Tuesday, December 6, 2011

Ujian dariNya

Salam alaik...

Setiap manusia yg dciptakan Allah sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yg sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yg dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsiaNya trsendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. dan kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan, ujian juga dapat mematangkan kita. seperti slogan yg aku selalu pegang:

Usaha + Tawakal = Kejayaan

Kadang2 kita tertanya-tanya, mempersoalkan kenapa kita diberi ujian yg berat sebegini skali sehingga kita lupa pada siapa yg perlu kita mgadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah 'azim.. lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yg Allah beri trhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yg mengalaminya, mungkin ada lebih ramai lagi yg lain menghadapi musibah yg sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bahkan, Allah terlah memberitahu dengan jelas dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allaj benci kita tapi percayalah yg Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambanya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Semenjak Oct yg lalu aku telah mendapat ujian dariNya dimana kesihatan diri terganggu. Deman, Selsema, low blood pressure n this month, I've got sore throat sehinggakan suaraku pecah2. mungkin semua ini ada hikmahnya. iAllah semoga cepat sembuh dan dapat berhujah dalam kuliah dengan sebolehnya pada minggu hadapan. banyak lagi presentation yg tergendala.hehe iAllah think positive! =)

wassalam.. ^_^


No comments:

Post a Comment