Monday, January 16, 2012

Musim cuti Bermula

Salam alaik..

Alhamdulillah exam pun dah tamat jumaat lepas. iAllah doakan smoga dapat result yg baek2. hehe wlupun ada 2 papers yg rasa mcm kurang confident. Skrg ni adalah semester break, 7 weeks... iAllah sabtu nanti aku blk ke kmpung brsama2 family kakak. balik jenguk ayah. maaf xdapat balik swaktu ayah masuk hospital awal bln aritu. masa tuh adalah exam week. Alhamdulillah sekarang keadaan ayah dah beransur pulih wlupun sukar utk bercakap. actually, keadaan ayah agak kritikal masa tuh, ayah dapat Chronic Obstructive Pulmonary Disease, kidney failure and stroke.

Subhanallah hanya Dia yang mampu memberikan semula nikmat kesihatan ini. Perasaan yg susah utk aku tempuhi ketika itu.. stress dgn exam + sedih asyik fikirkan keadaan ayah di hospital masa tuh. memang aku jadi serabut sangat! aku cuba utk tidak pikirkan pasal ayah masa tuh sbb nak focus utk exam. Alhamdulillah ayah dah keluar dr hospital slepas 4 ari berada di sana walaupun doktor masih belum benarkan pulang.

Arini aku masih berada di Shah Alam. dan iAllah akan visit my sis kt KKB dulu dgn Mubin sebelum blk ke Kedah. dah lama x berjalan ke sana. hehe arini dok umah sorang2, masak jela ape yg bole dimakan.haha dah rupa mcm kimchi dah... tp kureng sedap jela! maen2 msak je sbb xreti masak..hehe :P

K,la sehingga bertemu lagi... iAllah ^_^


Monday, December 26, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Ujian dariNya

Salam alaik...

Setiap manusia yg dciptakan Allah sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yg sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yg dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsiaNya trsendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. dan kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan, ujian juga dapat mematangkan kita. seperti slogan yg aku selalu pegang:

Usaha + Tawakal = Kejayaan

Kadang2 kita tertanya-tanya, mempersoalkan kenapa kita diberi ujian yg berat sebegini skali sehingga kita lupa pada siapa yg perlu kita mgadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah 'azim.. lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yg Allah beri trhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yg mengalaminya, mungkin ada lebih ramai lagi yg lain menghadapi musibah yg sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bahkan, Allah terlah memberitahu dengan jelas dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allaj benci kita tapi percayalah yg Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambanya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Semenjak Oct yg lalu aku telah mendapat ujian dariNya dimana kesihatan diri terganggu. Deman, Selsema, low blood pressure n this month, I've got sore throat sehinggakan suaraku pecah2. mungkin semua ini ada hikmahnya. iAllah semoga cepat sembuh dan dapat berhujah dalam kuliah dengan sebolehnya pada minggu hadapan. banyak lagi presentation yg tergendala.hehe iAllah think positive! =)

wassalam.. ^_^