Wednesday, February 8, 2012

Malam Sebelum Itu...

Salam alaik..

Baru beberapa hari sudah terasa kehilangan arwah. sedih sgt =( tapi kita kena kuat, selalu igt arwah n sedekahkan al-fatihah. Ya Allah, aku seperti tidak mempercayai kenyataan ini! tapi aku harus redha dgn ketentuanNya. ajal maut hanya di tangan Tuhan. kita xtau bila plak tibanya masa utk kita nanti. Subhanallah takut sgt.

Actually, malam selepas ayah masuk wad kcemasan tuh, aku xdapat nak tido sgt.. gelisah fikir pasal ayah. kakak aku kt S.alam pun sama, msg aku kul 3 lebih sbb xleh tido jugak. mcm2 dalam fikiran masa tuh, takut kehilangan seorang ayah. harap2 ayah x pape, pastu mula fikir bukan2 pun ada. if anything happen camne plak... siap mimpi2, n mcm tido2 ayam pun ada gak.

Pastu waktu subuh around 6 o'clock cmtu, ada deringan telefon. tapi hanya sekali je bunyi. aku igt mak sempat angkat n jwb call tuh. rupanya X. mak xsempat jwb call tuh.. aku risau sgt, sape ye call. maybe makcik! Ya Allah hope panggilan tuh bukan emergency lagi. mmg asyik fikir bukan2 lah. gelisah sgt...

Bila kul 9.15 cmtuh, telefon rumah berdering lagi.. makcik bgtau ayah penat balik, minta semua org datang cepat2! aku n mak cepat2 siap. bila aku baru je masuk bilik air, makcik call lagi.. mmg aku lari cepat2 jwb call tuh, masa tuh mcm nak jerit pun ada! Innalillahi wa inna ilayhi raji'un.. hanya itu yg mampu aku ucapkan ketika itu.. Ya Allah aku mcm x percaya sgt! terus aku jerit kejutkan abg aku. bila dia turun, dia pun nangis smbil call kakak2 n abg2 semua... cepat2 ktorang bersiap, waktu tuh plak kakak aku tanya betul ke?? sbb dia nak aku gi tengok depan mata dan bgtau dia kebenaran! Ya Allah engkau kuatkanlah hati hambaMu ini.. abg aku terus drive laju2 ke umah makcik tengok jenazah di sana. mak juz kemas umah utk prsiapan seterusnya.

setibanya disana, aku sedih sgt tengok arwah. memang kenyataan itu adalah benar! aku hanya mampu membaca surah Yassin berulang2 kali. sehingga hampir 12 tgh, jiran yg tinggal dihadapan rumahku dtg bersama van dia sndiri sbb urusan van jenazah masjid lambat sgt. so, jenazah dibawa balik ke rumahku. di rumah pun aku masih menemani arwah dgn bacaan yassin lagi. Ya Allah. kakak2 dan abg aku masih dalam perjalanan dari Selangor.

sehingga pukul 3pm, barulah jenazah dimandikan dan dikafankan. ketika itu kakak2 aku sampai. selepas dikafankan, aku segera menghubungi abgku sorang lagi. alhamdulillah lg 10mins dia akan sampai. then, buat kali terakhir kami semua dapat mencium dahi arwah. x dapat aku bayangkan saat itu. aku dah kehilangan seorang ahli keluargaku iaitu 'Ayah'.

Then, jenazah dibawa ke masjid berdekatan rumah utk disembahyangkan. dahulu diikutki solat Asar. arwah selamat dikebumikan selepas asar around 5.20ptg camtu. aku mcm x boleh bayangkan suasana di kubur itu kembali semula setelah pemergian arwah tok dulu. kami sempat menziarahi kubur arwah tok jugak selepas urusan dah selesai..majlis tahlil diadakan selama 3mlm brturut2 dirumahku dan arini, aku dah selamat sampai di Shah Alam semula kerana ada kerja yg belum selesai. alhamdulillah.


Bila aku fikir2kan balik keadaan arwah ketika kena admitted ward dulu.. mungkin ini semua tanda2 kematian. gelisah, xlalu makan (bdn lemah) so kena tahan dlm wad, susah nak lelapkan mata n xnak tido, berselera sejak aku datang hantar makanan di wad minggu terakhir di hospital. Since awal bln januari lagi arwah asyik keluar masuk hospital sbb sakit2, (COPD, Stroke n kidney failure).

" Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. "
** Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

No comments:

Post a Comment