ckp, "mak x nak paksa A blk, if nk blk beli la tiket, if rasa mcm nk bah smula, x pyah blk" sedih kot!!! aku tau mak aku pasti sedih bila ckp camtu kat aku kan. aku dah x dapat tahan sebak kt hati ni lagi...aku rindu mak! Aku buntu sekarang nie Ya Allah.... klu ada org nk ckp aku anak manja ke, aku x kesah pun..dah mmg aku anak bongsu kot..kdang2 aku ok, aku tau juga nk survive hdup sndiri. tapi arini aku x gmbira...mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. aku pasrah...






Friday, November 5, 2010

kerana aku WANITA




kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.