Pertama:
Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
Kedua:
Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
Ketiga:
Kamu dan dia tidak sesuai kerana selama ini kamu bersikap kasar ketika bersama dia dan tiada cirri-ciri kekasih sejati.
Keempat:
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya.
Kelima:
Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka diluar sana yang mempunyai cirri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya.
Keenam:
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang kamu dan rakan-rakan lain selalu berkumpul.
Ketujuh:
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
Kelapan:
Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.
Kesembilan:
Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul-betul tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakana dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”
No comments:
Post a Comment