Assalamualaikum…. Terima kasih kpd saudari pengerusi majlis.
Yang Dihormati Professor Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor; Yang Berbahagia Prof. Madya Rodziah, Ketua Program Kesihatan Persekitaran; Yang dihormati En. Izwan selaku bkal Penasihat EHSAN; pensyarah-pensyarah serta para pelajar sekalian.
Program ini telah bermula pada hari ahad lepas iaitu pada 28Februari dengan acara “Green Hunt”. Aktivit ini terbuka kepada semua pelajar dimana mereka dikehendaki untuk melakukan beberapa permainan yang menguji minda dan juga stamina diri untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Pada hari isnin pula,iaitu 1 Mac, kami telah mengadakan hari terbuka yang merangkumi jualan dan pameran. Kami telah menjemput pihak dari Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor untuk mengadakan pameran pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua, Jabatan Alam Sekitar telah memberi peluang kepada semua untuk menjadi rakan alam sekitar. Manakala, jabatan kesihatan pula telah membuat pameran replika nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus.
Sempena program ini, kami telah menganjurkan tayangan pada malam hari Isnin dan Selasa. Tayangan ini berkisarkan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan kerakusan manusia mengejar kemodenan. Tambahan pula, tayangan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua.
Pada awal pagi tadi, kami juga telah menganjurkan satu taklimat mengenai kebersihan & keselamatan makanan kepada semua pengendali-pengendali makanan di kampus Puncak Alam ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh pensyarah kita iaitu En. Nasaruddin.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancer. Di sini, saya sebagai pengarah program “Go Green Week” ingin mengucapkankan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang turut memberikan sokongan dari belakang untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Setakat ini sahaja ucapan dari saya, terima kasih…. Assalamualaikum…..
No comments:
Post a Comment