Monday, January 10, 2011

Tok Liah tersayang.... I love u so much!!!

Salam alaik…

Post aku kali ini mengenai kisah nenek aku, ‘Tok Liah’ atau nama penuhnya Liah bt Lebai Talib yg berusia 92tahun. ‘Tok’ aku nie merupakan satu-satunya nenek yang aku ada sejak aku lahir sampai lah aku membesar seperti sekarang. Kebanyakan orang mesti ada nenek kan. So, they will know how I feel right now. Aku sangat sayangkan tok!!

06 Jan 2011, tengahari, aku menerima panggilan dari abangku menyatakan tok sakit kuat/ nazak. What??? Memang aku terkejut sangat…Ya Allah, hanya Engkau yang tau apa aku rasa masa tuh..air mata mengalir dengan lajunya tanpa menghirau orang-orang di sekelilingku. Waktu tu aku dalam kereta bersama teman-temanku otw ke Hospital Klang untuk melawat kawan yang sakit di sana. So, aku minta diorang U-turn balik ke rumah dan kemas pakaian. Aku terus menuju ke Klang, untuk pergi ke rumah abangku. Sepanjang perjalanan aku asyik fikirkan pasal tok!

Aku dan keluarga abangku bertolak pulang ke Kedah pada pukul 4 ptg dan selamat tiba di sana 10.30mlm. bila sampai di rumah tok, memang ramai saudara mara yang dah berada di sana. Aku terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah tok yang terbaring di atas tilam dikelilingi saudara mara. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu keadaan tok ketika itu. Aku terus salam dan cium tangan tok. Memang x dapat menahan lagi rasa sebak di dada. aku berbisik di telinga tok. Alhamdulillah tok masih mengingati dan mengenali cucu-cucunya ketika itu.

Keesokan harinya, aku dan kakak-kakakku pergi semula ke rumah tok. Ketika itu, masing2 membaca surah yassin. Seorang demi seorang cucu-cucu tok membaca surah yassin di sebelah tok termasuklah aku. Sehinggalah satu saat ‘genting’ dalam pukul 11 pagi, jumaat, tiba2 keadaan tok x stabil, tok nampak penat dan lemah. Semua anak cucu berkumpul di sekeliling tok. Semua dah x dapat menahan sedih termasuklah emak aku yang berada di sebelah tok ketika itu. Ketika itu, kakakku juga risau sebab bibir tok dah tertutup rapat, “xkan dah sampai situ?”, fikir kakakku. Tapi tangan masih bergerak. Aku peluk sepupu aku ketika itu sebab x sanggup utk menerima keadaan masa tuh. Aku terus mesej abang Adib, suruh dia balik sekarang walaupun dia sedang bekerja waktu tu. X lama selepas tuh, tok aku macam dah ok sikit walaupun dia nampak penat. Subhanallah, memang aku takut sangat. No one can promise that she will be ok, and I have to be ready! Just prays for her best, InsyaAllah…

Petang tuh, kami still meneruskan dengan bacaan yassin. Ada satu masa tuh, emak aku pilih ayat2 trtentu untuk dibaca iaitu Surah Al-Jinn, tiba2 sorang makcik nie menjerit lalu terus lari keluar. Rupa2nya, dia nie senang nampak ‘benda’ tuh… tapi x sepatutnya dia keluar begitu sahaja. Dia kena la sambung baca yassin tuh, ni x terus lari ckp ‘x bole2’! Astaghfirullah al azim…kami yang berada berdekati tok terus menyambung bacaan. Bila dah petang2 sikit, aku balik ke rumah untuk berehat sebentar. Selepas maghrib, aku dan kakak pergi semula ke rumah tok. Malam tuh diadakan bacaan yassin beramai-ramai bersama jemaah2 masjid selepas solat Isya’. Pastu, imam pun ada menziarahi tok sambil membaca ayat2 tertentu untuk sembuhkan tok kot.hehe xtau laa…aku tengok jela. Alhamdulillah tok dah nampak macam ok. Esoknya, sabtu, awal pagi aku dan kakak-kakakku akan bertolak pulang ke Selangor . kami pergi menjenguk tok terlebih dahulu..Alhamdulillah keadaan tok nampak lebih baek dari semalam.

Alhamdulillah…. =)




4 comments:

  1. bestnye ade tok lagi...aku da xde nenek atok da lame da...semoga tok ko sehat selalu ye...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... thanks 4 ur wish =)

    ReplyDelete
  3. bestnyer ader moyang lg... umi dtg ke?

    ReplyDelete
  4. umi blk la....dgn ayah,iman, makngah n azim je. tuh pun pecut!! 140-160km/h ayah yg ckp....9mlm brtolak dr bkt bruntung.

    ReplyDelete