Sunday, March 28, 2010

Pest & Vector Control

Assalamualaikum...dah lama sudah x sentuh blog ni sampai dah brsawang..haha K,la kali ni nak citer sikit aktiviti terbaru aku disini..hehe

19 Mac, 2010

Pada jumaat yg lepas, aku telah mengikuti lawatan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan bersama classmates dan diiringi 2 orang lecturers iaitu Miss Rohana & Miss Farah.hehe tapi sebelum tu, ktorang kena makan ubat anti-malaria dulu utk 2nd dose...x suke laaah! ~dizziness~ Jalan pun mlelong...mata kena paksa buka gak,klu x cmna nk tgk jalan...haha

Semua menunggu di bus stand dgn penuh harapan!! Bila bas nk sampai ni??huhu aku dah x tahan nie nak tidurrrr…sakit kepala yg teramat sgt, site effect dari ubat tu laa. Suddenly, da 3 buah BAS SEKOLAH lalu, kitorang pun hairan, “bas ni nak bawa students yg trlibat utk kem inspirasi ker?” memang ramai pun yg trlibat 100+ orang la dgr citer.. “ktorang naek bas uitm” dlm hati brlagak plak.. Then, 1 bas ni brhenti dpn bus stand…ktorang jadi pelik..kenapa ye??

Rupa2nya, tu la bas ktorang kena naek untuk ke Kuala Pilah. LoL semua orang trkejut!! kah3 hurmm naek jela…brebut2 nak masuk cari tmpat..ktorang bertolak dari UiTM Puncak Alam nie around 3.30pm.. aku try untuk melelapkan mataku.tapi susah bebenor la! Pham2 jela keadaan tidur dalam bas camna…kejap trlelap, kejap trjaga…kepala ni sakit trsangat dah..

Alhamdulillah sampai juga kt sana. Ktorang tiba di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dahulu around 6 pm. Kena dengar taklimat terlebih dahulu- ucapan selamat datang dr PKD K.Pilah. then, 7.30 pm ktorang brgerak ke UiTM Kuala Pilah (yg lama). Kt situ dah xda students sbb smua dah pindah campus baru..huhu pukul 8pm ktorang p makan malam kt cafe dlu..keadaan aku at dat time, x senang duduk. Sakit yg xleh nak control..aku asyik picit2 kepala je...pandangan mata asyik lari2...pening mcm nak pitam. Mkn pun dah x lalu..lps dah jamah mkanan wlupun skit, aku ajak member aku yg serupa mcm aku jugak, balik tidur...so, ktorang blk hostel bertiga jela...yg laen2 nak prgi pasar malam yg brdekatan. Malam prtama di tmpat baru, keadaan baru buat aku susah untuk tidur! Wlupun blk hostel awal, tp lastly paksa tidur jgak after 12 midnite.hurmm...

20 Mac, 2010

Seawal 6pg aku bangun utk siap2kan diri n solat subuh dulu..then, pkul 7.30 pg aku n kawan2 prgi breaksfast dlu sblum brtolak ke perkampungan orang asli di Kg. Guntur Tenkek.

Ketibaan kami disana, disambut baek oleh penduduk orang asli suku temuan. aktiviti pertama disini adalah 'Active Case Detection' or ACD. active ni brbeza dgn passive dimana, pihak kesihatan yang akan datang ke suatu tempat tu untuk buat surveillance. meanwhile, passive ni pesakit yang datang ke pusat kesihatan. hurmm... so, ktorang kena tengok & belajar cara2 nak prgi buat ACD ni. agak trketar2 tangan bila nk cucuk jarum kt jari orang laen utk dapatkan blood sample ni.huhu

(Blood sampling)

Then, ktorang menuju plak ke rumah tradisional orang asli... rumah ni kukuh wlupun smua takut2 utk naek bramai2...haha

Ktorang ke sini utk melakukan 'Focal Spray' iaitu semburan ke dinding rumah...nak tau kenapa?sebab perangai nyamuk, bila dah kenyang hisap darah kita..rest time la!! perut dah penuh..xlarat nk trbang...kah3 cara nyamuk landing ni brbeza ikut species nyamuk laa..ni hanyalah demo utk focal spray...juz guna air biasa je. yela, semburan yg betul2 kena campur racun, n must wear proper PPE. kang smua org kt situ expose kt chemical tu plak..

