Assalamualaikum..
Hari ini 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 hijrah...12
Rabiulawal 1434 hijrah merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maulidur Rasul berasal
dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di
mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini
jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi. Lazimnya
pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa
acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Bagi seorang Muslim,
tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling
berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini
dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin
Abdullah, seorang
Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T.
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan
menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta,
kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan
untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Pasti para pembaca
sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak digemari, tetapi harus dilakukan
juga atas dasar tanggungjawab. Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang
dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya
cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh
menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Lafaz selawat"Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat menyulam cinta.
No comments:
Post a Comment