Friday, March 4, 2011

Relax @ Bagan Lalang

Salam alaik..


buat pengikut blogku, pasti korang rasa dah lama sangat aku x update blog nie,kan?.. bkn malas ke ape, cuma busy je..huhu :P well, our prctical time dah mkin singkat..hehe tinggal lg sbulan je. x sabar nak balik kampus plak, then finished! leh balik kampung...kan3 =) I'Allah smbg degree bln september nanti.

actually, post aku kali ini mengenai kehidupan aku n kawan2 di tempat praktikal nie la.huhu baru2 nie, ktorang plan gi jenjalan kt pantai... pantai Morib, Banting dah selalu sangat tapi kali ini tempat ini 'sangat' lah dekat! nak tau kt mna?? hehe Pantai Bagan Lalang, Sepang @ brdekatan dgn GoldCoast Sepang. best2

Ktorang konvoi ramai2, 3 buah kereta... brtolak pukul 5.50ptg dr Banting selepas waktu bekerja laa.hehe prjalanan yg agak jauh. it takes time about 45mins utk smpai sana..hmm yang menariknya adalah pantai tu, ok lagi dr pntai morib la...hehe sbb boleh turun ke laut,maen2 air...


sampai2 sana around 6.35pm, so aku n kawan2 posing utk brgambar la...hehe nice view!! (sunset) Subhanallah cantek sangat tau..hehe =) then, bila dah maghrib, singgah solat dulu kt surau brdekatan. then, pkul 8.00pm brtolak plak ke Tanjung Sepat ada laa hal ktorang.hehe

lastly, balik... singgah makan plak..hmm prjalanan yang best tapi penat gak la..esoknye nk kena gi office, tp pakat2 trbangun lambat. aku trjaga 6.50pg.huhu dah lambat sangat!! hehe k,la juz nak share it...

wassalam =D


Friday, January 28, 2011

Tinggal Kenangan...

Salam alaik..

Sukar untuk aku ungkapkan ape yg telah terjadi kebelakangan ni keatas diriku dan juga keluargaku..tapi aku nak post cerita ni buat kenangan di masa hadapan. Kisah ni bermula pada hari cuti sempena Thaipusam pada minggu lepas. Actually, aku telah amek cuti half day pada ari rabu lepas dimana aku balik ke rumah kakakku di shah alam. Aku x plan pun nak balik kedah sbb tiket bas x beli lagi..rasanya cuti raya cina baru aku nk balik kedah memandangkan Tok Liah aku sedang sakit @ nazak. Aku risau sangat saa2 tuh. Sebaik tiba di rumah kakak, rest kejap..then, terasa nak online plak. Tup2, paksu aku chatting dgn aku kt FB, tnya x balik kedah ke?actly, memang aku x plan utk balik.. kebetulan masa tuh, my cousin comment kat FB ajak balik kedah tengok tok. Aku memang xleh nk decide masa tuh…memang nak sangat balik, tapi macam x ready sbb baru je sampai umah shah alam. Barang2 pun x pack lagi…adoiii then, lps balik dr masjid utk mghrib aku terus packing pakaian, tarik je mana2 baju yg sesuai. Lepas, isyak plak siap2 tunggu family makcik aku dr Batu Caves datang nak pick up aku kt shah alam. Tunggu punye la lama, sampai 11.30mlm baru gerak ke kedah..rupa2nya, trsangkut dlm kesesakan di Batu Caves tuh,kan malam sbelum Thaipusam.

Tiba di kedah, 5.30pg Khamis (20/1/11)

Pada ari berkenaan, ramai saudara-mara yg datang menziarahi tok. Aku tunggu turn nak jaga tok je di sbelah malam. Keadaan tok masa tuh, dah x sedar @ koma 3 ari. Sedih je tengok.. dah la x mkn, x mnum…kurus sgt! So, paklong aku called ambulance utk gi tambah air dlm badan kt hospital. Biasanya, abg aku Dr Adib tuh yg msukkan air utk tok aku. Tp masa tuh abg2 aku xda, diorang gi Medan, Indonesia plak. Memang smua org cuak la bila nampak ambulance dtg…sepupu aku @ angah yg ikut ambulance skali utk teman tok di sana smentara aku, maklong n paklong follow kemudian. Bila berada di unit kecemasan tuh, xleh masuk ramai2, sorang2 je…..at that time, aku teman angah gi solat maghrib dlu kt masjid brdekatan. Waktu aku tiba, jemaah dah nak mula baca surah yassin (mlm jumaat), so aku pun turut serta skali. Tp hanya Allah yg tahu perasaanku masa tuh..sebak!! then, smua dah brkumpul kt luar unit kecemasan tuh, bincang2 either nak tok aku admit ward or bawa blk umah…pkir2 blk, klu dok wad, kena sorang2 je jaga tok, kalau jadi pape, xda ahli keluarga kt sbelah tok. Lastly, we hav decided utk bawa tok blk stelah slesai isi air 1 beg tuh. Ambulance hantar blk umah smula… malam tuh aku jaga tok swaktu smua org yg laen tido… ayat2 Quran turut menemani ketika itu, sebutan ‘Allah’ turut ku bisikkan di telinga tok. Sehinggalah subuh….