(Focal Spray)

Next, ktorang brkumpul kt luar rumah tu, ada demo utk menyediakan 'kelambu berubat'. sound like good. yea, mmg baek utk human protection but harm to the mosquitoes. kelambu ni akan direndam dalam larutan air+racun dan dijemur kering sblum digunakan oleh orang2 asli ni. kerajaan telah menyediakan dana kpd orang2 asli ni, hanya mereka yg berhak utk dapat kelambu ni. tp yang klakarnya, kadang2 tu kelambu ni x digunakan sebaik mungkin. yela, ada yg buat jala ikan laa...pgar utk kebun sayur laa...ish3 klakar sgt!

(Kelambu Berubat or Beracun?)

Lastly, fogging!! hehe xsuka la bau smog tu...mna x nye, oil-based :diesel. tu yang bau mnyengit hidung..mesin ni agak berat la...da la beberapa org mmbers yg try utk galas mesin ni sambil buat semburan sekitar rumah ni. sementara menunggu, perut semua orang dah menyanyi2..sbb time tu dah pukul 1pm. then, lepas dah selesai smua pun balik la ke uitm...makan2 n rehat kejap...

(Fogging)

(Geng Bas Sekolah)

pukul 4ptg, ktorang keluar jalan2.. menuju ke Ulu Bendol, tempat recreational water park. aku juz tengok je members maen2 air..sbb aku takut, my mom has told me "jgn maen2 air"..pada mulanya, aku dah bawa pakaian salinan tp x jadi la nak join diorang. plus, aku rasa pening waktu tu..x mau lah join, kang x psal2 jadi bnda x diingini...then, kul 6.30pm ktorang blk smula ke uitm.

After dinner, ktorang nk prgi fun fair! brjalan beramai ke sana...xda la jauh sgt..1st game yg aku maen - Bumper Car. x prnah kot aku maen. so try laa.. mmg extreme gilerr maen ni. yg x tahan sgt tu, smpai sakit anak tekak..yela, asyik jerit je. pastu smua brlanggar2...aku yg drive, member sbelah yg paling takut...mcm nk trcampak kluar pun ada..haha

(Miss Farah&Ana..x sabar nk gi fun fair gak)

then, aku nak naek 'bnda alah tu' dont know what to call it.lol pusing2 smpai dah bosan..pening...makin tinggi mesin tu naek...makin gayat laa! haha


bila semua dah penat, so blk laa...hopefully, mlm tu dapat tidur nyenyak sbb smua dah penat. memang tidur nyenyak pun...

21 Mac, 2010

aku bangun awal pagi sperti biasa..pkul 7.30am prgi breaksfast dulu.. then, terus prgi ke suatu tempat ni yg xtau dimana..haha bas ktorang juz followed knderaan pihak PKD tu. aktiviti pagi tu, untuk buat semburan pada sistem perparitan. kat sini ktorang tengok demo larvaciding. tujuan ni untuk hapuskan jejentik & larvae nyamuk di habitat dia..ape lagi, di permukaan air la..hehe so, semburan dilakukan berlawanan arus air...

Inilah activities yg ktorang buat sepanjang berada di Kuala Pilah. hehe so, sebelum balik, pengarah program ktorang telah mnyampaikan cenderahati kepada pihak PKD K.Pilah sbg tanda penghargaan kerana sudi menerima kehadiran ktorang di situ. hehe

Then, ktorang blk smula ke uitm utk berkemas2 sblum brtolak pulang ke puncak alam. ktorang brtolak pulang pada pkul 2.15pm dan selamat tiba pada pkul 4.40pm..hehe

setakat inilah citerku sepanjang 3 hari 2 malam di Kuala Pilah...hehe thanks cos sudi baca kisahku yg panjang lebar ni,plus aku dok mngarut2 lagi.haha =)


Wednesday, March 3, 2010

Majlis Perasmian & Penutupan 'Go Green Week'

Bismillahi rahmani rahim..

