Monday, September 19, 2011

Praise to Allah ^_^

Alhamdulillah...

BAHAGIA kan bila hampir semua kekusutan yang dihadapi selama ini dah berlalu sedikit demi sedikit..hehe Syukur sangat! aku dah jadi student yg sah.. haha selama seminggu nie aku dok jadi PATI je..hik3 pelajar asing tanpa izin?? opps... yelah, actually ada technical prob wktu registration dulu.. nama belum sah lagi, no mtrix student pun xda..hehe (selama nie mnjadi rahsia) alhamdulillah arini aku dah jadi student UiTM yg sah! =)

berbaloi gak segala pengorbanan, ke hulu ke hilir, pergi kampus shah alam laa.. ulang alik dari puncak alam laa.. huhu penat2! since Julai-September ni nak uruskan masalah nie.huhu banyak tenaga, masa & wang ringgit dikorbankan..huhu memang bulan nie sengket lah! hmm tunggu duet laen masuk hopefully awal bulan depan dah dapat dana tuh.. xtau nak korek mana lagi dah..hehe

Arini abis kelas kul 1.30, rushing balik shah alam plak amek Hazim kt sekolah, kt umah siap2 nak kluar ke shah alam nak uruskan masalah tadi, check online dulu sbelum pergi..alhamdulillah berjaya! so, aku bereskan keje2 laen... sekarang nak pack barang..mau pindah laa! hehe

syukran..hehe ^_^
p/s: Sanah Helwah to you ^_^ (17/9/11) InsyaAllah moga segala urusan kita dipermudahkan Nya. Ameen... thanks for making me feel good last nite, and today I feel really excited & happy! alhamdulillah.
wassalam...

Wednesday, September 14, 2011

Unexpected

Salam alaik

Dah lama rasanya x mengarang entry baru sendiri..hehe arini aku pergi ke kampus mcm besa jelah. yg special nak tau x ape? my class nie NO boy! haha all are girls... ktorang post dip students kampus Pncak Alam+Samarahan.. suasana kelas baru, laen dari batch laen..hehe tp minggu ni aku ulang-alik ke shah alam lg iAllah ahad ni aku akan berpindah ke umah sewa di Puncak Alam. ^_^

Something unexpected had happened.. kesal sangat! seseorang yg aku anggap dia adalah yg terbaik, telah buat sesuatu yang mungkin sama mcm aku suatu ketika dahulu (xla lama sangat pun) but for me, its really bad than what i've done before! sedih plak... aku begitu respect dia, tapi yelah hati manusia siapa tahu except HIM.. Subhanallah sekejap shj manusia tuh berubah kan.

Ya Allah aku mendoakan yg terbaik buatnya, supaya dia sedar ape yg dia dah lakukan.. bukan nak membenci atau marah... tapi dalam hati nie aku sedih sangat sekiranya dia betul2 dah berubah sedikit dari kehidupannya dahulu.. aku syg sama dia.. aku respect dia sangat..

bila aku terfikir semula kenangan lama, betul sangat tindakan "si Dia" ^_^ sehingga sekarang. mungkin ini salah satu jalan utk pulihkan segala kekusutan yg melanda. tapi bila dia yg telah berubah sedikit laen plak dr "si Dia" nie.. aku dah buntu! kenapa mereka x sama?? Ya Allah ampunkan hambamu sekiranya terpaksa membezakan dua insan ini..

Maaf sekiranya ape yg aku tulis ni bakal melukakan hati seseorang! sebab hati nie sedih sangat.. xbole nak share dgn sape2.. I'm sorry, I never meant to hurt you @_@


Monday, September 12, 2011

Mencintai Dalam Diam.. (copy)


Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,

beritahulah Allah.

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk."

(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,

namun kau tahu cintamu tak terbalas

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya

bukan kerana menghindari dunia

tetapi meraih syurga-NYA

bukan kerana lemah untuk menghadapinya

tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan

kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,

kelak ada insan yang bakal dilukai,

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,

nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,

kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan

mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

(Umar Bin Khattab ra)