Jumaat, 21/1/11

Lepas subuh, aku qada' tido lah…aritu x buat pape sgt, ptg kluar pekan jap dgn angah nak shopping skit. Then, mlm tuh aku tido sbentar dlm kul 10-12tgh mlm. Then kul 1pg take turn smula utk jaga tok…memang la sedih kalau tgk keadaan tok masa tuh. Dah la tido x sdar…sampai bila harus begini??ari ni dah kira 4 ari…aku lap mata tok, buang tahi mata yg melekat..hope tok bole buka mata nanti..Ya Allah!! Mlm tuh penuh suspend pun da.. kejap2 nafas tok makin laju, mcm sesak nafas pun ada. Aku bisikkan ‘Allah…lailahailallah…’ di telinga tok. Then, keadaan tok reda.. aku lega skit, masih mnyambung mmbaca ayat2 Quran di sbelah tok. Sebak sgt! Then x lama lps tuh, tok penat smula…aku makin cuak la.aku segera bisikkan di telinga tok….keadaan reda smula.risau sgt sehinggalah subuh…

Sabtu, 22/1/11

Pagi2 tido… tghari x buat pape sbb ramai sedara yang sedang jaga tok…lewat ptg skit, aku brsama spupu2 aku gi kedai abg aku, mkn nasi lemak kukus.hehe then, singgah pasaraya utk dptkan promosi susu nestle Lactogen utk little cousin aku nie @ cicik yg umur 1 thn 7bln.. ktorang tiba di rumah dlm kul 7.30mlm. then, aku masuk umah tok, nak tgk tok kejap..time tu nampak sperti biasa lagi. Aku gi umah maklong plak, nak hantar cicik balik..tiba2 paklong n mak aku kalut2 lari gi umah tok. Time tu smua org tgh solat maghrib... aku masih leka dgn si kecik tuh!

Aku pun bawa si kecik tu gi umah tok smula…then, tiba2 smua org dah brkumpul di sekeliling tok.. masa aku brjalan masuk, aku dah mula panic! Bila aku tgk spupu aku dah mnagis, aku toleh tgk tok yg trlantang di ats tilam..aku tgk muka dlu, then aku tgk dada tok. Dada tok dah x brgerak naik turun dah!! Ya Allah, betul ke nie?? Aku xnak percaya!! Aku terus lari keluar..aku dok kt umah paklong, aku call kakak aku…time tuh, memang x dpt tahan sedih sgt…..kakak aku nasihatkan aku jgn sedih…alhamdulillah tok pergi dlu drpd koma brhari-hari..memang la ksian tgk tok x sdar dah 5 ari. Tp sukar nak terima kenyataan time tuh!

Then, aku masuk tgk tok smula…smua org tgh siap2kan mlm tuh, ubah jenazah ke dlm blk…lps isyak, aku gi smula umah tok, utk bacaan yassin bramai-ramai. Then, smua pakat baca Quran 1 juz sorang. Mlm tuh, aku trlelap juga.

Keesokannya, awal pg aku prgi smula, brada di sbelah arwah tok. Tiap kali org yg dtg nk ziarah buka kain utk melihat wajah arwah, aku jd sebak lg swaktu sdg baca yassin..xbole nak tgk, bila tgk je sedih! Then, kul 9pg, masa utk mndikan arwah,,aku masuk dlm blk tuh juga, nak tgk gak…bila lama2 aku brdiri di situ, aku dah rasa smacam je, mcm nak pengsan plak! Keep be strong mas… Setelah selesai kafan, jenazah dibawa ke masjid utk disembahyangkan…aku, makcik dan along gerak terus ke kubur utk pengebumian plak. Ketika di sna, aku cuba kawal emosi…sedih sgt2!!

