Salam alaik..
Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah
tiba.. semoga kita semua dapat
menggandakan lagi ibadah di bulan yg mulia ini, insyaAllah kita cuba untuk jadi
yg terbaik, bukan semata-mata menghitung berapa banyak pahala atau ganjaran yg
kita dapat TAPI berapa banyak kita melakukan ibadah dan menggandakannya lagi
berbanding masa-masa terdahulu serta terus beristiqamah dalam melakukan ibadah
ini kerana Allah SWT. insyaAllah J.
Inilah masanya kita perlu melatih diri
untuk mendekatkan diri kepadaNya dan semoga ini sentiasa berterusan. Bukan
semata-mata di bulan ini sahaja kita pulun untuk melipatgandakan ibadah dan
kemudian setelah bulan Ramadhan ini telah berlalu, kita sudah meninggalkannya.
Ini salah sebenarnya! Sebaiknya, kita cuba melakukan sedikit demi sedikit pun
xpe asalkan consistent. Ini semua sebagai peringatan kepada diri sendiri juga
insyaAllah.
Dan syukur Alhamdulillah juga sbb
aku dah selamat sampai di kampung halamanku di Jitra, Kedah. Baiti Jannati =) Perjalanan selama 5 jam dari Shah Alam termasuk
berhenti berehat di R&R Sg. Perak dan mengisi minyak di Gurun finally aku
dah berada di sini juga setelah sekian lama x balik.hehe lama? Xdelah lama
sangat since kenduri kahwin abg adib end of May mcm tu la. Hehe actually,
macam2 perkara telah berlaku sebelum aku balik ke sini, macam2 yang membuatkan
perjalanan pulangku perlu ditangguhkan sehingga aku membuat keputusan last
minute iaitu ‘esok laa balik kedah’ (sabtu) bersama abg aku n his wife. Follow kereta
mereka n aku drive sorang2. Huhu aku minta abgdib jgn bawa laju2 nanti tinggal
aku kt belakang plak. Itu pun dia bawa 120km/h, aku dah rasa laju sangat2 sbb
kereta kecil memang terasa kelajuan yang luar biasa sikit berbanding kereta
besar. Lagi satu, bila aku follow rapat belakang kereta dia, kurang rasa
rintangan angin dari hadapan berbanding kalau aku gerak solo, terasa kuat pula tekanan
angin dari hadapan kerana keadaan saiz kereta haha.
Dari perkara pertama yg timbul
ialah, housemate aku xdapat konvoi bersama-sama balik kedah. Rasa tension
sangat masa tuh! Then, plan nak balik ngan sorang lagi kawan isnin lepas, dah
pack semua siap! Malam tuh, chatting ngan Muhammad, dia nak ikut balik kedah
tapi aku kena tunggu dia lagi seminggu. So, I’ve cancelled the plans with my
friend tu. N aritu juga aku ada masalah kesihatan. Xpe, tunggu lagi seminggu. Then,
perkara kedua datang, Muhammad x dapat balik lagi sbb masalah ngan tiket flight
n ada la perkara2 laen lagi yang berkaitan. So, xpelah. Perkara ketiga, plan
nak ajak angah or my cousin ni balik sekali. Awal2 cakap ok, pastu xnak balik
lagi sbb nak jalan2 umah along dia.hmm memang terkilan juga masa tuh! Memang betul
ckp akak, kita jangan terlalu mengharap or bergantung kepada orang lain.. Alhamdulillah
aku terus buat keputusan nak balik follow abg aku alang2 dia dah nak balik ari
sabtu. N arini ahad dia dah start keje balik.. hmm semua perkara yang terjadi
pasti ada hikmah dan penyelesaiannya tersendiri. Yakin dengan ketentuan Allah. Kita
hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya Alhamdulillah!
Bila balik sini, macam2 berita
lah yang aku dengar. Kisah nie bukan kerana aku x berpuas hati dengan orang itu
tapi kerana sikap yang tidak bersyukur dengan ape yang dia ada. Mungkin semua
ini ujian Allah untuk dia tapi kalau dah tau diri tu dah hutang keliling
pinggang jangan lah gatai2 nak buat pinjaman n boros sana sini. Subhanallah
memang x tahu bersyukur langsung. Bila susah perlukan pertolongan pulak, bila
dah mewah macam ni, boros sana sini. Dah tukar sport rim kereta yang baru, beli hp Samsung S III baru,
hadiahkan sekali kat wife hp baru. Astaghfirullah azim.. bukan aku jeles,
seriously x jealous langsung. Aku rasa sedih ada lah.. kenapa perlu berbelanja
sebegitu rupa. Memang x patut sangat! Dah tau makan minum seharian pun cukup2
makan, xpayah la nak hidup sebegitu mewah. Ya Allah, bukan di hati ini untuk
mengata keburukan orang lain tapi terasa kesedihan untuk orang itu. Tuhan mahu
menguji dia sebenarnya. Aku x tahu ape motif dia buat loan itu, kalau untuk
membantu keluarga sendiri Alhamdulillah ada juga sumbangan yang dihulurkan
sebanyak 1000 tapi yang lain2 tuh berbelanja untuk apa ye?? Persoalan yang
menjadi tanda tanya dan hasilnya juga telah nampak iaitu harta kebendaan yang
telah dibeli semua itu. Fikirkanlah.. think before you act, please.. yang
aku x puas hati sangat, bila susah
pandai nak minta tolong. Bila dah senang boros pulak! Ya Allah aku xtahu nak
tolong mcm mana lagi orang2 yang macam nie. Semoga Allah dapat membuka pintu hati
dia dan sedarlah. insyaAllah. Beringatlah dan fikirkan dengan sense of begin with the end in mind. ^_^
Sanah Helwah to my friend,
Giehas.(2010)
Setakat ini saje penulisan di
saat ini. insyaAllah semoga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:
Post a Comment