Saturday, March 28, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Rahsia Bulan KelahiranKu... ^_^



NOVEMBER
• Banyak idea dalam perkara.
• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
• Berfikiran kehadapan.
• Berfikiran unik dan bijak.
• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
• Pemikiran yang tajam.
• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
• Sesuai jadi seorang doktor.
• Cermat dan teliti.
• Personaliti yang dinamik.
• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
• Terlalu degil dan keras hati.
• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
• Tak suka marah kecuali digugat.
• Mudah ambil berat terhadap orang lain.
• Pandai muhasabah diri.
• Cara berfikir yang lain dari orang lain.
• Otak yang sangat tajam.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Tidak hargai pujian.
• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
• Cuba sampai berjaya.
• Badan yang sasa.
• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
• Suka duduk d irumah.
• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
• Bercita-cita tinggi.
• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Monday, March 9, 2009

Maulid Nabi S.A.W







Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

"Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung."

Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.