Salam
alaik..
Alhamdulillah
hari ni sudah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Semoga kita dapat
menambahkan ibadat di bulan yang mulia ini dan terus istiqamah dalam
melakukannya pada kemudian hari. insyaAllah set goal utk cuba terus membaca
alQuran dan alMathurat setiap hari at least sekali akan ku cuba untuk consistent
juga. Actually, I have no idea untuk menulis entry kali nie cuma teringin nak
bercerita mengenai sesuatu juga.hehe
First,
apabila bercakap mengenai Rmadhan semestinya kita semua akan terfikir mengenai
Syawal.hehe jangan nak nafikan pulak, most of us ok! Kerana bila nak dekat raya ni, ramailah dari kita yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Yea, memang sunat berbaju baru dan cantik pada pagi syawal. Tapi ini sudah menjadi seperti kewajipaan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Cuba renung-renungkanlah...
*termasuk diri ini juga insyaAllah*
Berbaju
baru dan cantik bukan bermaksud baju itu baru dibeli dan akan mula dipakai pada
pagi syawal. Semestinya BUKAN! “baru” itu juga boleh ditafsirkan dengan sesuatu
yang jarang-jarang kita guna dan masih dalam keadaan yang baik seperti baru
dibeli. Justeru, kita masih boleh menggunakannya semula kerana orang jarang melihat
baju itu dan kita menggambarkan kepada mereka bahawa baju ini adalah masih
baru! Itu yang terbaik =D Sekiranya kita berada dalam golongan diatas*
(kesempitan) janganlah kita terlalu mengharap akan sesuatu yang baru. Fahamilah
keadaan hidup masing-masing. Malah ada lagi orang yang hidup jauh lebih susah
dan fakir dari kita. Subahanallah. Tidak salah kita inginkan yang baru
sekiranya kita berkemampuan. Hal ini terjadi kerana pandangan masyarakat yang
sentiasa ingin berlawa di pagi syawal dan ini telah menjadi tradisi yang kita
sedar atau tidak. Mungkin diri ini juga tergolong dalam kalangan tersebut yang
inginkan sesuatu yang baru. Tapi bersabarlah kerana ini semua tak akan ke
mana.. kerana ini Cuma pandangan masyarakat terhadap diri kita. Oleh itu,
muhasabahlah diri kita sendiri. insyaAllah… =)
*thanks to my sis cos dah belikan sehelai jubah "baru" kepada diri ni. Jazakallah.
Then,
I wanna talk about something which, it looks so important for me actually. Something
serious! Haha gelak pulak kan. It just too hard for me. I just don’t know how
to handle *sigh* the hardest part is when u can’t even speak out or should I
just keep on pretending that thing is alright? Tapi sampai bila? Lastly,
perkara nie buat ku sedih and pendam dalam hati je.. Tapi akan ku cuba memahami
phrase ini “Jangan membenci seseorang itu. Tetapi bencilah pada perbuatannya.
Kerana orang boleh berubah dan perbuatan boleh berlalu” insyaAllah semoga orang
itu faham. I can’t say it directly to the person, but I hope dia boleh terima
message yang diri ini ingin sampaikan.
Actually, diri ini amat sayang akan
dirinya, tak pernah ku membencinya Cuma pada ketika ini diri ini ingin dia
mengerti apa itu batas-batas dalam menjalinkan hubungan kerana seorang lelaki
dan wanita itu adalah orang asing diantara mereka melainkan hubungan sebagai
suami isteri. Yea, I know hasrat ini akan termakbul juga dalam masa yang
terdekat dan kerana jodohmu dan si dia mungkin sudah tiba. Ku suka sama kamu
berdua, Cuma ku inginkan dirimu yang dahulu seorang yang sangat memahami hukum
hakam agama lebih arif dari diriku ini. Seorang yang pada suatu masa dulu
pernah menegur kesilapanku tatkala aku terpesong jauh dari landasan. Diri ini
sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu berdua semoga cinta sampai syurga
insyaAllah. Cuma buat masa sekarang, sebelum tiba masa kamu akan disatukan
suatu hari nanti, jagalah hubungan ini sebaiknya, moga diberkatiNya. Jangan terlalu
mengikut hawa nafsu.
MAAF
! Diri ini bukanlah baik and arif sangat lagi pasal agama Cuma ketika kita
pernah melakukan kesalahan, itu tak salah if kita saling tegur-menegur bukan?? Semoga
dirimu faham akan message ini dan sedarlah sekiranya kita telah tersasar jauh
dari ajaran agama yang kita pernah belajar di sekolah dahulu. Dan mohon maaf juga
kepada mu kerana ku telah mengetahui perkara ini terlebih dahulu dan amat
terasa kesal dan sedih akan perbuatanmu kerana perbuatan yang ku pernah lakukan pada zaman
jahiliah dulu telah berulang terjadi keatas dirimu pula! Tolong jangan jadi
seperti ku dahulu, kerana itu adalah zaman jahiliah ku. Tidaklah salah
sekiranya kamu mempunyai niat besar utk bersatu dengan si dia nanti, itu adalah
yang sebaiknya Alhamdulillah Cuma buat masa nie silalah jaga hubungan itu.
insyaAllah Allah akan mempermudahkan segalanya =) Diri ini hanya mampu berdoa
yang terbaik buat diri kalian. Jangan bersangka buruk terhadap diri ini yang
mungkin banyak khilafnya. Maafkan ku….
Setakat
ini sahaja luahan hati ini. insyaAllah semoga bertemu lagi.
Wassalam
^_^

Jgn Riso.. Allah knows best
ReplyDelete