Assalamualaikum…. Terima kasih kpd saudari pengerusi majlis.

Yang Dihormati Professor Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor; Yang Berbahagia Prof. Madya Rodziah, Ketua Program Kesihatan Persekitaran; Yang dihormati En. Izwan selaku bkal Penasihat EHSAN; pensyarah-pensyarah serta para pelajar sekalian.

Untuk pengetahuan sekalian, pada minggu ini kami telah menganjurkan satu program yang diberi nama “Go Green Week” yang bermatlamat untuk membuka minda orang ramai akan kepentingan menjaga alam sekitar dan juga masalah-masalah kesihatan yang sedang melanda kita seperti gelombang ke-2 H1N1, demam denggi dan sebagainya.

Di sini, saya akan membacakan laporan sepanjang program ini berlangsung.

Program ini telah bermula pada hari ahad lepas iaitu pada 28Februari dengan acara “Green Hunt”. Aktivit ini terbuka kepada semua pelajar dimana mereka dikehendaki untuk melakukan beberapa permainan yang menguji minda dan juga stamina diri untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Pada hari isnin pula,iaitu 1 Mac, kami telah mengadakan hari terbuka yang merangkumi jualan dan pameran. Kami telah menjemput pihak dari Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor untuk mengadakan pameran pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua, Jabatan Alam Sekitar telah memberi peluang kepada semua untuk menjadi rakan alam sekitar. Manakala, jabatan kesihatan pula telah membuat pameran replika nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus.

Sempena program ini, kami telah menganjurkan tayangan pada malam hari Isnin dan Selasa. Tayangan ini berkisarkan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan kerakusan manusia mengejar kemodenan. Tambahan pula, tayangan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua.

Pada awal pagi tadi, kami juga telah menganjurkan satu taklimat mengenai kebersihan & keselamatan makanan kepada semua pengendali-pengendali makanan di kampus Puncak Alam ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh pensyarah kita iaitu En. Nasaruddin.

Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancer. Di sini, saya sebagai pengarah program “Go Green Week” ingin mengucapkankan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang turut memberikan sokongan dari belakang untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Setakat ini sahaja ucapan dari saya, terima kasih…. Assalamualaikum…..


When everything becomes worst!!

Assalamualaikum...

actually, hari ini aku no mood anymore! everything was going so bad. xtau kat mana nak letak muka ni...MALU!! semua benda kucar-kacir jadinya..

sejak awal pagi tadi, aku kalut2 sebab xda kreta untuk angkat barang2 dr kolej ke fakulti. tanya orang ni, orang tu..semua xdapat nak menolong..then, aku minta tolong miss Rohana my lecturer. she's not here b'cos dia ikut budak2 degree/2 pergi trip ke Putrajaya. alhamdulillah, dia baek sgt2 nak tolong ktorang. dia tinggalkan kunci kreta kat Pn.Syima, lecturer microbe.
Pagi tu juga around kul 8++ aku turun ke fakulti untuk minta kunci dr Pn.Syima. lgpun pukul 8.30pg ada taklimat untuk food handlers, tapi semua bnda baru nk setup pagi tu..then, En.Nasa our lec jadi penceramah untuk majlis nie datang lambat sikit.so, da la orang nie marah sebab mula lambat. aku serahkan kerja nie kat penolong aku untuk uruskan majlis nie. awal2 pagi nie susah sikit sebab lif fulled with many students yg nk prgi kelas..so, aku naek tangga sampai tingkat 4, then dapat juga masuk dlm lif...bila sampai tingkat 15, aku terus menuju ke bilik lecturer nie nak ambil kunci.

sejurus lps dah dpt kunci tu, aku brlari-lari laa...minta tolong boys ikut sekali untuk angkat barang. awal2 tu, diorang yg drive kreta nie. barang2 banyak sangat..bonet kreta penuh dgn 7 kotak air mineral. seat belakang fulled dgn hadiah2 + aku la...bila semua dah settle, aku pun masuk dalam dewan untuk dengar taklimat tu juga.