Ya Allah engkau permudahkanlah urusan arwah ketika berada di sana… Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Al-fatihah buat nenek ku yg trsayang….hanya mu seorang nenek yg pernah aku ada! Syg tok….


Monday, January 10, 2011

Tok Liah tersayang.... I love u so much!!!

Salam alaik…

Post aku kali ini mengenai kisah nenek aku, ‘Tok Liah’ atau nama penuhnya Liah bt Lebai Talib yg berusia 92tahun. ‘Tok’ aku nie merupakan satu-satunya nenek yang aku ada sejak aku lahir sampai lah aku membesar seperti sekarang. Kebanyakan orang mesti ada nenek kan. So, they will know how I feel right now. Aku sangat sayangkan tok!!

06 Jan 2011, tengahari, aku menerima panggilan dari abangku menyatakan tok sakit kuat/ nazak. What??? Memang aku terkejut sangat…Ya Allah, hanya Engkau yang tau apa aku rasa masa tuh..air mata mengalir dengan lajunya tanpa menghirau orang-orang di sekelilingku. Waktu tu aku dalam kereta bersama teman-temanku otw ke Hospital Klang untuk melawat kawan yang sakit di sana. So, aku minta diorang U-turn balik ke rumah dan kemas pakaian. Aku terus menuju ke Klang, untuk pergi ke rumah abangku. Sepanjang perjalanan aku asyik fikirkan pasal tok!

Aku dan keluarga abangku bertolak pulang ke Kedah pada pukul 4 ptg dan selamat tiba di sana 10.30mlm. bila sampai di rumah tok, memang ramai saudara mara yang dah berada di sana. Aku terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah tok yang terbaring di atas tilam dikelilingi saudara mara. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu keadaan tok ketika itu. Aku terus salam dan cium tangan tok. Memang x dapat menahan lagi rasa sebak di dada. aku berbisik di telinga tok. Alhamdulillah tok masih mengingati dan mengenali cucu-cucunya ketika itu.

Keesokan harinya, aku dan kakak-kakakku pergi semula ke rumah tok. Ketika itu, masing2 membaca surah yassin. Seorang demi seorang cucu-cucu tok membaca surah yassin di sebelah tok termasuklah aku. Sehinggalah satu saat ‘genting’ dalam pukul 11 pagi, jumaat, tiba2 keadaan tok x stabil, tok nampak penat dan lemah. Semua anak cucu berkumpul di sekeliling tok. Semua dah x dapat menahan sedih termasuklah emak aku yang berada di sebelah tok ketika itu. Ketika itu, kakakku juga risau sebab bibir tok dah tertutup rapat, “xkan dah sampai situ?”, fikir kakakku. Tapi tangan masih bergerak. Aku peluk sepupu aku ketika itu sebab x sanggup utk menerima keadaan masa tuh. Aku terus mesej abang Adib, suruh dia balik sekarang walaupun dia sedang bekerja waktu tu. X lama selepas tuh, tok aku macam dah ok sikit walaupun dia nampak penat. Subhanallah, memang aku takut sangat. No one can promise that she will be ok, and I have to be ready! Just prays for her best, InsyaAllah…

Petang tuh, kami still meneruskan dengan bacaan yassin. Ada satu masa tuh, emak aku pilih ayat2 trtentu untuk dibaca iaitu Surah Al-Jinn, tiba2 sorang makcik nie menjerit lalu terus lari keluar. Rupa2nya, dia nie senang nampak ‘benda’ tuh… tapi x sepatutnya dia keluar begitu sahaja. Dia kena la sambung baca yassin tuh, ni x terus lari ckp ‘x bole2’! Astaghfirullah al azim…kami yang berada berdekati tok terus menyambung bacaan. Bila dah petang2 sikit, aku balik ke rumah untuk berehat sebentar. Selepas maghrib, aku dan kakak pergi semula ke rumah tok. Malam tuh diadakan bacaan yassin beramai-ramai bersama jemaah2 masjid selepas solat Isya’. Pastu, imam pun ada menziarahi tok sambil membaca ayat2 tertentu untuk sembuhkan tok kot.hehe xtau laa…aku tengok jela. Alhamdulillah tok dah nampak macam ok. Esoknya, sabtu, awal pagi aku dan kakak-kakakku akan bertolak pulang ke Selangor . kami pergi menjenguk tok terlebih dahulu..Alhamdulillah keadaan tok nampak lebih baek dari semalam.

Alhamdulillah…. =)