Semalam merupakan ari yg tela membuatkan perasaanku sebak ketika mak menceritakan kisah silamku semula bersama abgku. kami berborak seperti biasa dan kemudian abgku itu pula asyik mentertawakan aku siap buat kelaku yg aku betol2 trasa hati sangat iaitu 'budak cacat'! tapi aku tahan jela perasaan tuh..
Syukur.. kini aku merupakan seorang yang sempurna dari segi fizikal lah, sihat dan masih lagi dapat hidup di Bumi ciptaan Tuhan. Alhamdulillah...mengimbas kembali kisahku 20 tahun dahulu.. ketika usiaku baru menjangkau 11 bulan, aku merupakan seorang bayi yang abnormal atau lebih jelas lagi x sihat@selalu sakit!
Sewaktu itu aku dikatakan demam panas, sakit perut dan terkena serangan 'tarik'@ sawan dah msauk tiga kali, kata mak. kalau diikutkan sejarah abang2ku dulu, diorang cumah pernah kena 'tarik' sekali sahaja. Namun, nasib aku tidak sama seperti mereka. Aku telah kena 'tarik' dah tiga kali dan telah admitted ward. semua doktor telah cuba sedaya upaya merawatku. keadaan aku ketika itu adalah pada tahap kritikal kerana badanku dah dehydrated plus dengan sawan lagi.hmm kata doktor, hanya berserah kepada Allah shj.
Hasbunallah wa ni'mal wakeel...
Ketika itu juga, doktor memberi pilihan sama ada melalui pembedahan tulang sum-sum @ mengambil ubat untuk tempoh yang lama. mak tidak rela aku dibedah kerana kemungkinan untuk lumpuh adalah tinggi! Jadi, mak sanggup memberi rawatan dengan ubat kepadaku selama hampir 2 tahun lamanya.
Dengan kuasa Tuhan, aku tersedar/terjaga dari keadaan badan yang teramat lemah pada waktu itu. Lalu, aku terus menarik segala wayar yang berselirat di atas badanku melalui hidung dan tangan. memang semua orang terkejut beruk lah! hehe terus aku nangis panggil mak... Sewaktu itu juga, para doktor turut gembira sangat esp sorang doktor wanita yang menjaga aku ketika itu. Syukur sangat kerana Allah telah memberi kesempatan untukku terus hidup. Alhamdulillah, syukur yang x terhingga kepada Allah!
Inilah kisahku...
** Petang smlm aku telah menerima berita kepulangan tok sedaraku @ Tokjang Latif ke Rahmatullah. Innalillah.....
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Aqla pada pukul 11 pagi nie dan akan dikebumikan di tanah perkuburan brhampiran rumahku. Al-Fatihah buat arwah...
- Lalu, ketika menziarahi jenazah semalam, aku tetiba shj terkenang kenangan lama 7bulan lepas sewaktu arwah tok dikebumikan. Aku xdapat menahan rasa sebak di dada apabila mendengar bacaan talqin+apabila nama arwah disebut! (mcm xdpt terima kenyataan masa tuh). Aku cuba sekuat hati untuk mengawal perasaan ketika itu. Ya Allah, engkau tempatkanlah orang2 yang ku sayangi di kalangan orang2 yang beriman! Amin.... :)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment