Monday, June 29, 2009

Nothing to say...


Hi !!!
Actually, my family and I went to KLIA
then, we hav a meal there at Mc'D
on that time, I was very 'gemuk'
bulaattt je ! tembam semacam !
hahaha...
I tot, this pic has took in '07
coz I ate so much
stress with SPM's exam
LOL :P




Sunday, June 28, 2009

During my holiday..

I was in Johor ( J.B )
these are a few photos that I took...hehe



Koleksi2 gambar sepanjang melawat 'kawan2' kat zoo...sian diorang,ntah dh berapa lama kena kurung kt situ...mungkinkah sebab diorang ada buat kesalahan??sampai kena tahan...selama2nya ke??ntah la....hehe



At this time, ktorang keluar makan malam kt kedai je...sepanjang berada di sana tiap2 malam mesti la kena tukar2 menu makanan..x kan nak makan yang sama je kot?haha so,malam ni makan la char ko teow! sedap.. ^_^



Saturday, June 27, 2009

Happy Father's Day!!

KASIH ibu dibawa ke syurga, kasih bapa sementara ada." Dalam semua bentuk bahasa, minda dan perilaku, seorang ibu itu sememangnya diletakkan lebih tinggi daripada seorang bapa.

Ini pasti tiada bangkangan dari mana-mana lelaki mahupun wanita yang penah menerima belaian kasih seorang ibu. Namun, tidak pula diabaikan kedudukan bapa, diambil mudah atau tidak dihargai, selagi ada. Walaupun kedudukan ibu yang penuh kasih sayang, lemah lembut dan budi bahasa diutamakan, seorang bapa sebagai penaung dan pemimpin amat penting dalam sebuah keluarga.

Tanpa bapa, bukan sahaja seorang ibu perlu bergantung kepada diri sendiri, anak juga kehilangan bimbingan seorang lelaki dewasa ketika membesar. Pengaruh lelaki dewasa dalam sebuah keluarga juga boleh menentukan hala tuju dan pencapaian anak kelak, yang akan berterusan kepada generasi-generasi berikutnya.

Tegar yang rapuh

Sebagai seorang anak, sejauh mana anda boleh menerima ketiadaan seorang bapa? Sebagai seorang bapa pula, sanggupkah anda meninggalkan keluarga, terutamanya anak-anak?

Memang diperakui terdapat banyak kelemahan di kalangan lelaki, tetapi ini tidak bermakna semua lelaki (bapa) akan sengaja menyerah kalah dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Di sebalik agam ego seorang lelaki, hati seorang bapa sama lembutnya berbanding seorang ibu. Di sebalik keutuhan azam dan pendirian, seorang bapa sebenarnya begitu mudah layu dan binasa.