then, dapat tau pula da masalah dgn makanan. orang kedai tu dok cafe kt uitm puncak alam je tapi dia prgi ke uitm shah alam, nak buat ape??ktorang ni kat uitm puncak alam...xkan la ktorang ni nak order makanan jauh2 pulak...pelik2 betol la! then, bila makanan dah sampai, asal la mkanan ni skit sangat..tempah untuk 50 org why da 25 bungkus je kuih?? orang tu dah salah faham...dia ingat ktorang order 50 pieces untuk 50 org..x logik la kalau sorang makan 1 kuih je kan?? 2 jenis kuih utk 50 org = mesti la semua 100pieces..ish3 yg klakar sgt tu, kuih 25 bgkus je,dlm tu da 2 jenis kuih...tapi bole pulak air da 50 bgkus.. pelik la!!! tapi ktorang x minum air tu sebab air panas mna bole dbungkus guna plastik!! so, ktorang bagi mineral water kt food handlers tu. pagi tadi dah bawa air cukup2 untuk majlis di sebelah petang. so, ingat kot x cukup la...bila pkir2, kena balik lagi nie gi amek kotak air kt kolej..

pukul 10.30pg masuk kelas En.Izwan dlu..then, dia lepaskan ktorang hampir pukul 12tgh. majlis perasmian & penutup pukul 12.45pm. aku dah kalut sangat!! aku prgi lagi minta pinjam kreta, amek lagi sekotak air, pisau & ribbon...kali nie aku yg drive, memang la best.kreta toyota vios tu luas & besar, rasa kekok plak..hehe lepas dah amek barang, aku pun cepat2 parking blk kreta miss. then, bila keluar dari kreta, aku terima paggilan dr no x dikenali..rupa2 P.A kpd Penolong Naib Canselor!! OMG aku bgtau dia majlis start pukul 12.45pm, then aku lupa nk tgk da time wktu tu dah pukul 12.30pm...aku segera ke dewan, mana semua orang ni?? x ramai yg datang....aku risau sangat. then, Prof. Azni dah tiba... aku minta tolong mmbers yg kat luar tu sambut..memang time tu dah kucar-kacir!!


ktorang terus proceed je majlis tu, wlupun x ramai orang datang.. then, da plak masalah technical skit..aku malu sangat!! tp Prof Azni senyum je, she's really positive to us.. majlis ni berjalan dengan lancar n laju sangat. ingat kot upacara menanam pokok akan brlangung 1.45pm, rupa2nya 1.15pm dah ke luar dewan untuk upacara nie.

Next, masa untuk jemput Prof Azni & lecturers prgi makan di bilik V.I.P. tiba2 dapat tau plak makanan x sampai lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku xtau nak cakap cmna dah....geram pun da...risau pun da...Ya Allah, aku dah buntu sangat.
ktorang dah xtau nk buat ape..just beli air mineral dlu..ktorang served dlu smentara mnunggu mkanan sampai..cuba bayangkan V.I.P kena tunggu makanan???

makanan tiba 1.45pm. ktorang laa yg served makanan untuk lecturers!!ish3...
lepas semua dah nak balik, ktorang bagi cenderahati untuk semua lecturers...naseb baek dpt +ve respond dari lec. Prof. Mad. Rodziah tetap memahami ktorang yang pertama kali conduct majlis nie...still banyak kelemahan yg perlu improvements.ape2 pun Thanks for giving us the chance.
majlis selesai pukul 2.20ptg.
aku malu...gelisah... mcm2 la!!!


bila balik je, aku terus tido..xda mood lagi, mcm nak nangis pun da. bila bangun je, aku dapat msg dr miss " u al x lock kreta sy"
Ya Allah, aku baru teringat, waktu keluar dr kreta, aku dpt panggila dr s/u PNC. so, betul2 terlupa nk lock kreta miss... I'm so sorry miss...bla bla bla la aku mohon maaf.
naseb baik miss x marah "Its ok..nsb xde org perasan..huhu.."
Alhamdulillah semuanya dah tamat untuk program GGW nie.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” - Sorry miss