Monday, February 18, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Firstly, saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan dua sejoli nie, hehe Barakallahu lakuma! (God bless u both) anak sedara saya yang sudah berkahwin or sudah mendahului emak saudaranya haha kena ikut giliran usia masing2 la kan..hehe 
credit to myself: cubaan meng'edit' gambar!hehe

Sedar x sedar dah makin berusia kita ni.. Azmi u'll turn 26 this year and I, 23??! huhu kita yang semakin hari semakin meningkat umur ni banyak pengalaman yang kita akan lalui kan? pengalaman itu yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang. masihkah kita ingat semasa kita kecil2, hidup kita bagaikan tiada masalah langsung dan hanya fikir nak main sahaja. tapi semakin besar semakin banyak masalah dan semakin banyak tanggungjawab yang kita kena pegang. bila kita dah besar, kita akan banyak masalah yang akan menjadi nightmare dan sweet dream bagi kita. tapi bila kita duduk sorang2, fikir balik sebenarnya ada lagi orang lain yang mengalami masalah lagi besar daripada kita. jadi kita kena sentiasa tabah menempuhi hidup ini.. ingat, Allah akan beri ujian kepada hambaNya yang Dia sayang dan ujian itu adalah ujian yang kita boleh tempuh. Allah itu Maha Adil, jadi setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya kan?
                                                                            
Memang kita selalu mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita kan? dah namanya pun manusia, kita akan sering mengeluh dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada selama ini. bila kita tengok orang lain, senang untuk dia dapat apa yang dia nak, dan susah untuk kita dapatkan sesuatu itu. kita pandang dari sudut positif dahulu, mungkin Allah tak bagi sekarang sebab Allah akan tolong kita dari segi lain pula, cuma kita sahaja yang tak nampak. tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini. bukan senang untuk kita dapat sesuatu itu kalau tiadanya usaha daripada diri kita sendiri. Allah akan bagi sesuatu yang kita hajati itu tapi kita kena berusaha baru berjaya untuk mencapainya. jadi, sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah kerana rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. inshaAllah apa yang kita mahukan akan dapat dengan senang.

Semalam adalah pengalaman yang x semuanya manis belaka. tapi alhamdulillah masih ada peluang untuk bersama-sama. pengalaman bersiar-siar bersama pasangan pengantin and saya menjadi orang ketiga di situ. o0ooh sungguh terasa bersendirian ketika berjalan bertiga.haha InshaaAllah pasti masa 'itu' akan tiba suatu hari nanti. sama-samalah kita berdoa kepadaNya untuk menemui jodoh yang baik untuk diri kita. pasti ada yang terbaik! hehe Nothing much I want to say, just nak share few wedding photos here...


sekian, wasaalam =D

No comments:

Post a Comment