Tuesday, December 25, 2012

December 2012

Assalamualaikum..

Dear followers, alhamdulillah sehingga saat ini saya masih lagi bernyawa dan muncul semula ke ruangan blog ni yang dah lama bersawanang. bukan ape, sometimes busy that's why I had no time nak menulis entry baru. sometimes pulak no idea nak tulis topic ape..hehe alhamdulillah arini setelah sekian lama menempuhi macam2 kerenah hidup, arini terasa pulak nak menulis sedikit.. *actually sibuk kena study!*

So, since early of this month telah berlangsungnya event yang x kurang besarnya iaitu Seminar IHS. U all confirm xtahu kan, It's a such event yang berkaitan dengan Industrial Hygiene and Safety especially for industries ape2 la kat negara kita ni focus more kat kilang la. so, sepanjang sem ni saya belajar subject ni and actually bukan spend time dalam kelas sangat pun, banyak keluar pergi site n buat monitoring sampai balik lab buat analisis n lastly masa yang ditunngu-tunggu iaitu seminar, hari di mana saya dan group members kena buat presentation depan panellist jemputan dari luar. *menggelabah*

 Alhamdulillah after whole day hadapi hari yang menggelabah tuh, and finally we've got a good results which we had won the prize for good presenter! huhu actually between small groups laa..hehe where we've divided into 4 classes which each of classes have 3 to 4 groups. so, among the small group tu la ktorang dapat the tittle tu! hehe Alhamdulillah..  tip: redha dan tawakal kepada Allah setelah penat berusaha dan akhirnya present lah semampu yang bole. inshaaAllah pasti ada rezeki di mana2 =)

(December 7, 2012)

And lepas habis je event ni, semua berasa lega n nak qada tido la katakan..sebab terlampau letih dengan macam2 kerenah lecturer actually.haha Then, we all dah excited nak pergi bercuti ke Cameron Highland pulak selama 3 Days 2 Nights. yeay! 

So, x larat nak cerita panjang2 just tunjuk gambar sahaja bole menceritakan semua..hehe


Alhamdulillah happy saje lah..hehe Congrats Group 6! =)

Then, lepas balik dari holiday ni terus get ready utk marathon tests pulak.huhu sebab minggu terakhir kelas before study week n Final exam (3-16 Jan 2013). Prays for me.. InshaaAllah 
k,la smpai disini saja..jumpa lagi!

Wassalam.. ^_^

Saturday, December 1, 2012

Suka Duka


Assalamualaikum

Selamat kembali ke ruangan blog diri sendiri.huhu sudah lama x menulis entry baru disini since August disebabkan banyak perkara yang perlu dilakukan sehingga xda masa nak melawat ke page nie. =D  Alhamdulillah usiaku masih panjang dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar, menjadi seorang anak kepada kedua ibu bapaku yang jauh dr pandangan mata (al-fatihah buat ayahanda) serta seorang adik yang juga perlu berbuat baik terhadap saudaranya, **termasuk menjaga 2 ekor kucing ini di rumah! Hehe dan menjadi mak saudara or maksu kepada bakal anak buah baru iaitu Kak Wani@tunang kepada Azmi.hehe she’s my new bff. Cos  next year she will be a part of our family and akan selalu berjumpanya di Shah Alam. Hehe I love you,semua! =)

Hampir 4 bulan, ku dan juga keluarga kakak dah jaga kucing ni, and umur si Kitty ni pun dah masuk 2  months. Happy sangat. Hehe Nothing much I want to say today, just melepaskan rindu utk menulis di sini. Macam2 perkara terjadi, ada yang suka, duka, kecewa, pasrah, stress dan macam2 lah. HE knows everything! InshaaAllah Allah always be with me forever..


Minggu depan on 7th December 2012 merupakan tarikh seminar yang ditunggu2, Sebab? Xtahan dgn stress yang melanda diri ini nak cepat2 habis, tapi ape boleh buat sem depan n depan2 pun akan melalui benda yang sama juga. Keluar gi field buat monitoring, balik buat analisis n lastly present in the seminar! Sabarlah…huhu

Pagi nie perutku meragam x senang duduk, since awal pagi smpai skrg... And sekarang ada pulak orang2 Indian n Indon datang buat keje renovation and wiring kt umah kakak nie, and I  need to monitor their works! Ooh sampai bila cos I still have lot of tasks need to be settled by today. Azmi dok diam je dlm bilik dia.. x tahan sgt situasi nie. Hmm Kakak with her husband n children dah pergi Sabah pagi tadi, n kucing2 kena tinggal ngan diriku. Hoho Schedule utk bulan ni memang penuh sbnarnye ngan activities.hmm redha jela, berusaha semampu yang boleh, kena kuatkan semangat In Shaa Allah.

Sekarang pulak, comel buat hal tangkap lizard besar tu, n dah mati pun.. geram sgt xlarat dah jerit2 marah dia tadi suruh lepaskan. Kan dah kena kurung dlm sangkar! Pastu terliur2 lidah tu, pelik sangat! Eyy geram sangat tadi. Hopefully, dia akan okay balik nanti.. hmm

K,la sampai disini sahaja kot utk kali nie. InshaaAllah akan update lagi kemudian hari.
Wassalam…

Thursday, August 2, 2012

Luahan Hati Kecil

Salam alaik..

Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Semoga kita dapat menambahkan ibadat di bulan yang mulia ini dan terus istiqamah dalam melakukannya pada kemudian hari. insyaAllah set goal utk cuba terus membaca alQuran dan alMathurat setiap hari at least sekali akan ku cuba untuk consistent juga. Actually, I have no idea untuk menulis entry kali nie cuma teringin nak bercerita mengenai sesuatu juga.hehe 

First, apabila bercakap mengenai Rmadhan semestinya kita semua akan terfikir mengenai Syawal.hehe jangan nak nafikan pulak, most of us ok! Kerana bila nak dekat raya ni, ramailah dari kita yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Yea, memang sunat berbaju baru dan cantik pada pagi syawal. Tapi ini sudah menjadi seperti kewajipaan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Cuba renung-renungkanlah...
*termasuk diri ini juga insyaAllah*

Berbaju baru dan cantik bukan bermaksud baju itu baru dibeli dan akan mula dipakai pada pagi syawal. Semestinya BUKAN! “baru” itu juga boleh ditafsirkan dengan sesuatu yang jarang-jarang kita guna dan masih dalam keadaan yang baik seperti baru dibeli. Justeru, kita masih boleh menggunakannya semula kerana orang jarang melihat baju itu dan kita menggambarkan kepada mereka bahawa baju ini adalah masih baru! Itu yang terbaik =D Sekiranya kita berada dalam golongan diatas* (kesempitan) janganlah kita terlalu mengharap akan sesuatu yang baru. Fahamilah keadaan hidup masing-masing. Malah ada lagi orang yang hidup jauh lebih susah dan fakir dari kita. Subahanallah. Tidak salah kita inginkan yang baru sekiranya kita berkemampuan. Hal ini terjadi kerana pandangan masyarakat yang sentiasa ingin berlawa di pagi syawal dan ini telah menjadi tradisi yang kita sedar atau tidak. Mungkin diri ini juga tergolong dalam kalangan tersebut yang inginkan sesuatu yang baru. Tapi bersabarlah kerana ini semua tak akan ke mana.. kerana ini Cuma pandangan masyarakat terhadap diri kita. Oleh itu, muhasabahlah diri kita sendiri. insyaAllah… =)
*thanks to my sis cos dah belikan sehelai jubah "baru" kepada diri ni. Jazakallah.

Then, I wanna talk about something which, it looks so important for me actually. Something serious! Haha gelak pulak kan. It just too hard for me. I just don’t know how to handle *sigh* the hardest part is when u can’t even speak out or should I just keep on pretending that thing is alright? Tapi sampai bila? Lastly, perkara nie buat ku sedih and pendam dalam hati je.. Tapi akan ku cuba memahami phrase ini “Jangan membenci seseorang itu. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Kerana orang boleh berubah dan perbuatan boleh berlalu” insyaAllah semoga orang itu faham. I can’t say it directly to the person, but I hope dia boleh terima message yang diri ini ingin sampaikan. 

Actually, diri ini amat sayang akan dirinya, tak pernah ku membencinya Cuma pada ketika ini diri ini ingin dia mengerti apa itu batas-batas dalam menjalinkan hubungan kerana seorang lelaki dan wanita itu adalah orang asing diantara mereka melainkan hubungan sebagai suami isteri. Yea, I know hasrat ini akan termakbul juga dalam masa yang terdekat dan kerana jodohmu dan si dia mungkin sudah tiba. Ku suka sama kamu berdua, Cuma ku inginkan dirimu yang dahulu seorang yang sangat memahami hukum hakam agama lebih arif dari diriku ini. Seorang yang pada suatu masa dulu pernah menegur kesilapanku tatkala aku terpesong jauh dari landasan. Diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu berdua semoga cinta sampai syurga insyaAllah. Cuma buat masa sekarang, sebelum tiba masa kamu akan disatukan suatu hari nanti, jagalah hubungan ini sebaiknya, moga diberkatiNya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. 

MAAF ! Diri ini bukanlah baik and arif sangat lagi pasal agama Cuma ketika kita pernah melakukan kesalahan, itu tak salah if kita saling tegur-menegur bukan?? Semoga dirimu faham akan message ini dan sedarlah sekiranya kita telah tersasar jauh dari ajaran agama yang kita pernah belajar di sekolah dahulu. Dan mohon maaf juga kepada mu kerana ku telah mengetahui perkara ini terlebih dahulu dan amat terasa kesal dan sedih akan perbuatanmu kerana  perbuatan yang ku pernah lakukan pada zaman jahiliah dulu telah berulang terjadi keatas dirimu pula! Tolong jangan jadi seperti ku dahulu, kerana itu adalah zaman jahiliah ku. Tidaklah salah sekiranya kamu mempunyai niat besar utk bersatu dengan si dia nanti, itu adalah yang sebaiknya Alhamdulillah Cuma buat masa nie silalah jaga hubungan itu. insyaAllah Allah akan mempermudahkan segalanya =) Diri ini hanya mampu berdoa yang terbaik buat diri kalian. Jangan bersangka buruk terhadap diri ini yang mungkin banyak khilafnya. Maafkan ku…. 

Setakat ini sahaja luahan hati ini. insyaAllah semoga bertemu lagi.
Wassalam ^_^