SEDAPNYA kita mengutuk, mengumpat orang! Sudah lumrah, manusia memang tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa.
Dalam apa jua urusan tidak kira di kelas sekiranya merupakan seorang pelajar, dalam lingkungan kawan-kawan, kita selalu terdedah pada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.
Berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.
Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun ia amat mudah. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.
Oleh itu, mulai sekarang beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah tetapi juga sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.
satu posting yg memberi kesedaran. best3. teruskan perjuangan anda ^_^ -atiq-
ReplyDelete